"Tae..I'm sorry."
Euncheol menyentuh tangan Taehyung. Dia cuba mencari mata lelaki itu namun sering kali Taehyung memandang ke tempat lain.
"Kalau you layan I macam ni sebab Jimin. I memang tak tahu apa-apa okay! Dia sendiri yang tahu and serang isteri you."
Taehyung mendecit. Tangannya ditarik daripada berterusan disentuh oleh Euncheol.
"Get out."
Hatinya panas. Euncheol dah melampau jika wanita itu mencarinya sampai di tempat kerja. Dia cukup pantang kalau hal peribadi bercampur dengan hal kerjanya.
Euncheol menggeleng laju. Lengan Taehyung ditariknya sepenuh tenaga sehingga tubuh lelaki itu berpusing menghadapnya. Tali leher lelaki itu pula digenggamnya sebelum ditarik ke arahnya. Euncheol mencium bibir itu dengan keluhan berat.
Hatinya panas. Takkanlah Taehyung tak nampak yang dia cintakan lelaki itu sangat-sangat? Kenapa Seomin sentiasa menjadi halangan antara mereka berdua?
Taehyung agak terkejut dengan tindakan wanita itu namun ciuman itu tetap dibalas olehnya. Pinggang wanita itu ditariknya dengan sebelah tangan. Ini yang terakhir. Dia janji.
Kasar. Kecewa. Marah. Semua itu dapat dirasai melalui ciuman Taehyung. Air matanya tidak dapat dikawal lagi. Jiwanya runtun. Langsung tiada ruang ke untuknya bertakhta dalam hati lelaki itu? Lepas semua yang telah berlaku antara mereka?
Kenapa Taehyung begitu senang melupakan salah perempuan tu sedangkan, salah yang dia buat tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan Seomin.
"This is the end. For us."
Ucap lelaki itu dalam nafasnya. Euncheol merenung anak mata Taehyung dengan riak tidak percaya. Pandangan mereka bertaut. Dia cuba mencari makna disebalik mata hitam itu namun apa yang dia nampak hanyalah kekecewaan.
🌫🌫🌫
"Okay lah. Aku jujur." Kata Seokjin dengan nafas yang dihela perlahan.
Kertas hasil ujian dna di tangannya dikoyak menjadi dua. Seomin ternganga memandang tindakan Jin yang tiba-tiba itu.
"Jungwook bukan anak aku. Tapi aku cuma nak kau tahu yang Jungwook pun bukan anak Taehyung jugak."
"Pft." Kata-kata Jin membuatkan Seomin memusingkan bola matanya.
"Kalau dia anak Taehyung, dah lamalah aku hidup bahagia." Ujar wanita itu dengan nada sarkastik.
Muka Seokjin berubah selepas Seomin berkata begitu. Lelaki itu kelihatan sedikit gusar. Wajah Seomin dipandangnya dengan lama.
"Aku minta maaf."
"Huh?" Seomin kelihatan terkejut dengan ucapan maaf yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya ini. Seokjin memang pelik.
Helaian kertas lain yang dihulur oleh lelaki itu disambutnya dengan tanda tanya.
"Ini yang ori punya. Nama dekat situ. Itulah bapa kepada Jungwook." Ucapnya dengan nada mengendur.
Seomin meletakkan kertas itu kembali pada telapak tangan Seokjin selepas melihatnya buat beberapa saat. Perbuatannya membuatkan doktor muda itu pelik.
"Aku tak kisah. Tak nak ambil tahu."
"Kau tak boleh macam ni. Ini soal anak kau. Bukan kau. Jangan pentingkan diri sendiri boleh?"
Kata-kata Seokjin membuatkan hatinya menjadi panas.
"Kalau dia bapak kepada anak aku pun kenapa? Apa yang aku boleh buat? Dia nak kahwin dengan aku? Tak kan?"
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...