Taehyung meleretkan senyumannya kepada wanita yang memandangnya dari kejauhan itu. Sesekali dia mengenyitkan matanya membuatkan wanita itu terus memandang ke tempat lain kerana malu.
"Dah dah lah tu. Menyampah aku tengok." Suga membuka mulutnya lalu membiarkan minuman keras itu menyusuri kerongkongnya. Matanya memandang wajah Taehyung yang mula kemerah-merahan. Nampak sangat lelaki itu sudah mula mabuk.
Saat Taehyung membawa gelas itu ke bibirnya, Suga menghentikan pergerakannya.
"Enough. Kalau tak aku tinggalkan kau dekat sini." Ujarnya lalu mengambil gelas itu dari tangan Taehyung lalu diletakkan kembali ke atas meja.
Taehyung hanya senyap memandang gelas di hadapannya. Jari jemarinya bermain dengan bibir gelas itu. Lagu yang bingit di kelab malam itu langsung tidak dia hiraukan.
"Kau nak balik ke?" Tanya Suga selepas lama lelaki dihadapannya itu berdiam diri.
Taehyung menggeleng. Suga membuat muka malas melayan. "Habis tu? Kau nak tinggal sini?" Ujarnya lalu meneguk lagi minumannya yang berbaki separuh itu sehingga habis.
"Aku rindu dia." Taehyung yang diam sedari tadi tiba-tiba bersuara. Suga mengangkat sebelah keningnya.
....
Euncheol memandang kesan lebam yang terdapat di tubuhnya. Sesekali dia mengeluh sambil menyapu ubat pada kesan lebam itu. Setelah selesai, dia mencari sepaket pil dan segelas air.
Sebiji pil perancang itu ditelannya disusuli dengan beberapa teguk air kosong. Inilah rutinnya pada setiap hari. Menelan pil bersaiz kecil ini supaya dia tidak mengandung.
Kadang-kadang dia terfikir juga, perlu ke dia teruskan semua ni? Macam ni ke hidupnya sehingga dia mati? Bagaimana dengan bahagianya, kerjayanya, impian dia?
Euncheol tersentak tatkala ada satu tangan yang tiba-tiba memegang bahunya. Dia melihat pantulan Jimin di meja solek di hadapannya.
"Kalau you nak malam ni, I'm so sorry. I tak boleh." Matanya cuba dilarikan daripada memandang Jimin yang mula mengetat wajahnya.
"Why? Period?"
Euncheol mengeluh. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Rasanya sudah sampai masa untuk dia berterus terang. Namun belum sempat dia kembali bersuara, Jimin telah pun menarik lengannya sehingga dia terpaksa berdiri.
"Apa you ni?! Sakit tahu?!" Euncheol mengerutkan dahinya menahan sakit yang terasa di lengannya. Wajah bengis Jimin ditatapnya dengan anak mata yang mula terketar ketakutan.
"Kau fikir kau siapa!? Kau sedar diri tu sikit eh. Aku yang bagi kau tempat tinggal. Aku yang tanggung makan minum kau. KAU SIAPA NAK LAWAN AKU?!"
Euncheol menggigit bibir bagi menahan tangisannya daripada terletus selepas ditengking sebegitu oleh Jimin. Lengannya yang masih terasa sakit dicengkam kembali oleh Jimin. Lelaki itu menariknya sehingga wajah mereka hampir sahaja berlanggar.
"Kau pandang mata aku." Arah lelaki itu. Namun dengan keberaniannya yang tipis itu, Euncheol tidak berani untuk menatap sepasang mata yang sedang mencerlung tajam ke wajahnya.
"AKU CAKAP PANDANG MATA AKU."
Perlahan-lahan dia mengalihkan anak matanya. Air liur ditelannya berkali-kali bagi menghilangkan rasa takut yang mula menjalar dalam hatinya.
"Kau berubah sebab jantan tu kan?"
....
Seomin terjaga apabila merasakan tubuhnya dipeluk oleh seseorang. Sesekali cuping telinganya turut dicium.
"Taehyung?" Ucapnya dengan suaranya yang serak. Namun lelaki itu masih tidak menyahut.
Hatinya mula berdetak tidak tenang kerana bau kologne yang dihidunya bukan milik Kim Taehyung.
"Siapa--mmhfh!"
Mulutnya terus ditekup dengan tangan itu membuatkan dia terus menjadi panik.
"Shuhh.." Bibir yang kecil itu dimuncungkan menyuruhnya untuk diam. Seomin menarik nafasnya yang mula tersekat-sekat. Seluruh badannya menggeletar kerana takut. Walaupun dia berada di dalam bilik yang cukup dingin namun peluhnya masih tidak berhenti keluar membasahi kulitnya.
Seomin menutup matanya dengan rapat saat tubuhnya dilepaskan oleh lelaki itu secara perlahan-lahan. Ketakutan yang ada dalam hatinya sekarang membuatkan bibirnya terkunci dengan rapat.
Saat bayangan lelaki itu mula menjauh, dari situlah Seomin dapat melihat mukanya dengan jelas.
Sejak dari itu, hatinya mula diburu bermacam persoalan. Kenapa dia? Kenapa dia buat macam tu? Apa motifnya?
Tbc
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...