Jungwook hanya melihat mama dan papanya berbalas pandangan. Senyuman yang terukir di kedua-dua bibir itu membuatkan bibir kecilnya juga mula tersenyum.
Perhatian kami berdua terganggu apabila Jungwook menepuk-nepuk katil miliknya. Satu senyuman lebar terhias di wajah kanak-kanak itu.
"Oh sayang..papa jelah yang baring. Kalau mama baring sekali nanti jadi sempit." Aku menolak pelawaan Jungwook dengan lembut.
Namun Jungwook langsung tidak bertolak ansur dengan aku. Senyumannya mula hilang. Mulutnya mencebik. Jangan..tolong jangan..
Aku memejam mata rapat apabila tangisan Jungwook mula kedengaran. Taehyung pula tertawa kecil sambil merebahkan tubuhnya ke atas katil.
"Ok ok. Mama baring. Tengok." Balas aku dengan geram. Sejak bila Jungwook jadi mengada-ngada ni?
Aku terus menghimpit di kiri Jungwook. Taehyung yang berada di kanan Jungwook mula tersengih melihat aku yang sedang memanjat katil. Aku menjelingnya tajam.
Aku cuba mengambil sebanyak ruang yang mampu untuk melepaskan rasa geram. Perbuatan aku membuatkan Taehyung meraung sakit dan Jungwook tersepit di antara tubuh aku dan Taehyung. Padan muka.
"Au mama!" Jungwook cuba mencari ruang untuk bernafas. Aku tersenyum jahat.
"Sorry sayang. Mama dah kata tak muatkan." Kata aku dengan nada menyindir.
Melihatkan mereka yang mula terseksa, aku cuba untuk memberi ruang kepada mereka sedikit demi sedikit. Taehyung memandang aku tajam.
"Belakang aku sakit." Katanya. Matanya masih merenung aku dengan tajam. Aku membuat muka selamba.
"Jadi?" Aku menutup mata. Berpura-pura mahu tidur. Tubuh kecil Jungwook dibawa ke dalam pelukan aku. Aku terdengar rengusan kecil keluar dari mulut Taehyung.
"Au au au sakit! Sakit!"
Taehyung yang tiba-tiba menjerit membuatkan aku terkejut. Mata aku terbuka luas mendengarnya.
"Awak ok tak ni?!" Tanyaku dengan cemas. Aku terus terduduk daripada baring kerananya.
"Sakit..urutkan.." Adunya dengan muka menahan kesakitan.
"Kat mana sakit?" Tangan aku menyentuh pinggangnya.
"Kat siniw." Ucapnya dengan gedik sebelum mengalihkan tangan aku tepat pada punggungnya.
"Yah! Kim Taehyung!!" Jerit aku terkejut sebelum tangan aku automatik memukul punggungnya.
Bunyi pukulan itu bergema serentak dengan letusan ketawa Jungwook yang melihat kami dari tadi.
Wajah aku berbahang malu. Taehyung ni dah kenapa? Dalam hati aku berdoa agar Jungwook tidak berperangai seperti Taehyung.
"Sakitlah noona.." Adunya sambil menggosok tempat di mana aku baru memukulnya.
Darah aku berderau mendengarnya. N-noona?
Tanpa dipinta, wajah Jungkook muncul di fikiran aku. Perkataan yang sama kedengaran di telinga aku. Namun ianya dalam suara yang berlainan.
"Noona."
Hembusan nafas Jungkook terasa di bibir aku sebelum dia meragut bibir aku dengan bibirnya.
Haba daripada tubuhnya memanaskan tubuh aku yang kesejukan kerana pendingin hawa. Tangannya melekap pada belakang tubuh aku. Dia memperdalamkan ciuman kami.
Fikiran aku terus menjadi kosong kerananya. Bilik karaoke yang ditempah khas untuk perjumpaan kami terasa seperti hanya ditempah khas untuk aku dan Jungkook.
Bunyi tapak kaki seseorang membuatkan aku kembali tersedar. Nampaknya Taehyung baru selesai membuat panggilan.
"Taehyung datang!" Aku menolak tubuhnya jauh sehingga ciuman tadi terlerai. Aku terus membetulkan rambut dan pakaian sementara Jungkook mengelap gincu aku dari bibirnya.
Taehyung datang ke arah kami dengan satu senyuman lebar di bibirnya.
"Dorang kata lagi 12 minit sampai. Awak nak pesan apa sementara nak tunggu? Jungkook?"
"Saya nak pergi tandas." Pinta aku sebelum menuruni katil itu dengan kabut. Langkah aku dipercepatkan ke pintu keluar.
"Seomin! Tandas ada kat dalam bilik nilah! Kau nak pergi mana?" Suaranya memanggil aku apabila melihat aku yang berjalan ke arah yang berlainan.
Jangan hiraukan dia Seomin!
Langkah aku terhenti apabila aku bertembung dengan ibu di luar bilik.
Ibu melihat aku dengan kerutan di dahinya sebelum wanita itu bersuara.
"Kamu dah kenapa tergesa-gesa ni? Mana Jungwook?"
"Kat dalam dengan Taehyung." Jelas aku. Sesekali aku cuba mencari nafas yang hilang.
"Kamu dah gila ke biarkan Jungwook dengan suami kamu tu?!" Pekikan ibu membuatkan aku terkejut dan kebingungan. Apa masalahnya?
"Apa maksud ibu ni?" Tanya aku. Aku langsung tak faham kenapa ibu bereaksi begini. Taehyung bukannya buat apa-apa pada Jungwook pun.
"Ingat ibu tak tahu ke apa yang dia dah buat pada kamu dulu? Seomin, ibu bawa kamu lari sebab nak bagi kamu anak beranak selamat! Kamu ingat ibu ni main-main ke? Ibu bawa kamu lari, kamu boleh pulak jumpa dia!"
Muka merah padam ibu aku pandang dengan riak tidak percaya. Satu-persatu kata-katanya aku cuba hadam.
"Ibu..Taehyung tak pernah sakitkan Jungwook. Ibu cubala-"
"Tapi dia pernah sakitkan kamu! Ini! Ini!" Baju aku ditarik kasar oleh ibu. Ibu menekan parut-parut di tubuh aku dengan jari telunjuknya. Aku cuba menjauhkan diri. Tangan aku cuba menepis tangan ibu. Air mata aku mula bergenang.
Pergelutan itu betul-betul membuatkan emosi aku mula terganggu. Aku malu apabila mata-mata lain mula memandang ke arah kami.
"Ibu!" Satu suara kasar membuatkan pergelutan kami terus terhenti.
Mata aku membundar melihat satu tangan lain menepis tangan ibu daripada menyentuh aku.
"Don't call me 'ibu'!" Mata ibu menikam anak mata Taehyung. Aku menikus di belakang tubuh Taehyung selepas lelaki itu menghalang tubuh aku dengan tubuhnya.
"Ok. Look. Saya betul-betul minta maaf dengan apa yang dah jadi sepanjang kami berkahwin. Saya tahu saya dah janji dengan ib-Puan. Tapi tolong, saya dah insaf. Saya nak berubah."
Ibu mendengus kasar mendengar kata maaf daripada mulut Taehyung.
"Aku tak percaya."
"Apa lagi yang saya boleh buat untuk dapatkan balik kepercayaan ibu?" Suara Taehyung seperti merayu. Dalam diam, aku terasa seperti ibu sudah melampau.
"Dah tak de apa yang kau boleh buat. Aku dah terima lamaran orang lain untuk anak aku."
"Ibu!!" Mata aku membuntang dengan kenyataannya. Lamaran? Aku ni masih isteri Taehyung!
Tbc
![](https://img.wattpad.com/cover/140234472-288-k976162.jpg)
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fiksi Penggemar"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...