" saya tak dapat maafkan diri saya kalau saya tak dapat jumpa siapa yang buat Eunbi merana macam ni.. "Taehyung mengukir senyuman lemahnya sebelum dedaun pintu itu ditutup kembali dengan perlahan. Eunhae yang masih berdiri di ruang tamu itu masih terpinga-pinga.
Matanya masih tercacap pada pintu walaupun bayangan Taehyung sudah pun hilang dimatanya. Fikiran Eunhae agak bercelaru memikirkan apakah maksud Taehyung. Eunhae mengeluh sambil merebahkan semula punggungnya ke atas sofa.
" Taehyung suka Eunbi ke? "
Taehyung merapatkan lagi jaket tebalnya ke tubuhnya. Musim salji itu membuatkan badannya semakin sejuk dan membeku. Tambahan pula dengan masalahnya yang semakin bertambah. Siapakah yang buat Eunbi sebegitu?
Taehyung memakai helmetnya lalu motornya meluncur laju ke jalan raya. Dia menuju terus ke arah taman yang selalu dia pergi bersama Eunbi dahulu. Motornya dipakir lalu Taehyung duduk disebuah bangku berdekatan.
Telefonnya dibawa keluar dan dia mula membuka aplikasi Line. Keningnya berkerut apabila melihat banyak gambarnya yang terpapar pada 'moment' Line-nya sendiri. Ramai juga turut 'share' gambar tersebut kepada orang ramai.
Taehyung merengus kasar lalu menekan gambar itu untuk menyiasat lebih lagi. Mulutnya terkumat-kamit membacanya. " Taehyung menangis dianiaya oleh Eunbi kerana mempermainkan cintanya? "
Taehyung terkejut. Bagaimana semua gambar ini boleh tersebar? Siapa yang mengambil gambarnya semasa dia menangis ketika itu? Taehyung cuba mengimbas kembali memorinya. Lama dia duduk diam disitu.
Setelah beberapa minit, Taehyung sudah mengingati kembali. " Sohyun.. " desis hatinya. Tangannya digenggam erat untuk menahan amarahnya. Ya, baru dia ingat bahawa dia ada bersama Sohyun semasa dia menangis disebabkan Eunbi tempoh hari.
Kakinya digagahkan untuk bangun, tetapi dia terduduk semula apabila badannya terasa kurang stabil dan juga penglihatannya kelihatan gelap setiap kali dia cuba berjalan. " ARGHHH! "
Telefonnya dicampak kuat kehadapan sehingga terkena seseorang yang baru sahaja berjalan disitu. Yeoja itu membesarkan matanya apabila melihat Taehyung membaling telefonnya. Tepat-tepat telefon Taehyung jatuh pada kaki yeoja itu.
Perlahan-lahan yeoja itu mengambil telefon Taehyung pada tanah lalu dia berjalan mendekati Taehyung. " errr.. Ni telefon a..awak kan? K..kenapa campak dekat situ? Awak ok? " soal yeoja itu. Taehyung mengangkat wajahnya setelah dia mendengar suara itu menegurnya.
Yeoja itu tersenyum mesra lalu tangannya dihulurkan untuk menyerah kembali telefon milik Taehyung. Mata Taehyung tidak langsung berkedip melihat yeoja yang berdiri dihadapannya sekarang. Umur yeoja itu mungkin dalam lingkungan 16 tahun kebawah?
Kerana air mukanya nampak muda. " errr.. Hello? " yeoja itu melambaikan tangannya kearah Taehyung. Lantas mata Taehyung beralih kearah yang lain. Kepalanya dipicit kerana sakit kepalanya menyerang kembali. Tanpa bertanya terlebih dahulu, yeoja itu terus duduk bersebelahan dengan Taehyung.
Tangan kecilnya terus diangkat lalu mengurut kepala Taehyung dengan perlahan. " oppa ok tak ni? Muka pucat, badan lemah ? " soal yeoja tadi. Taehyung terkejut dengan perbuatan yeoja itu terhadapnya. Lantas tangan yeoja itu ditepis dari menyentuhnya.
" ahhh sorry " yeoja itu menunduk. Sekali lagi Taehyung meneliti lama wajah yeoja disebelahnya. " aku macam pernah tengok muka kau " kata Taehyung perlahan tetapi sudah cukup dapat didengari jelas oleh yeoja tadi. " jjinja? Taehee pun rasa macam tengok muka oppa "
Kening Taehyung yang berkerut itu menjadi semakin berkerut. " nama kau Taehee? " soal Taehyung. Taehee mengangguk laju sambil mengeluarkan dua jari tangannya. " oppa nama apa? Kenapa oppa marah tadi sampai campak phone? Tak baik tau macam tu. Kalau oppa tak nak fon tu tak pe, tapi janganla baling. Baik bagi dekat Taehee je. Seumur hidup Taehee, Taehee tak pernah pakai secanggih tu "
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...