"Macam mana boleh jadi macam ni?"
Sebaik sahaja aku sampai di ruangan menunggu itu, aku terus meluru ke arah Taehyung. Kehadiran Jungkook dan Yunha langsung aku tidak hiraukan.
Dia memandang aku sekejap sebelum menunduk. Rasa bersalah yang tergambar di riak wajahnya membuatkan aku bertambah geram. Aku merenungnya tajam, menunggu jawapan daripadanya.
"Aku..." Dia mengelak daripada bertentang mata dengan aku. Mungkin rasa bersalahnya membuatkan dia tidak berani berbuat begitu. Jarang-jarang aku melihatnya begini. Selalunya dialah yang berjaya buat aku gelisah hanya dengan renungan sepasang matanya.
"Sebenarnya Seomin..masa Jungwook main dengan Saemi tadi, Saemi kata ada sorang pakcik tegur Jungwook. Jungwook tak menjawab buatkan pakcik tu pergi. Lepas je pakcik tu pergi, Jungwook terus meracau. Tu yang Taehyung terus panggil ambulans." Celah Jungkook panjang lebar.
Jungkook mengetap bibirnya menunggu reaksi Seomin. Dia langsung tidak menipu. Apa yang Saemi sudah beritahu pada dia, itulah yang dia sampaikan pada wanita itu.
Riak wajah aku berubah mendengarnya. Taehyung juga terkejut dengan kenyataan itu. Namun belum sempat aku membalas apa-apa, kami didatangi oleh seorang doktor.
"Anak encik sudah dapat ditenangkan. Jelas sekali dia mengalami trauma. Boleh saya tahu kalau-kalau dia pernah mengalami apa-apa tekanan sebelum ni?"
"Erm..ya. Dia pernah-" Aku terdiam. Aku tak boleh bagitahu perkara ni di hadapan Taehyung. Aku tak tahu kenapa aku merahsiakan perkara ni daripada dia. Mungkin aku risaukan tentang benda yang tak sepatutnya.
Risau yang Taehyung takkan kisahkan tentang mereka.
"Apa pun trauma yang dia alami. Saya sangat meminta, puan dan encik jauhkan perkara yang buat dia trauma. Selain meracau, saya takut anak tuan puan boleh buat perkara lain yang boleh cederakan dirinya sendiri." Ucap doktor lelaki itu. Namun pada telinga aku, doktor itu seperti memarahi kami berdua.
Selepas meminta kebenaran untuk berjumpa Jungwook dan berterima kasih padanya, doktor itu beredar pergi.
Kaki aku digerakkan ke dalam bilik yang Jungwook telah ditempatkan. Label VIP yang tertera di pintu itu membuatkan senyuman sinis terukir di bibir aku. Tak sangka Taehyung memilih bilik seperti ini untuk Jungwook. Sebab nak menunjuk pada aku yang dia sanggup berhabis duit untuk Jungwook?
"Kau nak pergi mana?" Teguran Taehyung membuatkan aku berhenti melangkah. Badan aku dipusingkan menghadapnya. Aku menjelingnya tatkala pandangan kami bertembung.
"Saya nak tengok anak sayalah." Kata aku dengan nada sarkastik. Wajahnya kelihatan masam mencuka. Eh patutnya akulah yang perlu buat muka tu.
"Aku rasa banyak benda yang kau tak pernah bagitahu aku lagi." Katanya sambil menyilangkan tangan pada dadanya. Wajahnya masih kekal seperti tadi.
"Saya tak rasa yang awak nak ambil tahu tentang Jungwook. Diakan anak-"
"Come on, akukan 'papa' dia. Aku berhak tahu!" Suaranya sudah naik seoktaf. Muka aku berubah dengan nada yang dia gunakan.
"Ya mungkin kalau awak bersikap macam suami saya dari dulu, awak akan ambil tahu apa yang dah jadi masa awak tak ada dekat rumah! Saya sendiri tak tahu sama ada awak sengaja atau tak, balik lewat masa rumah awak kena rompak! Saya dan Jungwook je yang tinggal masa tu. Saya kena ikat dan Jungwook, Jungwook.."
Aku tak mampu meneruskan kata-kata. Air mata yang aku cuba tahan, akhirnya mengalir juga. Kejadian itu masih segar dalam ingatan aku. Setiap gerak geri mereka, setiap kata-kata mereka, semuanya aku masih ingat.
Taehyung terus mendapatkan aku dan tubuh aku dibawa ke dalam dakapannya. Tangisan aku tidak dapat disembunyikan lagi. Aku menangis semahunya di bahu lelaki itu. Lama kami berkeadaan begitu sehinggalah dia membuka mulutnya.
"Aku minta maaf." Sebutnya sebelum mengucup kedua-dua kelopak mata aku.
Senangnya nak lupakan kisah dulu hanya dengan kata maaf dan beberapa kucupan. Aku menolak perlahan dadanya supaya dia melepaskan aku.
"No. Stay." Katanya sebelum mengeratkan lagi dakapannya. Pipi aku berbahang tatkala pandangan mata aku bertembung dengan pandangan Yunha dan Jungkook yang sudah tersengih memandang kami berdua.
Dah berapa lama mereka berada di situ? Mereka dengar dan nampak semuanya ke?
Tangisan Jungwook menyedarkan kami berdua. Cepat-cepat aku melepaskan diri tatkala rangkulannya melonggar.
Kejap sayang, mama datang.
"Kenapa ni anak mama? Janganlah menangis." Aku mengesat air matanya yang mengalir lebat membasahi pipinya. Namun tangisannya masih tidak henti-henti. Sayu hati aku melihatnya menangis ketakutan seperti itu.
"Sayang..janganlah nangis. Mama ada ni.." Aku cuba memujuknya namun dia masih tidak berhenti menangis.
"Shuu..papa ada."
Taehyung yang entah datang dari mana, terus mendukung Jungwook. Seperti memberi susu pada bayi yang kelaparan, Taehyung berjaya menghentikan Jungwook daripada terus menangis. Aku tergamam, begitu juga dengan Jungkook dan Yunha.
Jungwook terus meletakkan kepalanya pada bahu Taehyung sementara Taehyung menepuk lembut belakang tubuh kecilnya.
Mata aku tidak lepas memandang mereka. Apa semua ni?
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Hayran Kurgu"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...