" kau mungkir janji Taehyung.. Kau tipu aku.. "Kata Eunbi dengan perlahan. Dadanya mula terasa sebak dan berat. Matanya juga berkaca serta nafasnya mula turun naik dengan laju.
Jimin memandang kearah Eunbi yang tiba-tiba sahaja senyap. Keningnya dikerutkan. " Eunbi? " Jimin cuba memanggil Eunbi. Jimin hanya perasan bahawa Eunbi kelihatan lain selepas dia membaca mesej yang baru sahaja masuk di dalam telefonnya tadi.
Apa yang terjadi sebenarnya? Jimin cuba mendekati Eunbi. Matanya cuba difokuskan pada telefon Eunbi untuk membaca serta melihat mesej tadi. Mata Jimin membesar apabila melihat isi kandungan mesej tersebut.
" ini kan Taehyung? " Jimin mula bersuara membuatkan Eunbi terus berpaling kearahnya. " Kau tipu aku kan Jimin? Kau saja bermuslihat dengan aku kan! Kau kata Taehyung ada hal! Padahal keluar dengan yeoja ni! " amarah Eunbi mula keluar dari mulutnya. Secara jujurnya dia tidak boleh tahan lagi.
Mulut Jimin terbuka luas. Dia langsung tidak bermakna untuk membuat semua ini. Kemana Taehyung pergi pun dia juga tak tahu. " CAUGHT IN A LIEEEEEEEEE!!!!! " jerit Jimin.
" Eunbi kau dengar sini. Aku tak ada bermuslihat dengan sesiapa pun sekarang ni "
" Penipu! Kau sama je macam Taehyung! "
" Eunbi! Dengar dulu! Ye memang aku tipu kau tadi. Aku cakap Taehyung balik awal sebab ada hal. Tapi memang aku nampak Taehyung keluar dengan Sohyun. Masa tu Sohyun nangis. Dan aku sendiri tak tahu apa sebab dia nangis. Lepastu aku nampak kau. Kau kata nak tunggu Taehyung. Tak kan kau nak tunggu Taehyung dekat sini lama-lama? "
" tapi kau nak percaya ataupun tidak, Eunbi aku nak kau tahu yang Taehyung tak ada perasaan apa-apa pun dekat Sohyun. Mungkin dia terpaksa? Aku kenal Taehyung Eunbi. Dia kawan baik aku. Lagi satu, yang hantar gambar ni adalah Sohyun. Tak kan kau tak kenal Sohyun macam mana? Dia cuba nak rosakkan hubungan kau dengan Taehyung. "
" Aku minta tolong satu je dengan kau. Kalau ye pun kau nak marah. Kau memang berhak untuk marah kalau Taehyung betul-betul sengaja. Tapi macam mana kalau semua ni dah dirancang? Kau kena siasat dulu sebelum kau marah dekat sesiapa. Kau tahu tak Sohyun boleh buat apa-apa sahaja yang dia nak demi dapatkan Taehyung? "
Eunbi terdiam apabila mendengar kata-kata Jimin. Adakalanya, apa yang dikatakan oleh Jimin sebentar tadi ada betulnya juga. Tetapi ego masih ber-maharajalela di dalam diri. " Penipu. aku tak percaya kau. " Jawab Eunbi dan terus melarikan dirinya seorang diri.
Jimin mengeluh. Orang dah bagi nasihat pun tak nak dengar. Tapi yang peliknya. Kenapa Eunbi menangis? Jimin tersenyum. " haih Taehyung nampaknya ada orang kesanyangan kau ni jeles. Terbalas lah cinta kau " Kata Jimin seorang diri.
________
Eunbi mengatur langkahnya untuk ke taman berdekatan. Langit yang dipandangnya semakin gelap. Mungkin sahaja mahu hujan. Setiap kali dia ingat kembali gambar yang dihantar masuk kedalam telefonnya sudah semestinya dia akan sakit hati dan juga kecewa.
Dia juga tak faham dengan dirinya sendiri. Kenapa dia patut menangis apabila melihat Taehyung peluk yeoja tu? " haih.. " Eunbi mengeluh seorang diri. Akhirnya dia sampai ke taman permainan yang tidak jauh dari sekolahnya itu.
Eunbi mula mengatur langkahnya kearah gelongsor. Kakinya dilipatkan kedada. Keadaan taman permainan itu sungguh sunyi kerana tiada seorang budak pun bermain disitu pada waktu itu.
" kenapa kau peluk Sohyun ? " kata Eunbi seorang diri. Mungkin kata hatinya benar? Dia sedang mengganggu kebahagiaan Taehyung dan juga Sohyun? Eunbi menggelengkan kepalanya. Sekali lagi air matanya bertakung.
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...