:: 7 :: - Dia merajuk :'(

5K 590 166
                                    


" kau ni.. tali kasut aku biar lah aku ikat.. "

" biarlah aku ikat.. baru selamat.. "

" pehal pulak? "

" supaya kau tak akan jatuh cinta dengan orang lain.. "

Jawab Taehyung seraya mengikat tali kasut Eunbi. Tiba-tiba sahaja Eunbi terasa seperti ada satu aliran elektrik yang mengejut di jantungnya yang menghalang dari lidahnya untuk berbicara.

Matanya dialihkan kepada Taehyung. Tengok punya tengok gentle juga si Taehyung ni. Ikat tali kasut pun lembut. Agaknya pijak semut pun tak mati. " hidung aku menawan kan? " tiba-tiba sahaja Taehyung bersuara membuatkan Eunbi sedikit terkejut.

" huh? " soal Eunbi. Apa mamat ni cakap? Aku tengah berangan dia sibuk nak bercakap. " berangan lah tu.. " Jawab Taehyung sambil mencuit hidung Eunbi dengan lembut. Wait wait. What? Cuit hidung?

Kenapa dia tiba-tiba berani cuit hidung aku! Aishhh malunya!!! " Kyah! pab- " kata-kata Eunbi mula terhenti apabila kini pipinya pula yang dicuit. " kau jangan nak membebel lagi.. ". kata Taehyung sambil tersenyum kemenangan.

Eunbi terpaksa mendiamkan diri. Tak berani dah dia nak mencabar Taehyung. Padah dibuatnya. " tunggu.. jangan lari mana-mana.. penat aku kejar.. duduk je dekat sini.. " Arah Taehyung sebelum keluar dari bilik kesihatan untuk membeli makanan.

" ye lah.. berapa kali kau nak cakap? ish! aku tak lari lah. " Jawab Eunbi dengan nada suara tidak berpuas hati. " lagi senang kau duduk je dalam ni.. " Taehyung menepuk-nepuk dadanya dengan perlahan.

" dalam mana? "

" dalam hati aku.. "

Jawab Taehyung sambil tersenyum. Pintu bilik kesihatan itu dikuak dengan perlahan dan ditutupnya kembali setelah dia keluar dari bilik tersebut. Sekali lagi Eunbi terdiam. Tiba-tiba sahaja senyumannya terukir dibibirnya. " ada-ada je kau ni.. "

___

Matanya yang tertutup cuba dibuka apabila dia sedari bahawa jari jemarinya mula bergerak. Kelopak matanya yang berat dipaksa dibuka. Baekhyun melihat keatas. Semuanya putih. Nasib baik. Dalam hatinya cuma terfikir kalau nampak warna putih mesti dia berada di hospital.

Kalau hitam, bermakna dah mati .-. Kejap. Matanya dibuka dengan seluas-luas yang mungkin. Anak matanya mula meliar kesekeliling kawasan tersebut. " Rumah siapa ni? " Baekhyun tertanya-tanya. Tubuhnya yang masih terlentang diatas sofa digigihkan untuk bangun.

Otaknya ligat berfikir untuk mengingati semula apa yang telah berlaku sampai dia terbaring di sofa di rumah yang dia tidak kenali ini? Baekhyun berpaling kebelakang. Matanya tercacap pada sesuatu yang amat menarik perhatiannya.

Selipar. putus.

" selipar tu.." Baekhyun mengerutkan dahinya. Macam kenal je selipar tu. Tapi dimana ya? Kok keluarnya bahasa indon. Enggak mengapa. Sekali sekala kok. Ok back to the story. Kepalanya digaru walaupun tidak terasa gatal.

Tiba-tiba Baekhyun terasa seperti ada kelibat seseorang dibelakangnya. " Awak dah sedar? " Sapa seseorang dengan suara yang lembut. Mesti lah yeoja kalau suara lembut tu kan. Baekhyun menekan perit air liurnya. Matanya dipejam.

Siapa pulalah perempuan tu. Jangan hantu sudah. Tahu lah aku hensem jangan lah culik aku sampai ke alam bunian. " awak? " perempuan itu mencuit bahu Baekhyun. Kali ini Baekhyun berpaling kearahnya.

Mulut Baekhyun ternganga. Hantu ni lawo lah pula. Ye kena culik pun sanggup kalau hantu lawa macam ni. " Er.. awak ni hantu ke? " Tanya Baekhyun. Nampak tak bodoh abadi Baekhyun di situ? Yeoja itu ketawa kecil.

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now