:: 30 :: - Video call

3.1K 376 266
                                    

" kalau kau tak nak getback degan Seungcheol... "

" Eunbi.. jom kita kahwin? "

Akhirnya terlepas juga kata-katanya tadi. " m..mwo? " Eunbi menjegilkan matanya. Apakah Taehyung? Tiba-tiba ajak kahwin kau ingat perkara ni boleh dibawa main ke? Ini zaman moden! Bukan zaman dulu kala kahwin muda!

Taehyung mengetap bibirnya. Sekarang ni dia memang tak tahu nak cakap apa. Mulut dia memang tak boleh ditapis bila bercakap dengan Eunbi sejak perasaan cemburu semakin menebal didalam dirinya. Oksigen dimanakah kau? Aku terlupa nak macam mana cara nak bernafas ni woi!

Taehyung berpaling ke arah Eunbi. Mukanya seperti tertelan biji durian pun ada. Kejap lagi mesti aku kena hempuk dengan dia. Kalau tak percaya tengoklah.

Tiga

Dua

Satu

Taehyung memejamkan matanya sebagai tanda berjaga-jaga. Tapi tekaannya tidak tepat. Eunbi hanya diam membatu seperti tadi. Mata Taehyung perlahan-lahan dibuka semula.

"Apa kau cuba buat ni Taehyung ? " soal Eunbi hairan. Taehyung menghembuskan nafasnya lagi. Dia tahu dia dah tersalah cakap. Pengecut nak luahkan perasaan macam ni lah jadinya. Taehyung tersenyum tipis. Senyumannya hanya dibuat-buat untuk menutupi perasaan cemburunya.

" Aku.. Aku gurau je lah.. Haha.. Macam lah kau tak tahu yang aku ni memang suka bergurau kan? " Taehyung menggosok tengkuknya. " ohh.. Gurau? Ok " Eunbi mengalihkan pandangannya dari Taehyung.

Boleh perkara macam ni dia ajak gurau? Sakit hati tahu tak? Aik kejap? Kenapa perlu sakit hati ni? Arghhh!!!

" kau marah ke? " soal Taehyung.

" tak marah pun. Suka. "

Taehyung tertawa kecil. Pandai juga Eunbi buat lawak ye. Ingat pandai mengamuk je. Taehyung melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Eunbi semula. " Kalau tak marah kenapa muka monyok? Ingat cantik ke ha kau buat macam tu? Serupo beruk " Sakat Taehyung.

Sahaja dia mahu menghilangkan rasa janggal diantara mereka berdua. Tak mahu Eunbi rasa tak selesa dengannya. Eunbi menjeling kearah Taehyung. " kau tu? Macam muka kambing tak sedar! " Eunbi menarik kuat rambut Taehyung.

Sampai senget muka Taehyung menahan kesakitan. Nasib baik lah sayang. Kalau tak dah lama kena pelempang tangan berapi!. " auwww! Sakit! Sakit! Ok! Ok! Kau cantik bak bidadari ha! Lepaslah woi! Botak kang aku nanti! "

Eunbi tersenyum puas. Rambut Taehyung kembali dilepaskannya. " Thank you sebab cakap aku cantik bak bidadari. Kau pun handsome macam ikan pari " Eunbi ketawa sendirian. Entah kenapa malam ni dia rasa selesa dengan Taehyung.

Taehyung juga terketawa. " pertama kali aku dengar lawak kau. Hahahahahahaha tak jadi pun aku sebenarnya lagi handsome dari ikan pari ok " Tangan Taehyung diangkat kebahu. Macam ala ala pondan gediks gitu. Sekali lagi Eunbi ketawa.

" kau ingat aku tak pandai buat lawak ke? Kalau aku dah selesa dengan orang tu. Baru lah perangai aku keluar. Sampai kering gusi ketawa tahu tak " jawab Eunbi. " maknanya kau selesa dengan aku lah ni? " Taehyung mengangkat keningnya.

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now