" aduh apa aku nak buat ni? "
Jungyeon kelihatan cemas apabila melihat Eunbi langsung tidak memberi sebarang respon. Malam sudah pun semakin lewat tambahan pula cuaca sejuk dengan salji yang mulai lebat.
Badannya digosok kerana sejuk. Telefonnya dikeluarkan dari poketnya lalu di dailkan kepada nombor Jimin. Jimin menepuk-nepuk bantalnya sebelum baring. Baju tshirtnya dibuka dari tubuhnya.
Belum sempat bajunya dibuka, telefonnya bergetar sehingga kepalanya tersekat leher bajunya sendiri. " brr siapa pula la kacau sleeping handsome aku ni? Dah la baju ni ketat! Abs aku ni membesar ke apa " bebel Jimin seorang diri lalu menyarungkan semula.
Telefonnya diangkat tanpa melihat siapakah pemanggilnya. " woi manusia? Kau nak apa? " jawab Jimin geram. " J..jimin.. Kau kena tolong aku Jimin.. Aku merayu tolong Jimin.. " kata Jungyeon terketar-ketar dalam kesejukan.
Jimin mengerutkan keningnya. Nama pemanggil itu mula dilihat sekilas. Jungyeon? Pehal suara lembut semacam? Nak goda aku ke apa ni? " err.. Kau kenapa ni? " soal Jimin ringkas. " sebelum tu.. Gajah mini kau sakit lagi tak? "
Jimin mengecilkan matanya. Dia ni tanya soalan macam tu dah kenapa? Pelik semacam je. Nasib bukan malam Jumaat. " tak sakit dah.. Kenapa? "
" ok.. Kau tolong datang dekat tasik weh.. Aku ada jumpa seorang yeoja ni.. Dia kena belasah.. Kau tolong ambil aku dengan dia dekat sini boleh? " kata Jungyeon lemah. " aku nak datang dengan apa? "
" kau ni bangang ke bodoh? Naik lah teksi! Tak kan aku nak angkut perempuan ni dengan motor aku pula! "Marah Jungyeon. Jimin meneguk air liurnya. Tak pasal-pasal kena jerit. " ha! Kau tunggu kejap lagi aku datang dengan sexy "
" HAH?! "
" Ehhhhhh tak! Datang dengan teksi! Tunggu jangan pergi mana-mana! "
____________
Jimin menghulurkan sehelai selimut tebal kepada Jungyeon. Wajah Eunbi dipandang sekilas sebelum dia duduk bersebelahan dengan Jungyeon. " kau macam mana boleh jumpa dengan dia ni? " soal Jimin perlahan. Jungyeon melepaskan keluhannya sebelum menjawab soalan Jimin.
" aku lepak dekat tasik tu.. Lepas aku dengan suara perempuan jerit-jerit.. Jadi aku pergi tengok lah.. Aku ugut perempuan-perempuan tu.. Lepastu kau tahu tak dia pergi campak perempuan ni dalam tasik sejuk tu.. Aku pun terjun la sebab nak selamatkan dia.. Tak kan la nak biarkan dia mati lemas pula " jelas Jungyeon panjang lebar. Mulut Jimin ternganga seketika.
Wuish! Girlfriend material betul! " kau tahu tak yeoja yang kau selamatkan ni la Eunbi yang aku cerita tu.. "
" serious lah kau? "
" muka aku ni nampak macam main-main ke? Muka lapar nak makan kau adalah "
Jungyeon menjegilkan matanya kearah Jimin. " kau ni dah puas hidup ke apa? " soal Jungyeon dingin. Jimin tersengih takut lalu kepalanya digelengkan dengan laju. " eheheheh gurau je.. " jawab Jimin lalu tubuhnya dijauhkan sedikit dengan Jungyeon. Yela takut kena sekeh lagi kan mampus dibuantnya.
Jimin bangun lalu berjalan kearah katil dimana Eunbi ditempatkan. Masih belum ada lagi tanda-tanda yang Eunbi akan sedar pada malam ini. Dahi Eunbi dipegang dengan menggunakan belakang tangannya. Sejuk.
Muka dan tangannya juga lebam walaupun tidak begitu banyak. Jimin mula tertanya-tanya. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Apa punca Eunbi dipukul? " Haihh pelik ni.. " gumam hati Jimin.
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...