"Let me be your husband for just one more night."
Bisikan itu membuatkan aku semakin hari semakin menyesal. Suara dalamnya kerap bermain di fikiran aku tanpa dipinta.
Aku masih ingat segala perbuatan dan kata-katanya pada malam terakhir kami. Jelas sekali dia nak balas dendam pada aku.
Motif? Nak buat aku terseksa?
Mata aku dipejamkan serapatnya. Bayangan wajahnya yang masih tidak hilang membuatkan hati aku menjadi sakit.
"Sanggup awak buat saya macam ni Taehyung? Saya terpaksa tanggung sorang-sorang. Ibu tak boleh tahu. Bakal suami saya pun tak boleh tahu. Awak betul-betul seksa saya."
Mata aku meliar mencari pregnancy test yang aku beli 3 minggu lalu. Pregnancy test itu aku pegang dengan tangan yang menggigil.
Setiap kali aku melihat dua garis merah itu, dada aku menjadi sempit. Aku tak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku juga tak percaya perkara yang sama berlaku sekali lagi.
Keadaannya sama seperti waktu mula-mula aku kandungkan Jungwook dulu, cuma kali ini aku tahu siapa bapanya.
Kenyataan itu menyakitkan hati aku. Taehyung tahu dan ini mungkin salah satu cara dia membalas dendam. Dia tahu yang aku tak sanggup nak gugurkan kandungan aku sendiri.
Kalau ibu tahu tentang kandungan ni, mesti perkahwinan tu diawalkan. Aku tergelak sendirian. Lepas tu? Yoongi tahu pasal kandungan ni. Dia pukul aku macam apa yang Taehyung dah buat dulu.
Plot cerita yang otak aku susunkan membuatkan tawa aku semakin menjadi-jadi. Kitarannya takkan berubah. Ianya akan berulang, tubuh dan emosi aku bakal didera lagi.
"Sedia mental dan fizikal Seomin. Hidup kau kan selalu orang lain yang tentukan." Aku berbisik pada diri sendiri. Siapa lagi yang aku boleh harapkan selain diri sendiri.
Sekali lagi, malam aku dipenuhi dengan tangisan sendiri.
-
"Macam mana Yoongi boleh dapat 43% company's shares kita?!"
Mata Taehyung memerah. Wajahnya kelihatan bengis. Dia tertekan dengan maklumat yang baru dia dapat.
Kalau Yoongi ada hampir separuh syer dalam syarikat ni, posisi dia sebagai CEO sudah tiada makna. Bila-bila masa saja dia boleh dipecat. Syer yang mummynya miliki pun tidak sampai 10%. Macam mana mamat pendek tu boleh dapat?
Telefon bimbitnya terus dia matikan tanpa menunggu balasan daripada si pemanggil.
Lagi seminggu mesyuarat antara syer-syer syarikat ini akan diadakan. Taehyung sudah tidak senang duduk.
Pasti mesyuarat itu akan membincangkan tentang kelayakan dia sebagai CEO memandangkan prestasi kerjanya yang tidak memuaskan.
Tidak hadir sesuka hati, selalu tak datang meeting, hasil kerja yang tidak teliti dan entah apa-apa. Taehyung merengus geram. Habislah dia. Dah banyak yang dia terlepas sepanjang tahun ni. Kalau mummy tolong pun, syer yang mummy pegang tak cukup untuk mengekalkan posisi miliknya.
Semua ni takkan berlaku kalau dia fokus dengan kerjanya. Dia tersilap langkah. Dia tak patut fokus pada Seomin dan Jungwook semata-mata.
Taehyung terduduk lemah ke atas kerusi kulitnya. Satu keluhan keluar dari bibirnya. Dia dah kehilangan segalanya.
Kerja, Seomin, Jungwook, semuanya dia sudah hilang pada seorang lelaki.
"Min Yoongi!!" Pekiknya dengan geram.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...