:: 43 :: - Promise

1.7K 283 131
                                    


" a..aku rindu kau Eunbi.. "

Suaranya dibisikan lagi ke arah telinga Eunbi lalu mengucup lembut dahi Eunbi sebelum dia memejamkan matanya sekali. Akibat kepala Taehyung terlalu pening, dia juga terlelap di sebelah Eunbi.

Jungyeon menuruni anak tangga ke bawah sambil memegang telefon milik Taehyung. Tanpa membuang masa Jungyeon terus menekan punat hijau untuk menelefon Eunhae. Jimin yang baru sahaja sampai kebawah duduk di atas sofa sambil melihat perbuatan Jungyeon.

" yeobosaeyo? "

Panggilannya sudah dijawab oleh Eunhae. Jungyeon menarik nafasnya sebelum mengeluarkan kata-katanya. " err annyeong.. Ni unnie Eunbi kan? " soal Jungyeon lembut. Jimin mengerutkan dahinya.Eh lembut pula suara? Sopan pula tu. Bila cakap dengan aku bukan main kasar lagi. Memang tak boleh jadi ni.

" ye? Ni siapa? Ada jadi apa-apa ke dekat Eunbi? " jawab Eunhae di talian. Jungyeon meneguk air liurnya. Nafasnya cuba ditenangkan agar Eunhae tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku.

" saya Jungyeon.. Kawan Eunbi. Saya call ni sebab nak bagitahu yang Eunbi tidur rumah saya malam ni.. Boleh kan eonnie? "

" jinjja? Kenapa dia tak beritahu eonnie terus je? Dan kenapa pula kamu yang kena call? "

" err.. Sebab.. Err ahh Eunbi dah tertidur tu.. Sebab tu saya call kan. Yela kan nanti eonnie risau pula dia tak balik rumah tiba-tiba kan? "

" ok lah kalau macam tu.. Jaga Eunbi baik-baik. Esok suruh dia balik cepat nae? "

" ahhh.. Ok eonnie. Saya akan pastikan yang Eunbi balik rumah awal esok.. Ok bye eonnie! Annyeong "

Tittt

" fuhhh " Jungyeon melabuhkan punggungnya terus keatas kerusi. Kepalanya dibaringkan serta tangannya menepuk-nepuk dadanya yang mula berdegup kencang. " sopannya suara kau dalam fon.. Aku dekat sini pun cair " Jimin mula bersuara setelah lama dia berdiam disitu.

Jungyeon mengangkat kepalanya lalu dialihkan kepada Jimin. " kau ni kalau tak ganggu aku tak boleh ke? Suka hati aku lah nak suara lembut ke kasar ke ? Kau sebuk kenapa? Suara aku " Jungyeon menggulingkan matanya keatas. " haaa yela "kata Jimin dengan nada suara tidak berpuas hati.

Kedua belah tangannya diletakkan diatas bahu serta matanya dinaikan keatas sehingga menampakan mata putihnya. Jungyeon tergelak kecil melihat riaksi Jimin. " hantu betul! " gelak Jungyeon lagi.

Jimin tersenyum apabila melihat Jungyeon ketawa. Matanya dialihkan kepada tangan Jungyeon yang memeluk tubuhnya sendiri. " kau mesti sejuk kan? Tangan kau pun dah pucat sebab kau terjun tasik tu " kata Jimin sambil menunding jarinya kearah tangan Jungyeon.

" tak ada apa lah..kejap lagi ok lah tu.. " jawab Jungyeon. Jimin hanya mengeluh. Tiba-tiba sahaja suasana disitu menjadi senyap. Mata mereka juga bertembung diantara satu sama lain. Jungyeon menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu mengalihkan matanya kearah yang lain. " aku.. Aku nak naik atas sekejap nak bagi fon ni dekat kawan kau "

Kata Jungyeon kemudian berlari menaiki anak tangga ke tingkat atas. Jimin meraup mukanya. Tiba-tiba je rasa macam nak tersenyum pun ada. " kau jangan cakap yang kau dah suka budak tomboy yang sanggup pijak gajah mini kau tu.. Aishh Jimin apa kena dengan kau ni! " Rambutnya diserabutkan lalu merebahkan dirinya keatas sofa.

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now