Seomin mengenakan sehelai blouse hitam berlengan panjang diikuti dengan skinny jeans berwarna hitam. Rambutnya dibiarkan lepas. Makeup pula sekadar menutup lingkaran hitam di bawah matanya. Dia juga tidak lupa untuk memakai lipstick di bibirnya. Calitan yang tidak banyak itu sudah cukup untuk membuatkan bibirnya menjadi merah menyala.Wajahnya ditilik buat kali terakhir sebelum menghalakan langkahnya ke pintu bilik. Taehyung yang sedang menunggunya di ruang tamu didekatinya.
"Saya dah siap. Er..Jom?"
Taehyung memandang lama wajah di hadapannya. Seomin hanya berdiri kaku. Pandangannya dilarikan ke tempat lain. Malu pula nak bertentang mata lama-lama ni.
"Awak..buat apa?" Tanyanya apabila dia tidak selesa dipandang lama sebegitu oleh Taehyung. Entah bila mereka nak bertolak kalau Taehyung asyik nak tengok wajahnya.
Ada apa-apa yang tak kena dekat muka aku ke? Kalau ada bagitahulah. Janganlah diam je.
"Nothing. Aku suka bila kau pakai lipstick merah tu." Ucapnya setelah lama berdiam diri. Taehyung bangun daripada duduknya, kemudian dia beredar meninggalkan Seomin yang sudah tersipu-sipu malu.
Suka je? Tak nak puji cantik ke? Seomin menepuk pipinya. Cukuplah dia kata yang dia suka. Kau nak apa lagi. Namun senyuman di bibirnya tetap terukir manis. Bukan senang suaminya nak cakap begitu.
-
Dia membuntuti langkah Taehyung ke dalam club yang sangat meriah itu. Kelab malam ini tidak jauh pun dari hotel mereka. Hanya beberapa blok sahaja jaraknya namun mereka masih menggunakan kenderaan untuk ke sini.
"Awak." Panggilnya apabila mereka sudah berjalan melintasi pintu masuk ke kelab itu.
"Kita nak pergi mana? Bukan ke itu pintu masuk?" Tanyanya sambil menunjuk pintu masuk yang sudah mereka lepasi. Dia berjalan mendekati Taehyung. Kenapa jalan yang mereka lalu ni semakin gelap? Ke mana Taehyung mahu pergi ni?
Langkah mereka terhenti di hadapan penjaga pintu yang lain di kelab itu. Lelaki yang bertubuh sasa itu memandang wajah Taehyung dengan lama membuatkan Seomin yang berdiri di sebelahnya pula yang berasa seram.
"Taehyung Kim?" Tanya lelaki itu dengan suara garaunya. Taehyung tersenyum sebelum mengangguk bagi menjawab soalan lelaki menyeramkan itu.
Lengan Taehyung dipeluknya dengan erat apabila lelaki itu memandangnya pula. Mata yang kekuning-kuningan itu memandang dari atas ke bawah. Seram.
"I can't let you in." Tegas lelaki itu terhadap Seomin.
"She's coming with me." Ujar Taehyung.
"But boss-"
"Your boss is also her friend. Get it?"
Akhirnya mereka berdua dapat masuk ke pintu yang membawa mereka terus ke bilik vvip.
Seomin melepaskan pelukannya apabila dia tersedar akan riak Taehyung yang tidak senang dengan perbuatannya itu. Dia berdehem.
"Pandai awak kelentong dia." Taehyung tersenyum sinis mendengarnya.
"Aku tak tipu dia."
"Awak nak jumpa siapa sebenarnya? Boss? Siapa?"
"RM."
"Siapa-"
"Yo! TaeTae!" Seorang lelaki dalam ketinggian 180 cm itu menyapa Taehyung. Seomin terkedu memandang wajah lelaki berlesung pipit itu. Seomin menutup mukanya dengan rambutnya.
"Hey. Is that your girl?" Ujar RM sambil matanya tidak lepas memandang wajah yang tersorok di balik rambutnya yang panjang itu.
Seomin terkejut tatkala lelaki itu dengan selamba mendongakkan dagunya sehingga mata mereka bertemu. Mata RM membulat tatkala melihat wajah perempuan di hadapannya.
"Jeon Seomin?" Namjoon segera melepaskan sentuhannya pada wajah gadis itu.
Seomin tersenyum tawar memandang Namjoon. Oh inilah Boss dan RM yang Taehyung maksudkan tadi.
Tubuhnya terasa ringan apabila Namjoon menarik tubuhnya ke dalam sebuah pelukan. Lelaki itu memeluknya dengan erat. Seomin tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sendiri terkejut dengan perbuatan lelaki itu.
"I miss you." Ujar Namjoon. Seomin tidak membalas. Perasaan kekok sudah bermaharajalela dalam tubuhnya.
"Ehem." Taehyung memeluk tubuhnya di sisi mereka.
"Don't you miss me too?"
Namjoon melepaskan pelukannya. Wajahnya dijelikkan kepada Taehyung. "I'm not gay. Yet."
-
Seomin hanya berdiam diri melihat Taehyung dan Namjoon berbincang. Walaupun english Namjoon lebih mantap tapi dia tetap merasakan yang english Taehyung juga cool. Matanya ralit memandang Taehyung yang sedang serius itu.
Sesekali dia meneguk minuman yang berada di tangannya. Alkohol yang dihidangkan di bilik itu tidaklah kuat sehingga mampu memabukkan dia. Tapi makin banyak yang dia teguk, makin ringan pula kepalanya. Seomin akhirnya terlentok di atas sofa itu buat seketika sementara perbincangan yang bosan itu berlangsung.
Benda lembut yang menyentuh bibirnya membuatkan Seomin kembali tersedar. Namun pengaruh alkohol yang masih kuat membuatkan kepalanya berpinar. Dia tidak dapat melihat dengan jelas.
"Kim Namjoon!" Taehyung menarik tubuh Namjoon daripada terus menghempap tubuh isterinya. Matanya membulat memandang Namjoon. Dia baru tinggalkan bilik itu untuk beberapa minit!
Suara Taehyung membuatkan Seomin terkejut. Namun tubuhnya masih terasa lemah. Dia juga tidak dapat fokus.
"Kalau kau berani kacau isteri aku, aku takkan teragak-agak nak cancel apa yang kita dah bincangkan!" Wajah Taehyung menyinga manakala wajah Namjoon pula bersahaja.
"Berani kau nak cancel? Saham aku lebih banyak daripada kau." Ujarnya dengan senyuman sinis. Taehyung mengetapkan rahangnya. Kalau diikutkan hatinya, sudah lebam wajah lelaki dihadapannya ini.
"Apa yang kau bagi dia minum hah?!" Tempik Taehyung apabila tubuh Seomin longlai sahaja di dalam dakapannya.
Tbc
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...