Aku memandang kain putih yang menyelimuti tubuh aku. Jarum yang dicucuk di tangan aku, aku cabut.
Kepala aku terangkat apabila terdengar bunyi pintu dibuka oleh seseorang.
Taehyung.
Lelaki itu berjalan menuju ke arah aku. Jelas kelihatan matanya yang memerah. Seperti dia baru sahaja lepas menangis.
"Tae..apa jadi?" Aku cuba meraih tangannya tetapi tangan aku ditepis.
"Kau gugur." Ujarnya dengan nada tertahan.
"Apa? Saya gugur?" Mata aku terkebil melihatnya. Aku mengandung ke selama ni?
Memanglah period aku tak datang. Tapi sebelum ni period aku memang tidak stabil. Jadi agak susah untuk aku tahu kalau aku mengandung.
"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Tuduhnya tiba-tiba. Nafas aku berombak.
Tak. Tak. Semua tuduhan dia tak betul!
"Kau bunuh dua-dua Seomin. Dua anak aku." Tangisannya pecah di hadapan aku. Hati aku terasa bagai dirobek melihatnya begitu.
Kembar? Aku dapat kembar?
Dan aku dah bunuh kedua-duanya. Anak yang aku impikan untuk berada dalam rahim aku dah tak ada. Anak aku dan Taehyung, dah tak ada.
Air mata aku juga meluncur keluar. Berkali-kali aku menyekanya daripada mengalir. Tetapi mereka masih setia membasahi wajah aku. Apa yang aku patut rasa sekarang? Sedih? Kecewa? Menyesal? Aku dah tak tau!
Dada Taehyung turun naik. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dia mengesat air matanya dengan kasar. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, baik dia pergi.
'Jangan pergi!'
Aku mahu menghalangnya daripada pergi tetapi tangisan aku menyebabkan aku susah untuk bersuara. Hanya mata sahaja yang mengekori langkahnya sehingga dia hilang daripada pandangan.
Saya minta maaf. Saya salah. Saya sentiasa salah. Maafkan saya. Maafkan saya Taehyung.
Semua kata-kata itu hanya terpendam di dalam hati.
-
"Mr Kim."
Doktor itu menyerahkan dia dua janin yang diletakkan ke dalam sehelai kain putih. Janin kecil yang sudah menunjukkan rupa untuk menjadi manusia itu dipandangnya dengan dada yang berombak.
Anak aku.
Kain putih itu disambutnya dengan tangan yang menggigil.
Air matanya dibiarkan mengalir di hadapan doktor dan nurse di situ. Lupakan perasaan malu. Semua perasaan itu hilang kalau melibatkan sesuatu yang dia sayang.
Taehyung memandang tasik di hadapannya dengan wajah yang kosong. Segala-galanya terasa sunyi walaupun tasik itu masih terdapat beberapa orang yang mengunjunginya.
Air matanya dibiarkan kering sendiri. Semuanya masih segar di ingatannya. Dia masih ingat setiap detik yang berlaku di bilik doktor itu.
Harapannya musnah untuk mengekalkan rumah tangganya yang langsung tidak indah itu. Jauh betul daripada bahagia. Perkahwinan yang hampir berusia 5 tahun itu seperti tidak membawa apa-apa erti.
"Awak nak tahu kenapa saya ambil dadah?" Langkahnya dibawa dekat dengan aku. Salah satu paket di dalam drawer itu, dia ambil dan buka. Aku masih kaku berdiri di hadapannya. Setiap pergerakannya aku perhatikan. Beberapa pil itu dia genggam lama. Matanya yang berair merenung aku.
Kenapa kau ambil dadah? Sebab nak bunuh anak aku?
Taehyung mengeluh berat. Fikirannya terasa sarat dengan pelbagai perkara. Hal Seomin. Hal kerja. Hal Euncheol. Semuanya seperti mahu menambahkan stres dalam kepalanya.
"Eh? Kamu!"
Seorang nenek mendekati tubuhnya yang masih duduk di bangku. Taehyung memandang nenek itu pelik. Siapa pula ni?
Taehyung mencuit bahu orang tua yang baru sahaja berjalan melintasinya. Dia membetulkan kaca matanya sebelum menghadiahkan senyuman berbentuk kotak miliknya.
"Ahjumma...saya dah nak kahwin!" Ucapnya dengan teruja. Walaupun nenek tua itu tidak pernah mengenalinya, nenek tua itu tetap tersenyum gembira buat Taehyung yang tiba-tiba menegurnya di tengah-tengah taman ini.
"Baguslah kalau macam tu anak muda. Ahjumma doakan kebahagiaan kamu berkekalan ya?"
"Terima kasih!" Taehyung melambaikan tangannya pada nenek itu sehingga wanita tua itu tidak lagi menoleh ke arahnya. Dia masih tersenyum gembira. Kepalanya bagai nak tercabut mengira hari istimewa yang bakal berlaku nanti.
"Oh." Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Ya. Dia sangat gembira ketika itu sampailah dia menerima mesej yang membuatkan dunianya menjadi tunggang terbalik.
Melihat air muka anak muda yang sedih itu membuatkan nenek tua itu menepuk bahu lebar miliknya.
"Ahjumma dah doakan kebahagiaan dalam perkahwinan kamu. Janganlah putus asa. Ahjumma tahu kamu bijak pandai orangnya."
Kata-kata nenek tua itu membentuk segaris senyuman tawar di wajahnya. Taehyung mengangguk perlahan.
"Terima kasih ahjumma."
-
"Seomin?"
Suara itu membuatkan jantung aku melangkau satu degupan. Ajaibnya esakan aku juga terhenti daripada terbit di bibir.
Kepala aku dikeluarkan dari bawah selimut. Mata aku membundar saat wajah yang terlihat garis-garis kedutan itu muncul di sebalik pintu.
"Seomin..anak ibu?"
"Ibu..?"
Tangan mereka didepakan serentak. Puan Jeon terus meluru ke arahnya. Tanpa membuang masa tubuh ibunya dipeluknya erat seperti tiada hari esok.
"Ibu..Seo minta maaf. Ibu jangan tinggalkan Seo lagi. Seo penat. Seo takut. Seo rindu ibu..sangat-sangat.." Air matanya membasahi wajahnya lagi. Pelukan di tubuh ibunya yang semakin kurus itu dieratkan. Lama sungguh dia tidak bertemu dengan wanita ini.
"Ibu pun nak minta maaf. Ibu tak patut halau Seo. Ibu tak patut beri anak ibu pada orang lain. Ibu takkan tinggalkan Seo lagi." Ubun anaknya dikucupnya berkali-kali.
Wajah cengkung anaknya membuatkan hati ibunya runtun. Apa lah yang Taehyung sudah lakukan pada anaknya sehingga menjadi sebegini rupa.
"Seo ikut ibu ya? Kita balik."
Seomin tergamam. Wajah ibunya dipandangnya sayu.
"Tapi ibu..suami Seo.."
"Sayang..buat apa pergi pada orang yang tak nak kita? Jom? Kita balik?"
Hati aku berbelah bahagi. Tangan ibu yang seperti meminta aku untuk aku sambut itu dipandang sayu. Aku nak ikut ibu tapi Taehyung macam mana? Aku juga sayangkan dia.
"Sayang..Taehyung yang minta ibu datang. Dia yang minta ibu bawa kam-"
Kata-kata Puan Jeon terhenti saat tangannya disambut oleh Seomin. Senyumannya yang meleret itu cuba disembunyikan.
Ibu tak nak tipu kamu sayang. Tapi suami kamu tu agak melampau.
Tbc
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...