:: 1 :: - Air strawberry?

10.7K 891 429
                                    


" krinnngggg "

" PAP "

" Haih memekak je.. " rengek Taehyung. Tangannya bergerak untuk mencari jam loceng. Ditekan untuk menghilangkan bunyinya. " huarghh.. aman dunia.. " Dipusingkan badannya ke arah bertentangannya. Tangannya dilingkarkan pada bantal goleknya.

" aku terima nikahnya mengantuk binti tidur dengan mas kahwin tilam serta katil dan bantal yang empuk tunai.. " Taehyung memejamkan matanya. Dia menyambung tidur dengan nyenyaknya.

" dah kahwin rupanya kau.. " Sapa seseorang. " ermm .. sah.. " Jawab Taehyung yang masih lagi keadaan separuh sedar. " Sah ye.. " katanya lagi. " sah.. sah.. sayang sangat dekat dia.. " Jawab Taehyung lagi. Baekhyun menggelengkan kepalanya.

" angau ke apa adik aku ni.. jam dah dekat pukul 7.30 pagi dia rilek buat peta.. " Omel Baekhyun lagi. " Kyaaa! Taehyung ! ireona! sekolah cepat! " Bentak Baekhyun. Digegarkan bahu Taehyung supaya dia sedar dari tidurnya.

" aish!! " Taehyung mengangkat sebelah kakinya ke udara. Matanya masih tertutup rapat. Mungkin masih dibuai mimpi. " aigoo.. tak senonoh betul.. " Baekhyun mula bengang. " Woi! palli ireonaaa!!!! " Sekali lagi Baekhyun cuba mengejut adiknya.

" Ei! jangan kacau lah aku nak bermesra ni! mak bapak kau tak ajar ke? " Marah Taehyung. " Woi?! pehal susah sangat kau nak bangun ni?! " Jerit Baekhyun.

" Buk "

" Aduh! " Baekhyun mengaduh kesakitan. " Bantal kau baling dekat aku.?!. " Baekhyun bercekak pinggang. Dilihat adik masih nyenyak tidur. " dah lah pakai seluar pendek.. baju tak pakai.. memang tak senonoh.. " bebel Baekhyun lagi. Adakalanya dia melihat Taehyung tersengih dalam tidurnya. Mengigau agaknya.

Syok sangat lah tu kahwin dengan 'mengantuk' dia. Tengah bulan madu agaknya ataupun? Baekhyun tersengih. " Taehyung.. kau tak pernah rasakan hidup perkahwinan macam mana.. sini aku ajar.. " Idea nakal mula muncul di dalam fikirannya. Sengaja dia mahu mengenakan adiknya. Bukan selalu. Sekali sekala.

Baekhyun berjalan mendekati ke arah katil. Perlahan-lahan dia duduk. Selimut Taehyung ditarik sedikit demi sedikit. Baekhyun perlahan-lahan berbaring menghadap Taehyung. Wajahnya dirapatkan sedikit. Baekhyun cepat cepat membaluti dirinya dengan selimut sehingga ke paras hidung.

Baekhyun tersengih nakal. " pergh! banyaknya peta dekat bantal.. " Baekhyun berkata sendirian. Mulalah idea jahat untuk mengenakan adiknya. " Taehyung.. " Panggil Baekhyun. Suaranya dilembutkan sedikit. Biar jadi suara perempuan sikit.

" Erm.. " Taehyung menjawab. " Abang.. bangun lah abang.. " Panggil Baekhyun. Mahu sahaja dia ketawa tapi ditahannya. Jari Baekhyun mula meliar dibibir Taehyung. " abang.. " panggil Baekhyun lagi.

Perlahan-lahan kelopak mata Taehyung dibuka. " Morning abang.. " sapa Baekhyun. " Morning sayang.. " Jawab Taehyung. Dia masih lagi tidak sedar dengan perbuatannya. " thanks for the last night.. " kata Baekhyun lagi. " ur welc---- huh? " Mata Taehyung dibuka luas.

" kenapa abang? " Tanya Baekhyun lagi. Tangannya bermain dengan pipi Taehyung. " gulp " Taehyung meneguk air liurnya. " bila pula aku kahwin ni? " Desis hatinya. Terkebil-kebil matanya. " abang... kenapa ni? takut ke? " Baekhyun bersuara lagi.

Taehyung cepat-cepat bangun dari pembaringannya. Dia melihat tubuhnya. " mana baju aku.. " Taehyung mula risau. Diletakkan kedua belah tangannya diatas dada. Pandangannya di alihkan pada Baekhyun. Matanya membesar melihat tubuh badan Baekhyun yang berselimut. Dipandangnya sehingga turun ke kaki. " eh siapa ni? aku? buat ? semua ni? eh tidak.. " Taehyung mula takut.

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now