26

407 36 7
                                        

Taehyung mahu mencempung tubuh Seomin, namun wanita itu menolak dadanya supaya menjauh. Taehyung kelihatan seperti mahu naik angin. "Kau kenapa-"

"Jangan sentuh saya." Ujar wanita itu dengan air mata yang mula bergenang.

Taehyung memegang tangan Seomin yang menggigil itu. Peluh wanita itu tidak berhenti keluar. Taehyung mula menyedari sesuatu.

"Apa lagi yang kau bagi dia minum?" Tanya Taehyung dengan nada tertahan. Dia tahu ada sesuatu lagi yang lelaki itu beri pada Seomin.

"You will thank me later. See ya." Ujar Namjoon sebelum beredar keluar daripada bilik itu bersama bodyguard  miliknya. Dia meninggalkan Taehyung dan Seomin di dalam bilik itu.

Seomin terus merentap tangannya daripada genggaman Taehyung. Bau maskulin daripada Taehyung membuatkan mukanya menjadi hangat. Apa yang dah jadi ni? Kenapa aku tak berhenti menggigil? Ketakutan yang menggunung membuatkan air matanya tidak mahu berhenti keluar.

"Tae..saya takut. Saya tak tahu kenapa saya nak..awak." Ujarnya dengan wajah yang sudah basah dengan air mata.

Taehyung mengeluh perlahan. Jaket denim jeansnya dibuka. Tangan Seomin yang menggigil itu ditarik dan dikucupnya perlahan.

"Sorry." Ujarnya sebelum membenamkan bibirnya ke bibir gadis itu.

-

Seomin menutup mukanya dengan tangan. Malu yang keterlaluan membuatkan wajahnya menjadi merah padam. Bantal yang berada di sebelahnya ditumbuk berkali-kali.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?! Kenapa dia terdesak sangat semalam?

Bayangannya tentang semalam membuatkan dia seperti mahu menggali kuburnya sendiri.

"Kau kenapa?" Tanya Taehyung yang baru sahaja keluar dari bilik air. Seomin segera membenamkan wajahnya pada bantal yang ada di hadapannya. Tak mampu dia nak bertentang mata dengan Taehyung lagi.

Aku malu! Malu!

"Awak nak pergi mana?" Tanyanya sebaik sahaja dia terdengar Taehyung mencapai kunci kereta. Mukanya masih ditekup pada bantal.

"Kelab semalam." Jawab Taehyung tanpa mengalihkan pandangannya daripada bantal yang menutup muka Seomin.

"Hah? Buat apa?" Seomin akhirnya mengangkat wajahnya. Bantal tadi diletaknya ke bawah. Matanya memandang anak mata Taehyung untuk beberapa saat. Kemudian anak matanya dilarikan ke tempat lain.

"Nak padam cctv semalam." Jawab Taehyung dengan sebuah senyuman.

Jawapan Taehyung membuatkan muka Seomin kembali merona merah.

-

"Nah."

Pendrive bersaiz separuh jari telunjuk itu disambut oleh Seomin.

"Apa ni?"

Taehyung melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Seomin. Remote tv dicapainya dan dia menukar rancangan masakan itu ke rancangan yang lain.

"Itu? Rakaman cctv semalam. Aku copykan untuk kau." Ujar Taehyung dengan selamba.

Terbuntang mata Seomin dibuatnya. "Eh! Buat apa? Saya tak nak! Awaklah ambil!"

"Serius?" Tanya Taehyung dengan senyuman nakalnya.

Seomin merampas kembali pendrive itu. Taehyung pula geli hati melihat wajah Seomin yang sudah kemerah-merahan itu.

"Aku gurau je. Dalam pendrive tu ada aku downloadkan something. Nanti kau tengoklah bila masa free. Esok aku dah start kerja. Aku tak nak kau ikut aku lagi. Aku tak nak benda yang sama jadi."

Seomin mengangguk faham. Separuh hatinya agak terkilan. Rasanya baru sahaja dia mahu menghabiskan masa dengan Taehyung memandangkan Taehyung sudah berlembut hati dengannya. Alih-alih kerja pula yang menghalang.

Hatinya menjadi berbunga-bunga. Kalaulah Taehyung melayannya hari-hari begini, kan best. Bahagia je dia sepanjang masa.

"Sorry."

Perkataan yang keluar daripada mulut Taehyung itu membuatkan jantung Seomin berdegub kencang.

Matanya dibawa ke wajah lelaki itu. "Kenapa awak minta maaf?"

"Sebab aku pernah pukul kau." Taehyung melarikan matanya ke tempat lain. Bukan dia tak perasan semua kesan di tubuh wanita itu semalam. Berderau darahnya bila melihat parut di tubuh wanita itu semalam. Perasaan bersalahnya hadir bila parut itu datangnya daripada perbuatan dia dahulu.

Seomin tersenyum. "Sorry je?"

Taehyung mengangkat wajahnya. "Habis tu? Kau nak aku buat apa?" Perlahan sahaja suara lelaki itu.

"Saya nak Taehyung saya yang lama. Baby saya yang dulu." Pintanya.

Taehyung memandangnya lama. Setelah lama berdiam diri, Taehyung akhirnya membuka mulut.

"Boleh. Tapi ada syaratnya."

"Apa syaratnya?" Tanya Seomin dengan tenang.

"Jangan curang dengan aku. Theres no one between you and me. Sekali kau langgar syarat. Aku takkan bagi peluang dekat kau lagi."

Seomin mengeluarkan jari kelinkingnya. Dia mengucup jarinya tanda dia berjanji.

Kemudian Taehyung menarik tangan Seomin ke bibirnya pula. Dia juga mengucup jari kelinking milik Seomin.

"Nice to meet you, Kim Seomin."

Tbc

Willing To Be Her HusbandCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang