:: 56 :: Untold

55 5 4
                                    

Dahinya diletakkan pada dinding lut sinar itu. Matanya masih memandang kearah Taehyung. Tiba tiba kepada Taehyung bergerak. Jimin membesarkan matanya. Apakah benerrrr iniiii?


Kepala

Taehyung

BERGERAK

" HYUNGGGGGGGG!!!!!!! KEPALA TAEHYUNG BERGERAKKK "

Lantas Baekhyun dan Sohyun memalingkan kepala kearah Jimin. Bergegas mereka berdua berlari kearah cermin lut sinar di bilik Taehyung diletakkan. Baekhyun memerhati dengan teliti dari wajah Taehyung sehinggalah kearah tangannya. Perlahan lahan jari Taehyung bergerak. "tae .. taehyung "

Baekhyun tersenyum sementara matanya telah berkaca. " Pergi panggil doktor cepat " arah Baekhyun kepada Jimin dan Sohyun . Mereka berdua hanya akur lalu bergegas mencari doktor meninggalkan Baekhyun seorang disitu.

Baekhyun melangkah masuk ke dalam wad kecemasan dimana Taehyung diletakkan. Langkahnya laju mendekati Taehyung. " Tae.." Panggil Baekhyun perlahan.

Sebak dihatinya masih lagi ditahan sedaya upanya. Dia tidak mahu nampak lemah di depan Taehyung. Kerana dia tahu Taehyung memerlukan kekuatan dan sokongan daripada seorang abang. Baekhyun meneliti wajah Taehyung yang di penuhi wayar wayar yang dibelit di badan dan juga kain balutan di kepalanya.

Jari Taehyung masih lagi bergerak. Nafas Taehyung juga makin laju membuatkan Baekhyun semakin risau. Perlahan lahan ubun ubun Taehyung disentuh oleh Baekhyun. " Taehyung.. ni hyung " Suaranya bergetar getar menahan sebak.

Taehyung membuka perlahan lahan matanya dan terus memandang Baekhyun. Matanya juga berkaca menahan takungan air matanya dari jatuh ke pipi. Baekhyun terus memeluk adiknya itu. " Hyung tahu tae kuat " tanpa Baekhyun sedari air matanya jatuh ke pipi. Dia tewas untuk menjadi kuat kepada Taehyung. Dia tewas. " hyung tak dapat bayangkan kalau tae takde dalam hidup hyung sekarang tae "

" Hyung ada Tae sorang je "

Perlahan lahan air mata Taehyung juga jatuh ke pipi. Taehyung sedaya upaya mengumpul kudrat untuk berkata kata. " Ke..kenapa..hyung ri..risau sangat dekat Tae? Bukan ke kita ni.. bukan adik beradik? " Kata Taehyung kepada Baekhyun dengan lemah.

Baekhyun terus meleraikan pelukkanya selepas dia mendengar kata kata yang keluar daripada mulut Taehyung itu tadi. Dia terdiam seribu bahasa. " Tae dah tahu semuanya, hyung tak payah terangkan. "

Mata Taehyung dipejamkan semula manakala air matanya tidak berhenti mengalir. " Kenapa hyung tak terus terang je dengan Tae? Yang tae dah takde siapa siapa dalam dunia ni "

Kata kata Taehyung tadi sedikit sebanyak menyentuh hati Baekhyun. "  Hyung tak .. ta- "

" Tak apa? "

Suasana di bilik itu menjadi hening seketika sehinggalah doktor dan beberapa orang pembantunya datang ke dalam wad. " Maaf ya sila tunggu di luar, kami nak periksa pesakit ini " arah salah seorang pembantu doktor kepada Baekhyun. Dia mengangguk tanda setuju. Lantas dia keluar daripada bilik itu.

" Hyung! " Panggil Jimin . Baekhyun berpaling. Jimin memandang Baekhyun lama dan juga pelik. Mata nya kemerahan dan juga mukanya juga sembab. Baekhyun nangis ke? " Taehyung dah sedar ke hyung?" Soal Jimin. Baekhyun mengangguk perlahan lalu dia mengorak langkahnya pergi dari situ. " hyung!! Nak pergi mana?"

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now