51

145 25 3
                                        

Euncheol mengangkat pregnancy test itu dengan tangannya yang menggeletar. Matanya yang terpejam cuba dibuka dengan perlahan-lahan. Jantungnya berdebar seperti dia baru sahaja habis berlari. Tolonglah negatif. Sungguh dia tidak mahukan anak ini.

"Please..." Rayunya saat dia membuka mata.

Keputusan alat itu dilihatnya dengan wajah tidak percaya. Pregnancy test itu dibalingnya ke penjuru bilik air. Rambutnya digenggam sebelum dia menariknya sekuat hati.

"NOO!! JIMIN YOU BÃ$TîD!!" Jeritnya diiringi dengan tangisan. Dia tak nak anak ni. Dia tak nak!!

Dua garis itu cukup membuatkan hidupnya menjadi tunggang terbalik.

Euncheol mengangkat penumbuknya tinggi ke udara. Dia mahu sasarkan pada perutnya. Mungkin dengan cara ini, bayi di dalam perutnya akan mati.

Hayunan tangannya terhenti di udara apabila satu tangan lain menghentikan perbuatannya. Wajah ketat Taehyung terus menjamah pandangannya apabila dia mengangkat kepalanya.

"Are you fck!ng crazy?!" Tengking lelaki itu tepat pada wajahnya. Lengannya ditarik sehingga punggungnya terangkat dari terus duduk di mangkuk tandas di situ. Taehyung mengheretnya keluar dari tandas.

"Kalau kau rasa nak jadi pembunuh, buatlah lagi! Baby tu tak salah! Yang salahnya kau!" Tengking lelaki itu lagi. Wajah Euncheol yang sudah sedia basah dengan air mata, dibasahi lagi dengan air mata yang baharu.

"I tak salah Taehyung!! HE R4PED ME!"

Wajah tegang Taehyung terus hilang. Riak wajahnya melembut memandang Euncheol yang sudah menangis teresak-esak.

"I...I'm sorry." Pujuknya. Lengan wanita itu ditariknya dengan lembut. Euncheol meronta namun rontaannya tidak lama selepas tubuhnya dirangkul erat ke dalam pelukan Taehyung.

Haba daripada tubuh lelaki itu membuatkan dia berasa lebih tenang. Kedua-dua tangannya menggenggam erat belakang baju Taehyung. Dia tak mahu lepaskan.

"Taehyung.." Panggilnya.

"Hmm?"

"Can you please help me? Jaga baby ni dengan I?"

Taehyung hanya diam. Kebisuan lelaki itu membuatkan Euncheol mengangkat kepalanya. Wajah Taehyung dipandangnya dengan sayu.

"Please.." Rayunya. Taehyung mengangguk dengan teragak-agak.

-

"Jungwook...?"

"Seomin?" Suara seseorang menjamah pendengarannya.

Mata Seomin terus terbuka luas. Nafasnya menjadi tidak teratur membuatkan dadanya turun naik.

"Jungwook! Mana anak aku?!" Dia diserang panik. Matanya meliar mencari kelibat kanak-kanak itu.

"Seomin bertenang. You ada dekat rumah I sekarang."

Kata-kata lelaki itu hanya dibiarkan sepi. Seomin masih mencari-cari bayangan Jungwook.

"Mana anak aku?" Tanyanya dengan suara yang serak. Lengan Jungkook digoncangnya dengan kuat. Dia mahukan jawapan, dia mahu anaknya selamat.

"Seomin..." Bahunya diusap lembut oleh Yunha.

"Yoongi! Dia ambil anak aku!" Tangan Jungkook dilepaskannya. Seomin menolak selimut yang menutupi badannya. Kakinya dijuntai ke lantai sebelum dia memijaknya.

"Auch." Terasa seperti renjatan elektrik yang mengalir apabila birai katil terkena pada betisnya yang berbalut.

"Stay still Seomin. You cedera." Halang Jungkook apabila wanita itu mahu berdiri.

"Tapi anak aku.." Suaranya mengendur. Tubuhnya terasa lemah.

"Anak mama.." Tangisannya yang pecah membuatkan pasangan suami isteri itu turut bersedih. Tiada apa yang mereka boleh lakukan selain melaporkan hal ini kepada pihak polis. Walaupun mereka tahu yang pihak polis takkan menang menentang Min Yoongi.

"Taehyung tahu ke?" Selepas membiarkan Seomin menenangkan dirinya buat seketika, Yunha akhirnya membuka mulutnya.

Seomin hanya menggeleng perlahan. Taehyung sudah tiada kena mengena dengan mereka selepas penceraian itu berlaku.

"Nak aku bagitahu dia?" Kata Yunha dengan tangannya yang sudah siap sedia memegang telefon bimbitnya.

Seomin menahan tangannya dengan pantas. Dia menggeleng laju.

"Tolong jangan. Kami dah berpisah jadi aku bukan lagi tanggungjawab dia."

Yunha mengeluh mendengarkan kata-kata Seomin itu.

"Ya tapi Jungwook masih dalam tanggungan dia. Diakan papa Jungwook."

"But still-" Seomin terus menekup mulutnya.

Wanita itu terus bangkit dan melangkah laju ke bilik air. Dia memuntahkan isi perutnya dengan payah. Hanya angin yang keluar kerana perutnya masih kosong sejak pagi tadi.

Yunha memegang rambut Seomin yang panjang daripada terjuntai. Wajahnya jelas terkejut dengan apa yang dia sedang lihat. Takkanlah..

Selepas Seomin selesai berkumur-kumur, Yunha terus menebaknya dengan soalan.

"Jangan cakap yang kau mengandungkan anak Taehyung."

Seomin hanya mendiamkan dirinya membuatkan kemarahan Yunha meletus.

"More reason he should know about this!"

"Jangan! Jangan bagitahu dia." Seomin masih menghalang.

"Kenapa?!" Suara Yunha meninggi.

"Kalau dia tahu pun dia boleh buat apa? Ambil anak ni macam apa yang Yoongi buat? No! Tak boleh! Dua-dua anak aku. I am the mama for both of them!"

Yunha terdiam. Dia mengeluh perlahan.

"Habis tu..kau nak buat apa sekarang?"

Tbc

Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang