:: 49 :: - Ego

1.1K 193 112
                                    

" aku benci perubahan Taehyung "

Matanya bergerak-gerak dengan laju. Air matanya cuba ditahan tetapi tetap jatuh ke pipi. Dia tidak pernah ditengking begitu dengan seseorang namja.

Lagi-lagi namja yang buatkan hari-harinya berubah.

Kepalanya dipusingkan kearah Taehyung dibelakang. Langkah Taehyung menjadi pantas meninggalkannya. Langsung tidak berpaling kearah belakang.

Kenapa kau bodoh sangat Eunbi?

Kenapa?

Kenapa kau tak terus terang masa yang kau sebenarnya sukakan Taehyung juga?

Air matanya dikesat. Bayang-bayang Taehyung semakin lesap di matanya. Dan akhirnya dia berseorangan disitu. Entah kenapa lututnya menjadi lemah. Bibirnya tidak mampu bergerak untuk berkata-kata. Eunbi terduduk di jalan raya selepas beberapa lama kejadiannya bersama Taehyung tadi.

" A.. Aku n.. Nak k.. Kau tahu Taehyung.. A.. Aku sukakan kau lebih daripada Seungcheol.. "

" Taehyung.. Tolong datang balik.. "

" Taehyung... "

" K.. Kim Taehyung.. "

Sohyun tersenyum sinis melihat Eunbi yang sedang merana. Walaupun dia hanya melihat Eunbi dia sudah dapat meneka. Langkahnya diatur kearah Eunbi. Salji yang berada di jalan itu sengaja di sepak sehingga terkena kepada muka Eunbi. " ops!  Sorry ingatkan sampah tadi "

" Eh lupa. "

" kau memang sampah pun kan? "

" tch memang sesuai dipanggil sampah dengan darjat kau macam tu "

" patut Taehyung buang kau sebab kau ni sampah Eunbi. Sedar diri tu "

" HAHAHAHA"

Kepala Eunbi ditonjol untuk beberapa kali.  Tetapi kali ini Eunbi hanya membiarkan sahaja perbuatan itu. Dia betul-betul rasa dirinya seperti sampah. Tiba-tiba tangan Sohyun dipegang dengan kuat sehingga perbuatannya kepada Eunbi terhenti. " A.. Argh!  Lepas!  Sakit!  "

" kau jangan sentuh Eunbi lagi "

Tangan Sohyun digenggam semakin kuat. Hampir mengalir air mata Sohyun dibuatnya. " L.. Lepas aku kata!  Lepas Seungcheol!  " Seungcheol tertawa sinis. Tangan Sohyun dilepaskan dengan kasar. Belum sempat berkata apa-apa Sohyun sudah melarikan dirinya terlebih dahulu.

Eunbi dari tadi hanya menundukkan mukanya ke tanah. Rambutnya agak kusut disebabkan perbuatan Sohyun tadi. Dia langsung tidak berani memandang wajah Seungcheol dihadapannya.

Seungcheol menyamakan paras mukanya dengan wajah Eunbi. Jarinya mula bergerak memegang rambut Eunbi yang sedikit kusut itu. Dibelai secara lembut.

" gwenchana?" Soal Seungcheol. Eunbi mendiamkan diri. Seungcheol merapatkan bahunya sehingga bersentuhan dengan bahu Eunbi. Kepala Eunbi dilentokan pada bahunya. Eunbi seperti dipukau oleh Seungcheol. Kerana setiap perbuatan Seungcheol tadi membuatkannya teringat pada Taehyung.

Secara tiba-tiba air matanya mengalir lagi. Kali ini lebih deras. " betul ke aku ni sampah? " soal Eunbi. Seungcheol terkejut mendengar kata-kata Eunbi tadi. Bibirnya mula terukir senyuman sinis. Sekaranglah masa yang sesuai bagi segala rangcangannya.

" Mungkin awak sampah di mata orang lain, bukan bagi saya. Bagi saya awaklah Jung Eunbi saya "

Eunbi terdiam lagi. Terasa penat mahu berkata-kata. Akhirnya Eunbi dan Seungcheol terduduk di tepi jalan raya itu buat seketika.

———————————

Jimin membuka pintu rumahnya dengan segera. Tubuh Jungyeon yang digendongnya terus diletakkan atas sofa. Muka masing-masing pucat akibat kesejukan. Jimin memerhati wajah Jungyeon dengan teliti. " pipi kau lebam ni " desis Jimin.

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now