" kau demam panas ni Taehyung"Kata Baekhyun dengan nada yang risau. Pintu rumahnya ditutup kembali. Taehyung baring di atas lantai sambil memejamkan matanya. " mana ada hyung.. Tae ok je ni.. Cuma penat sikit " jawab Taehyung yang cuba mengelak.
" Tae ingat Tae boleh tipu hyung ke? Dengan badan panas macam ni.. Kenapa tiba-tiba ni? " Baekhyun membantu Taehyung untuk bangun dari pembaringannya. Tangan Taehyung diletakan pada lehernya lalu mereka menaiki anak tangga ke atas.
Tubuh Taehyung diletakan pada katil miliknya. Baekhyun melabuhkan punggungnya di birai katil sambil meletakan telapak tangannya di atas dahi Taehyung. " kau ada masalah ke ? " soal Baekhyun. Taehyung terdiam dan matanya hanya berpaling ke arah siling rumahnya.
" Taehyung.. Hyung tanya ni "
Taehyung mengeluh berat. Kepalanya dialihkan untuk memandang wajah Baekhyun disebelahnya. Taehyung menguatkan diri untuk bangun serta bersandar di katil. Taehyung menekan perit air liurnya.
Mata lemah Taehyung mula beralih pada mata Baekhyun. Dan tiba-tiba sahaja matanya bertukar menjadi berair membuatkan Baekhyun juga terkejut. Lantas tubuh Baekhyun dipeluk erat oleh Taehyung.
" dari dulu orang yang Tae sayang, tinggalkan Tae macam tu je "
" kenapa hyung? "
" Tae ni memang bernasib malang ke? "
Baekhyun mengeluh berat. Lidahnya kelu untuk menjawab soalan Taehyung. " Tae rehat dulu.. Hyung turun bawah nak ambil kain basah " jawab Baekhyun lalu keluar dari bilik Taehyung. Taehyung meraup kasar wajahnya. Matanya perlahan-lahan dipejamkan.
Tanpa disedari air matanya juga perlahan-lahan menitis ke pipi. " haih.. "
__________
Eunbi terkejut sebaik sahaja Seungcheol menengkingnya keluar. Bayang kereta Seungcheol juga sudah lesap dari matanya. Eunbi meneguk air liurnya. Gamak Seungcheol buatnya seperti itu?
Eunbi menggengam penumbuknya lalu berlajan perlahan menuju kerumah. Jalan raya itu dipandang sayu. Kejadiannya bersama Taehyung tadi cuba diingat kembali membuatkan hatinya semakin sakit dan sedih.
Eunbi menangis lalu terduduk di tepi jalan raya. Mukanya ditekup untuk menahan segala tangisan dan rasa perit yang dirasainya. Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang membuatkannya terkejut. " Eunbi.. " panggil Seungcheol yang kembali semula pada Eunbi bersama dengan keretanya.
Eunbi menepis tangan Seungcheol kerana perasaan marah masih mengusai dirinya. " saya minta maaf tadi.. Saya tak ada niat nak tengking awak Eunbi. Saya rasa marah sebab Taehyung buat awak macam tu. Sebab saya sayangkan awak " kata Seungcheol dengan lembut sambil menggosok lembut bahu Eunbi.
Eunbi hanya membisu tanpa mengeluarkan seberang perkataan. " saya tahu awak marah.. Tapi tak pe.. Saya bagi awak masa.. Kajja saya hantar awak balik rumah.. Mesti awak penat kan? " pujuk Seungcheol sambil membantu Eunbi bangun dari duduknya.
Eunbi hanya akur. Dia penat. Dan dia juga tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang ini. Seungcheol memegang tangan Eunbi lalu membantunya masuk semula kedalam kereta dan mereka berdua bergegas pulang ke rumah.
____________
" uish.. Parah kepala kau ni " Jungyeon menggosok-gosok kepala Jimin yang berbalut kain putih. " kau lah perangai macam setan! Yang kau pergi ketuk pakai helmet tu kenapa!? " marah Jimin lalu menolak tangan Jungyeon dari memegang kepalanya.
Jungyeon cuba menahan tawanya dari terhambur. Pintu kaca klinik itu dibuka lalu mereka berdua keluar selepas Jimin mendapatkan rawatan. " lain kali jangan cari pasal dengan aku faham? " kata Jungyeon sambil tertawa.
Enjin motornya mula dihidupkan memakai helmetnya dikepalanya. Jimin memandang Jungyeon dengan tajam. Aku tak puas hati dengan perempuan ni tahu tak?
Bukan nak dengar penjelasan aku sampai habis! Aku baru je nak cakap aku bergurau masa tu. Dah dia dulu ketuk kepala aku pakai helmet. Susah duh perempuan ni!
" hoi! Yang kau cerlung aku macam tak makan setahun tu kenapa? Tak puas hati dengan aku ke apa? Cepat lah naik ke kau nak jalan kaki balik rumah kau? " jerit Jungyeon yang berada di atas motornya.
Jimin memandang kearah Jungyeon dengan lama lalu dia tersenyum sinis. " tak pe kau akan dapat balas kejap lagi " gumam hati Jimin sambil tersenyum kemenangan. Jimin memegang kepalanya lalu keningnya dikerutkan. " aduh.. Sakit.. "
Jungyeon membesarkan matanya lalu datang kearah Jimin. "Weh! Sakit lagi ke ? Eh jom la masuk klinik balik.. Pergi jumpa doktor sekali lagi nae? " kata Jungyeon dengan penuh risau. Jimin menggelengkan kepalanya. " tak payah aku ada cara lain nak hilangkan sakit ni.." Jawab Jimin.
" apa dia? "
" halmeoni aku cakap kalau nak hilangkan penyakit ni ada satu petua "
Jungyeon mengerutkan keninganya. Pebenda Jimin mengarut ni? Aishh apa-apa jelah! Janji dia tak sakit and tak mati. Kalau tak memang aku dah dituduh membunuh orang lah! " apa dia? " soal Jungyeon lagi.
Jimin melambaikan tangannya menyuruh Jungyeon datang lebih dekat padanya. " adui cakap je lah! " " sini lah sikit aku nak bisik " kata Jimin dan Jungyeon hanya akur. Jungyeon mendekatkan telinganya kearah Jimin.
Jimin tersengih jahat lalu membisik kearah telinga Jungyeon. " Halmeoni aku cakap kalau nak baik.. Kena guna cara halus tulus dari hati "
" dan caranya adalah "
Chup~
Pipi Jungyeon dicium pantas. " Huarghhh!! Penyakit aku dah baik! Gomawo! Lembut pipi kau " Jimin tersengih sehingga tertutup matanya. Jungyeon terkesima lalu menyentuh pipinya. Jimin dipandang dengan tajam.
" ehehe sorry "
" tak guna kau Jimin!!!!!!! MATI AKU AKU KERJAKAN NANTI!!!! "
" WARRGHHHHHH!!!!! EOMMA!!!!! "
TBC
Pendek? Sorry Lyn ada masalah sikit. Nanti Lyn sambung pukul pt.2 soon :)
Do read their fanfic ;
taehyungie_02 - Seatmate K.TH / Erase K.TH
hana237 - Jimin and Me
Thank you :)
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...