:: 52 :: - Mess

1.1K 154 43
                                    

" bawa dia masuk kereta "

" pastikan tiada siapa yang nampak "

" aku nak habiskan Eunbi hari ini juga.. "

Arah Seungcheol kepada dua orang suruhannya. Eunbi memandang tajam kearah mata Seungcheol. Walaupun mulutnya tertutup tetapi dia sedaya upaya untuk berkata-kata. Tetapi badannya menjadi lemah akibat genggaman kuat dua orang lelaki itu.

Seungcheol tertawa sinis. " Bodoh " katanya sepatah. " Mino. Bawa dia ke kereta sekarang.  " arah Seungcheol lagi. Mino mengangguk faham lalu diarahkan dua orang lelaki tadi untuk membawa Eunbi ke dalam kereta.

Perbuatan Seungcheol dan orang suruhannya tidak kelihatan kerana orang ramai sudah kelam kabut dengan kemalangan Taehyung tadi. Tubuh badan Eunbi yang kecil itu senang sahaja diangkat lalu dibawa masuk ke dalam kereta milik Seungcheol.

" letak dia dekat situ. " suruh Seungcheol lagi. Eunbi ditempatkan pada tempat duduk belakang di sebuah kereta yang agak besar. Kemudian Seungcheol pula yang masuk kedalam bersebelahan dengan Eunbi.

" Lepas kan aku!!!  Apa kau nak buat dekat aku hah!  " jerit Eunbi sambil menangis. Tiba tiba telinga Eunbi terdengar bunyi kunci kereta yang telah tertutup serta cermin gelap kereta itu membuatkan Eunbi semakin gerun kerana mungkin tiada sesiapa yang akan perasan dirinya berada di dalam itu.

" kau tanya lagi aku nak buat apa? Kau rasa kalau seseorang lelaki tu bawa kau dekat tempat macam ni kau rasa dia nak buat apa? "

Suasana di dalam kereta itu menjadi sungguh senyap. Eunbi menggeletar ketakutan. Air matanya berderai tanpa henti. " Seungcheol. Tolong. Jangan buat aku macam n..ni " Eunbi mengundur kebelakang untuk menjauhkan dirinya daripada Seungcheol. Badannya dipeluk kemas kerana dia betul betul berada dalam ketakutan.

Seungcheol tertawa sinis. Gelas serta sebotol minuman keras dicapainya. " buat apa nak kesian kan kau sedang kan susah nak dapat peluang macam ni?  Kau ingat aku bodoh ke nak lepaskan kau sebelum.... " Seungcheol mendekatkan dirinya kepada Eunbi.

Eunbi memejam matanya. Dia tidak sanggup melihat terus kearah mata Seungcheol. Nafas Seungcheol terasa dipipinya lalu turun pada lehernya. " Seungcheol!!!!  Kau janji dah tak buat macam dulu lagi!!  Lepaskan akuuu!!!  Aku nak keluar!!!  Taehyunggg!!!  TAEHYUNG TOLONG AKUUU!!  "

Jerit Eunbi sekuat hati. Seungcheol menggengam kuat gelas tadi lalu dicampakkan kebawah sehingga kaca itu berderai. " kau fikir kau jerit nama Taehyung tu dia dengar ke?  Dia tak akan dengar kau sebab dia dah mati!  Kau faham tak dia DAH MATIII HAHAHAHAHHA BODOH!  PANDANG AKU SEKARANG!  " rambut Eunbi ditarik sekuat hati.

" sakitt..!!  "

" Aku bagi arahan senang je. Kau ikut apa yang aku buat. Kau tak sakit. Kalau kau MELAWAN!  KAU SAKIT!  ARRASEO!?  "

Dagu Eunbi ditarik supaya muka mereka bertentangan. " boleh kan Eunbi? " suara Seungcheol menjadi lembut semula. " NO!  " teriak Eunbi membuatkan perasaan marah Seungcheol semakin membuak-buak. Minuman beralkohol itu diteguk sehingga habis.

Kepalanya semakin menjadi terhuyung hayang. " Eunbi sayang. Please be soft to me. " Seungcheol bermain-main dengan rambut Eunbi yang sudah kusut itu. " TEPI!  KAU GILAAA!! "

" IKUT CAKAP AKU EUNBI!  " baju Eunbi ditarik sehingga koyak dibahagian bahu. Kulitnya yang putih persis bayi itu terdedah sedikit. Seungcheol ketawa kemenangan. " kau nak lari mana?  Tak ada tempat untuk lari lagi sayang. Hari ni kau syurga buat aku "

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now