" Eunbi.. "
" hmm "
" kau tahu tak kenapa aku sedih sekarang ni? "
" waeyo? "
" sebab ada orang tu merajuk dengan aku.. "
" soooo? kau nak aku buat apa?"
" tolong aku boleh? "
" kalau aku rajin aku tolong.. "
" tolong hilangkan rasa sedih aku.. Aku akan kiss kau.. and kalau kau tak suka.. kau boleh pulangkan balik.. "
Taehyung mengalihkan pandangannya betul-betul pads wajah Eunbi. Wajah polos Eunbi itu diamati dengan lama. Sekali sekala mukanya nampak pucat serta tidak bermaya. Ye lah kan orang demam mestilah pucat muka. Bibir kering. Mata merah berair pula tu. Tapi comel.
Eunbi juga tidak dapat mengalihkan anak matanya dari terus memandang wajah Taehyung. Betul ke Taehyung cakap? Atau saje je nak sejukan hati dia. Haih. Jangan lah cakap macam tu kalau main-main. Sakit tahu hati ni. Eunbi meneguk air liuarnya. Matanya dialiahkan ketempat lain.
" Jangan nak merepek lah Taehyung " Jawab Eunbi. Padahal dalam hati gementar gila. Taehyung tersengih petak. Akhirnya dapat juga dengar Eunbi menyebut namanya. " apa dia aku tak dengarlah.. " Sahaja Taehyung mahu menyakat Eunbi. Entah kenapa hatinya bagai berbunga tahi ayam pula dengar Eunbi menyebut namanya.
" Aku cakap jangan merepek lah Taehyungggggg " Jawab Eunbi dengan geram. Saja lah tu. " siapa kata aku merepek? " Tanya Taehyung. " abistu kau betul-betul ke? " Duga Eunbi. Taehyung mengangguk dengan laju. Huish nampak macam dah bagi lampu hijau je? Dah lah rezeki depan mata.
" kau nampak ni? " Eunbi mengeluarkan penumbuknya. Taehyung tersengih. " apa tu sayang? " Tanya Taehyung. Suka pula dia menyakat si Eunbi ni. Ni lah padahnya. Eunbi tak datang satu hari dah macam ikan kehilangan air.
" KAU NAK KENA PENUMBUK AKU KE? " Marah Eunbi. Berasap kau telinga. " kalau aku mati siapa nak jadi suami kau? tak sayang aku erk? " Usik Taehyung lagi. " siapa kata aku nak jadi isteri kau?! perasan! " Bentak Eunbi.
" pipi kau dah membuktikan.. " Jawab Taehyung. Mata Eunbi membesar. Kenapa pulak dengan pipi ni?! Eunbi memegang pipinya. Panasnya. Aduh ni mesti kes pipi merah. " Haaaa malu malu! " Taehyung mengangkat keningnya untuk beberapa kali. Dah macam penggatal tepi jalan pun ada.
Eunbi menjeling ke arah Taehyung. Bukan jeling betul betul pun. Sahaja nak cover yang dia tengah malu. Hish memang cari masalah betul. " So, maafkan aku tak? " soal Taehyung. " tak.." Lantas Eunbi menjawab.
Wajah Taehyung yang tadinya senyum mengalahkan joker, sekarang sudah bertukar menjadi muram. Taehyung mencebik. Susah betul nak pujuk perempuan tengah merajuk. Dah lah tak ada pengalaman nak pujuk perempuan merajuk. Kalau perempuan macam Baekhyun tu tak pe lah :3
Taehyung mengeluh. Eunbi yang sedang curi-curi memandang kearah Taehyung itu tersenyum. Dia cuba menahan tawanya. " fine lah.. " Jawab Taehyung dengan suara mendatar. Eunbi sudahpun ketawa besar di dalam hati. Muka je macam manly. Hati macam pondan.
" aku tahu sebab apa kau tak maafkan aku.. sebab kau jelesss kannnnnnn " Taehyung kembali mengusik Eunbi. Eunbi menggulingkan matanya. Tak habis lagi ke mamat ni? aduh. " tak de masa aku nak jeles.. " Jawab Eunbi. Taehyung tersenyum. Kali ini senyumannya tidak dibuat-buat. Senyumannya betul-betul ikhlas.
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...