:: 40 :: - Sick

2.3K 303 269
                                    


" ni semua salah aku.. "

Setitis demi setitis air matanya mula menitis membasahi pipinya. Dan tiba tiba sahaja bahunya seperti disentuh lembut oleh seseorang. Dia yakin tangan itu dimiliki oleh seorang yeoja. Lantas Taehyung berpaling kearah belakang.

Dia terlalu berharap bahawa itu adalah Eunbi yang datang mencarinya semula. Tangisannya mula di lap kemudian laju tubuh yeoja itu dipeluk erat. Rambut panjangnya diusap dengan lembut. " Aku tahu kau datang balik Eunbi.. " kata Taehyung.

Sohyun tersenyum. Tubuh badan Taehyung dipeluk erat sambil menggosok belakang Taehyung dengan lembut. Taehyung meleraikan pelukannya. Wajah Sohyun dipandang terkejut. " k..kau? "

Sohyun mengangguk perlahan. " apa kau buat dekat sini? " soal Taehyung. Sohyun menarik tangan Taehyung lalu digenggam erat. " saya datang sini sebab saya nampak oppa terduduk dekat bawah ni.. Waeyo? Oppa ada masalah ke? " tanya Sohyun semula.

Taehyung menghembus nafasnya dengan berat. " aku ok. Kau pergi la balik. " arah Taehyung sambil menarik tangannya daripada dipegang oleh Sohyun. " tadi saya nampak Eunbi pergi dengan Seungcheol? Mereka dah berbaik semula ke? "

Taehyung terdiam. Matanya dialihkan kebawah. Lagi sekali senyuman jahat mula terbit di bibir Sohyun. Jari jemarinya mula bermain pada muka Taehyung. Sisa tangisan Taehyung dikesat menggunakan jarinya dengan lembut.

Taehyung hanya membiarkannya kerana dia langsung tidak dapat merasakan apa-apa. Rasanya seperti kosong selepas Eunbi meninggalkan dirinya begitu sahaja. Tangannya mula ditarik oleh Sohyun kearah bangku berdekatan. Mereka berdua duduk bersebelahan.

Tubuh Taehyung dipeluk tanpa diminta izin. " oppa jangan lah nangis.. Eunbi tu memang macam tu. Lupakan je lah dia ye? Mungkin lepastu hidup oppa akan lebih gembira? Ramai lagi yeoja yang jauh lebih baik daripada dia dalam dunia ni " Sohyun menggosok rambut Taehyung dengan lembut.

Taehyung menepis lembut tangan Sohyun. " tapi dia lain. " jawab Taehyung lemah. Sohyun menggulingkan matanya keatas. Telefonnya mula dibawa keluar. Aplikasi camera-nya mula ditekan lalu dihalakan kearah Taehyung.

Taehyung mengalirkan air matanya tanpa dia sedari. Dalam diam-diam juga Sohyun menangkap gambar Taehyung lalu disimpan di dalam gallery telefonnya. Dia tersenyum kemenangan di dalam hati.

Taehyung bangun dari duduknya untuk beredar daripada situ. " oppa nak pergi mana? " soal Sohyun. " balik " jawab Taehyung sepatah lalu mengorak langkahnya pergi. Sohyun mengibas rambutnya kebelakang. " huh dah kena reject pun jual mahal lagi bodoh betul "

Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu kotak kecil yang bewarna merah yang diletakkan pada bangku itu. Kotak kecil itu diambil lalu dibuka dengan laju. Cincin yang bewarna silver itu dibawa keluar lalu dibelek. Ianya nampak simple dengan warnanya yang tidak terlalu menonjol dan dihiasi dengan permata yang berbentuk hati.

Dia ketawa sinis. " ni mesti untuk perempuan tak guna tu. Emm cantik cincin ni kalau dia pakai."

" tapi.. "

" lagi cantik kalau aku yang pakai kan? "

Cincin itu disarungkan pada jari manisnya. Dia ketawa perlahan. " baguslah kau Eunbi. Tak ada lah kau menyemak nak rebut Taehyung daripada aku "

" tapi satu je aku tak puas hati "

Telefon dibawa keluar semula. Gambar curi Taehyung yang ditangkapnya tadi dilihat semula. " kau dah buat Taehyung menangis "

" dengan gambar ni juga lah "

" aku akan buat kau merana Eunbi "



________

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now