:: 16 :: - Pairing

3.8K 496 221
                                    

" auwwwww!!! Sakit cikgu! "

" HAHAHAHAHA "

Berdekah satu kelas tersebut dengan ketawa murid - murid yang lain. " Awak ingat cikgu melting ke dengar awak punya pickupline tu? Dah basi tau tak dah basi dah pickupline awak tu! " Cikgu bercekak pinggang sambil memandang kearah Taehyung.

Eunbi mengetap bibirnya. Pandangannya ditundukkan kebawah. Aishh bersalah pula dia rasa. Kerana dia Taehyung pula yang jadi mangsa. Kening Eunbi mula bertaut. Apa yang perlu dia lakukan? Mengaku? Aduh nanti dia pula yang malu!

" semua ni salah kau! " tiba-tiba satu suara bisikkan menyapanya dari tepi. Eunbi mengalihkan pandangannya. Dan ianya Sohyun. " aku? " Eunbi menunding jari telunjuknya kearah dirinya sendiri. Ya, dia tahu itu salah dia yang perempuan ni sebuk apahal?

" Kau yang patut kena rotan! Tapi bae aku pula yang kena! Kau tengok lah nanti.. Aku pastikan kau dapat balasan! "

" Balasan apa? Kau ingat aku takut? Aku tahu ni salah aku.. Tapi dia yang nak backup aku! "

" tch.. Sekarang ni kau nak cakap Taehyung tu sayang kau lah? Mimpi! Aku tahu kau dengan dia bukan kekasih kan? Saja je dia suruh buat macam tu sebab nak jauh dari aku kan? "

Eunbi terdiam seketika. Eh perempuan ni memang boleh baca isi hati orang ke? Ataupun dia memang dah terlampau suka dengan si mamat alien tu?

" Saya tanya jawab lah! " Tiba-tiba suara cikgu menerpa di gegendang telinganya dengan kuat. Eunbi memegang dadanya akibat terkejut. Apabila dilihat semula kehadapan. Taehyung sudahpun menundukkan pandangannya ke lantai.

" Sa..sa..saya minta maaf cikgu.. " Kata Taehyung dengan terketar-ketar. " sebelum ni awak tak pernah macam ni.. Dulu awak pendiam.. Kenapa sekarang jadi sampai macam ni? " tanya cikgu itu lagi. Taehyung meneguk air liur. " Saya jadi macam ni sebab.... " tiba-tiba anak matanya dialihkan betul-betul pada mata Eunbi.

" gulp.. " Eunbi meneguk air liurnya. Kalau buatkan Taehyung bagitahu perkara sebenar macam mana?! " haih.. Saya janji tak buat lagi.. " Taehyung melepaskan keluhan beratnya. " kalau saya dapat tangkap awak buat hal macam ni lagi.. Siap awak.. Denda awak lagi teruk sebab chiaa chiaa kan cikgu! Arraseo? "

" Nae.. " Taehyung mengangguk perlahan. " pergi duduk! " Aeah cikgu itu kepada Taehyung. Taehyung tunduk hormat pada cikgu itu lalu mengatur langkahnya ke tempat duduknya semula. " T..taehyung.. " panggil Eunbi sebaik sahaja punggung Taehyung direbahkan ke sebelah kerusinya.

" eung? " Taehyung menongkat dagunya lalu memaling kearah Eunbi. " k..kau ..o..ok? " soal Eunbi. " ok " jawab Taehyung sepatah.

PAP!

Terasa seperti siling kelas itu sudahpun jatuh menghempap ke kepala Eunbi. Haaa sudah alien ni merajuk ke? Marah ke? Eunbi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana ni? " Taehyung.. Mianhae.. " kata Eunbi lagi. " untuk apa kau minta maaf? " soal Taehyung tanpa memandang kearahnya.

" sebab tadi lah.. Disebabkan aku kau kena rotan.. "

" so? Hanya ucap maaf je? "

" errr habis tu? Kau nak aku buat apa? Ok fine.. Aku janji aku akan buat apa yang kau suruh asalkan kau maafkan aku pasal tadi.. Aku janji.. "

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now