⚠Chapter ni panjang. ⚠
...
"Seomin..Jungwook anak aku kan?" Soalnya dengan nada serious.
Aku merentap tangan aku yang berada di dalam genggamannya.
"Jin..kau sendiri tahu siapa bapak dia kan? Tak payah serabutkan fikiran akulah."
"No. Kalau kau nak bukti, aku ada."
Lelaki itu mengeluarkan fail dari begnya. Aku menyambutnya dengan marah. Kertas itu aku baca dengan laju.
"Tipu. Kita tak pernah bersama pun sebelum ni! Kau jangan buat cerita."
Aku mencampak kertas itu tepat ke mukanya. Dia kelihatan bengang dengan perbuatan aku.
"Buat apa aku nak tipu kau? Kau tak ingat ke masa hari aku lepak dekat rumah kau lepas tu-"
"Jangan nak berangan. Aku dah periksa dua minggu lepas tu. Aku tak mengandung. Lagipun, aku tahu aku mengandung masa dekat hotel-"
Mata aku membulat. Jadi betullah bukan Jungkook yang mengandungkan aku.
👀👕🗨
"Bye sayang."
"Bye."
Sekilas sahaja ciuman yang diberikan di pipi lelaki itu tapi blushing dia bukan main teruk.
Tanpa sedar aku mengeluarkan satu keluhan dari bibir. Bosan. Keluar dengan Taehyung memang bosan.
Sentuh sikit, malu. Cium sikit, gedik. Nak yang lain memang kirim salam.
Aku bukan apa, cuma aku sendiri tak pasti dengan dia. Aku tak adalah hamak dengan hubungan intim ke apa. Cuma bagi aku, kalau dia tak berani buat benda tu dengan aku, maksudnya dia tak berani untuk teruskan hubungan kami ke tahap seterusnya.
Kadang-kadang aku terfikir jugak, betul ke dia cintakan aku?
Atau..betul ke aku cintakan dia?
Sejurus selepas kenderaan Taehyung berlalu pergi, lamunan aku terhenti apabila satu kereta lain berhenti betul-betul di hadapan aku.
Aku menunggu sehingga cermin gelap itu diturunkan oleh tuannya. Terjengullah muka Kim Seokjin. Lelaki itu mengenyitkan matanya kepada aku. Namun kenyitannya dibalas dengan jelingan daripada aku.
"Girl. Nak join party kat rumah Yoongi?" Soal dia. Bunyi bising daripada orang-orang yang berada di dalam kenderaan itu membuatkan aku melangkah dekat dengan pintu kereta untuk mendengar dengan lebih jelas.
"Taehyung tak ikut sekali ke?" Soal aku pula.
Peliknya. Kenapa Taehyung tak cakap apa-apa pun pasal party?
"Nope. Kitaorang tak ajak dia. Dia kan bukan macam kita." Jawab Jimin yang duduk di belakang.
"Hidup dia kan cuma kerja. Kerja. Kerja. Itu pun hidup dia tak bosan sangat sebab ada kau Seomin." Hoseok menambah.
"Peliknya. Aku tak kerja pun kenapa tak ada awek?"
"Itu sebab bibir kau tebal sangat. Mulut busuk. Pendek." Jawab Jungkook dengan selamba. Kata-katanya disambut dengan tamparan di kepala oleh Jimin.
"Jangan hina bibir tebal okay!" Marah Seokjin pula.
Aku hanya menggelengkan kepala. Tangan aku teragak-agak untuk membuka pintu di sebelah pemandu. Namun belum sempat aku menyentuh pemegang pintu itu, satu tangan lain terlebih dahulu membukanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/140234472-288-k976162.jpg)
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...