" Ya..yah! Eunbi! Eunbi! Ireona!"
Taehyung membesarkan matanya apabila Eunbi sudah pun pengsan dihadapan matanya. Nasib baik sempat sambut sebelum Eunbi rebah ke tanah.
Taehyung mengerutkan dahinya serta menggigit bibirnya. Tak tahu lah nak buat apa sebab dah terlalu panik lah katakan. Tanpa berfikir panjang, Taehyung terus mendukung tubuh kecil Eunbi.
Taehyung mula mendongak ke langit.
" Aish jangan lah hujan kalau tak macam mana nak balik ni.. " gumam hatinya sambil berharap hujan tidak turun. Guruh mula berdentum serta angin mula bertiup agak kuat. Langit yang cerah tadi serta merta bertukar menjadi mendung.
Belum sempat Taehyung mengatur langkahnya kerumah, hujan sudah pun mula turun dengan lebatnya. Taehyung mengeluh berat. Jikalau tidak sebabkan Eunbi, dah lama dia redah je hujan tu.
Mana taknya. Orang pun dia langgar tak kan hujan tak boleh langgar kan? Taehyung tidak mempunyai jalan lain. Dia terpaksa berteduh di bas stop sekolah sehingga hujan reda.
Kepala Eunbi diletakkan di atas pehanya. Ke dua belah tapak tangan Taehyung diletakkan dipipi Eunbi supaya tidak terpercik dengan air hujan.
Lebam serta luka di dahi Eunbi dibelek lembut oleh Taehyung. Secara tiba-tiba perasaan marah, sedih dan kasihan mula timbul di lubuk hatinya. Entah kenapa dia berasa seperti dia gagal melindungi Eunbi kali ini.
" teruk juga luka.. Habis muka kau.. Dah lah putih.. " Gumamnya sendirian. Hatinya masih tidak tenang. Tidak tahu mahu lakukan apa sekarang ini supaya Eunbi dapat menyedarkan dirinya semula.
" YAHH!!!! apa kena buat ni!!! Aigoo!! Semuanya salah aku! " Taehyung mula mengusutkan rambutnya. Kepalanya sibuk memikirkan cara untuk menyedarkan Eunbi kembali dan siapakah punca Eunbi jadi macam ni?! Siapa berani buat bae saia macam ni?!
Bermacam-macam idea mula muncul difikirannya. " ok sekarang ni apa yang patut aku buat? "
" CPR......? "
Taehyung mengerutkan dahinya lagi. Pandangannya dialihkan kepada wajah Eunbi. Matanya betul-betul mendarat pada bibir Eunbi.
" haih.. Bukan cpr tu untuk orang yang lemas je ke? "
" tapi belum cuba belum tahu.. "
" patut ke aku....? "
Lama Taehyung memikirkannya. Hujan pun semakin lama semakin lebat. " ok.. Aku cuba... " Taehyung menarik nafas dalam. Taehyung menyentuh pipi Eunbi dengan lembut. Kemudian beralih kepada bibir Eunbi.
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...