"Jangan risau, Eunbi selamat" Kata Jungyeon kepada Eunhae. Mata Eunhae dipandang dalam cuba mempercayakan Eunhae bahawa Eunhae selamat sekarang. Mereka berdua duduk di bangku berhampiran dengan taman hospital tersebut. Lampu-lampu dikawasan tersebut mula menerang di kawasan mereka berdua duduk.
"Eunbi sebenarnya diculik "
"tapi dia selamat sekarang"
"Apa?! diculik?! Siapa culik Eunbi?!"
Suara Eunhae bergetar menahan paniknya yang jelas pada air mukanya setelah mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Jungyeon. Jungyeon menggengam tangan Eunhae dengan lembut. "dengar dulu saya cerita semuanya dengan eonnie" kata Jungyeon dengan lembut. Eunhae menarik nafas dalam dan cuba tenangkan dirinya sendiri.
"Selama ni eonnie tahu ke Eunbi ada namja chingu sebelum dia pindah ke sini?"
"Seungcheol"
"nae.."
"tapi saya nak bagitahu ni memang saya tak ada bukti sekarang tapi harap eonnie dapat percaya apa yang saya nak cerita dekat eonnie ni" mata Eunhae ditenung dalam oleh Jungyeon. Eunhae serta mengangguk dan bersetuju dengan Jungyeon. "saya ada kawan nama dia Jennie, kawan rapat, sangat sangat rapat...."
Flashback 3 year ago..
BAMM!
Pintu rumah sewa itu ditendang kuat oleh Jennie. Mukanya pucat seperti mayat, kakinya juga bergetar seperti ada sesuatu yang tidak kena telah menimpanya. Dia berjalan menuju ke sofa berhampiran. Jungyeon yang sedang masak itu terkejut mendengar hentakan pintu yang kuat oleh Jennie tadi, dan serta merta dia menjenguk ke ruang tamu. " Kyaa! Gwenchana? " jerit Jungyeon kepada Jennie tapi jeritan itu hanya dibiarkan sahaja. Jennie merebahkan dirinya ke atas sofa.
Matanya melihat ke atas melihat kipas yang bergerak, lama kelamaan matanya berair. Setitis demi setitis air matanya jatuh ke pipi. "AKUUU TAKNAK AKU TAK NAKKK!!!!!" jerit Jennie sambil menumbuk perutnya. Jungyeon bergegas ke arah Jennie " waeee??? kau tak nak apa? apa dah jadi dengan kau ni?!"
Tangan Jennie digenggam kuat oleh Jungyeon agar perbuatannya tadi itu terhenti. Jennie mula meraung dengan kuat, kali ini lebih serious, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi. Bercampur baur. "JENNIE!!" Jerit Jungyeon.
"KAU DIAM LAH! AKU YANG TANGGUNG SEMUA NI!"
Jungyeon mengerutnya dahinya " tanggung apa ni? boleh tak kau explain? aku tak faham lah!" Jungyeon mengambil keputusan untuk memeluk tubuh Jennie. Perlahan lahan Jennie membuka mulut untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Jungyeon. "a..aku.. mengandung anak Seungcheol" kata Jennie perlahan dan badannya semakin menggigil. Kata-kata Jennie tadi membuatkan Jungyeon terkedu. Sedih, marah semuanya ada. Siapa sahaja tidak marah jika kawan baiknya sendiri diperlakukan sebegitu?
Suara Jennie menyapa ditelinga Jungyeon sekali lagi. " dia paksa aku Yeon, dia tolak aku! dia kata nak minum je tapi semua kawan dia tolak aku masuk dalam bilik tu! aku taknak!!!" Jennie menjerit sekuat hati. Sedihnya tidak dapat ditahannya lagi. Dia terlalu muda untuk semua ini, macam mana dia hendak berhadapan dengan orang ramai dengan keadaan dan rupa parasnya yang akan datang. " tolong yeon, aku nak gugurkan kandungan ni" kata Jennie.
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...