:: 53 :: - Waiting

1.2K 151 106
                                    

" Taehyung ada dekat sana.. "

" huh? Kau biar betul Jimin?  Tak kan lah dia ada dekat hospital?  Dia nak buat apa dekat situ? " soal Baekhyun bertalu talu. Dahinya dikerutkan sambil memandang kearah luar rumah. " nanti Jimin beritahu kenapa. Sekarang kita kena gerak ke hospital "

" baiklah, jumpa kau dekat sana "


Talian telefon diantara Jimin dan Baekhyun di tamatkan. Jimin menarik nafas panjang. " kenapa boleh jadi macam tu.. " wajah Taehyung yang terpapar di TV dilihat dengan teliti. Jungyeon juga mengerutkan dahinya. " apa tunggu lagi. Kajja kita ke hospital " kata Jungyeon. Jimin menganggukkan kepalanya tanda dia setuju.







____________________






" jangan... "

"..... Jangan "

" jangan sentuh aku...  "

" Tolong aku....  "

".... Taehyung "


Mata Eunbi terbuka sedikit demi sedikit. Terpancar cahaya menembusi matanya. Penglihatannya masih lagi kabur. " Eunbi..  " kedengaran suara garau menegurnya. Mata terus terbuka luas apabila dia mengingati kejadian yang berlaku kepadanya tadi. " JANGAN SENTUH AKU SEUNGCHOL! " bahu lelaki dihadapannya dipukul kuat.

" Eunbi.. "

" Eunbi.. "

" ni aku Eunbi.. Taehyung "

Serta merta tangannya terhenti memukul. Wajah Taehyung yang sedang tersenyum dihadapannya dipandang lama. Betulkah ini Taehyung?  Taehyung berada dalam keadaan yang baik?  Perlahan lahan jari jemarinya diletakkan pada pipi Taehyung. Lalu pipi Taehyung diusap lembut. " Taehyung.. Kau.. Tak apa apa kan? " soal Eunbi.

Taehyung tersenyum. " aku ok.. Jangan risau " tangan Eunbi dipegang lembut. Bergenang air mata Eunbi. Dia fikir dia akan hilang Taehyung buat selamanya. " janji jangan tinggalkan aku.. Aku takut.. " esakkan Eunbi semakin kuat. Tanpa disedari tubuh Taehyung dipeluk erat.

" takpa.. Kau selamat Eunbi " kata Mino sambil mengerutkan dahinya. Siapa Taehyung? Kenapa Eunbi memanggilnya Taehyung?  Dengan kekoknya Mino membalas kembali pelukkan Eunbi untuk meredakan tangisan Eunbi.

Eunbi meleraikan pelukan mereka lalu wajah Mino dipandang. Matanya terus membulat. Eunbi berganjak kebelakang kerana ketakutan. " kau!  Kau buat apa dekat aku!!  " jerit Eunbi sambil memandang kearah sekelilingnya. Dia seperti berada di sebuah rumah pangsa yang kecil dan agak bersepah.

Mino berdiri semula bersebelahan Eunbi. " Kau selamat dari Seungchol. Sekarang biar aku uruskan semuanya.  Dalam masa dua hari ini,  kau perlu tinggal dekat sini " jawab Mino dengan dingin. Eunbi masih lagi menggeletar. Dia langsung tidak sedar selepas Seungchol menampar mukanya dengan kuat semasa mereka berada di dalam kereta.

Mino meletakkan sebungkus plastik makanan serta sebotol air mineral di hadapan Eunbi. " makan dulu.. Nanti aku jelaskan semuanya " arah Mino dengan lembut lalu pintu bilik itu ditutup perlahan meninggalkan Eunbi seorang diri. Eunbi masih lagi bingung.

Selimut yang membaluti tubuhnya dibuka sedikit pada bahagian lengannya. Kesan koyak di baju itu membuatkan Eunbi menangis semula.  Kepalanya dipegang lalu matanya dipejam. Dia nangis sepuas puasnya. " Taehyung... Mana kau..  "











Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now