Yunha menguis hujung karpet dengan jari kakinya. Jari jemarinya yang runcing mengetuk perlahan tangan sofa yang sedang didudukinya. Sesekali dia menjeling wajah Taehyung yang kelihatan sugul itu.
"Kau yang buat dia sakitkan? Kenapa tak nak panggil doktor? Kau nak dia mati?" Kata-kata pedas daripada wanita itu membuatkan Taehyung terkejut. Lelaki itu mengangkat kepalanya memandang Yunha yang duduk berhadapan dengannya.
"Aku tahulah kandungan benda tu. Benda tu mild so tak payah risau. Minum air and that's all!" Balasannya membuatkan mata Yunha membulat memandangnya.
Taehyung pasti dah gila!
"Kau pergi minum benda tu sekarang! Tengok apa yang jadi. "Marah Yunha sambil menunjuk botol febreze yang tak berada jauh dari mereka berdua.
Taehyung mengeluh. Yunha cuba menarik nafasnya semula. Nak marah Taehyung sekarang pun tak guna. Benda dah jadi.
"Kenapa kau still tak boleh maafkan diorang? At least maafkan Seomin. Dia dah jadi isteri kau dah pun. Benda dah lepas. 4 tahun dah pun. Kalau kau asyik memeram rasa macam ni. Sampai bila korang nak bahagia?"
"Aku takkan bahagia selagi ingatan aku tentang haritu tak hilang!" Merah padam wajah Taehyung jika dilihat tatkala ini. Yunha cuba berlembut kali ini. Kalau tidak pasti Taehyung naik angin.
"Aku ada satu cara untuk buat kau tenang, dia bahagia." Cadang Yunha tiba-tiba. Taehyung terdiam. Dia memasang telinga. Nak juga lelaki itu tahu.
"Cerai. Kau boleh cari perempuan lain. Dia boleh bahagia dengan lelaki lain."
Dengar sahaja perkataan keramat itu terus membuatkan Taehyung melenting. Yunha menyimpan senyumnya selepas melihat reaksi Taehyung yang jelas tidak suka mendengar cadangannya.
"Aku tahu kau still sayangkan dia lagi. Come on lah. Kalau kau tak nak dia kena rembat baik kau cepat. Ikatan perkahwinan masih tak mencukupi. Kau kena ikat hati dia sekali tahu tak."
"Ah! Diamlah kau! Aku tahu kau datang sini bukan nak cakap pasal benda ni. So apa dia?" Taehyung akhirnya menyandarkan dirinya ke sofa setelah bertegang urat dengan Yunha. Dia betul-betul malas mahu bergaduh. Lagi-lagi dengan rakan baiknya ini.
Yunha menarik senyuman. "Oh.. Aku cuma nak ajak kau keluar. Suami aku sibuk so aku bosan..Tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa aku patut balik dululah." Katanya sambil bangun. Taehyung segera menahan wanita itu daripada melangkah pergi.
"Stay. Lepas habis semua ni. Kita pergi mall nak?" Pujuk Taehyung. Yunha pada mulanya berdiam diri. Tidak lama selepas itu dia mengangguk sambil tersenyum membuatkan Taehyung berasa lega. Harapnya tak adalah benda lain nak menyerabutkan kepalanya.
-
"Doktor." Seomin memanggil doktor yang merawatnya. Doktor peribadi keluarga Kim. Yunha yang telefonkan. Nasib baik wanita itu ada. Nak harapkan Taehyung sampai dia mati pun Taehyung takkan tolong.
"Ya?" Nama Dr. Kim yang tertulis di kot putihnya ,lelaki itu memandang wajah Seomin.
"Tolong rahsiakan keputusan ujian air kencing tu boleh?"
Muka doktor itu berubah. Dia kelihatan serba salah.
"Err..tapi Taehyung perlu tahu. Diakan suami kau."
Seomin mengeluh. "Kalau kau kawan aku, baik kau dengar cakap aku."
"Kau ni..kenapa tak nak bagitahu?"
"Aku rancang nak cerai dengan dia. So tak penting pun kalau dia tahu. Merosakkan keadaan lagi adalah."
Seokjin hanya mengangguk. "Kau kalau nak makan boleh tapi jangan makan benda yang ada bahan kimia lagi tau."
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...