:: 46 :: - Fakefeelings

1.8K 269 78
                                    


" nae seongsaenim.. "

Sekali lagi Taehyung menundukkan badannya sebelum dia keluar semula daripada kelas itu. Eunbi mengetap bibirnya. " Taehyung
.. "

Seungcheol tertawa sinis. Kepalanya dipusingkan kebelakang untuk melihat Eunbi. " kenapa nampak risau ni em? " soal Seungcheol. Eunbi mengangkat wajahnya semula. Dia menggeleng perlahan.

Jimin pula hanya memerhatika pergerakan Eunbi dan Seungcheol. Memang pelik. Kenapa macam rapat semacam? Yang Taehyung tu macam lemah semacam. Apakah? " Tak guna punya perempuan "

Jimin terdengar suara Sohyun yang berada dihadapannya. Bila ditengokan balik. Anak mata Sohyun tu tertumpu pada Eunbi. Jadi Eunbi lah perempuan tak guna tu? " apa sebenarnya yang terjadi ni? " Jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Taehyung menutup kembali pintu bilik darjah itu. Taehyung memusingkan badannya kearah belakang lalu tubuhnya bertembung dengan seseorang. " Taehyung? Ni kelas kau kan ? Kenapa tak masuk? " soal Jungyeon yang baru sahaja sampai.

Taehyung tersenyum tipis. " aku kena pergi padang " jawab Taehyung ringkas lalu mengatur langkahnya ke padang sekolah. Belum sempat Jungyeon habis berkata, Taehyung terlebih dahulu meninggalkan dirinya.

" Taehyu- aishhh! " majalah di tangannya digenggam kuat. Jungyeon menarik nafas panjang. Tak apa. Perkara ni boleh diselesaikan dengan Jimin. Jungyeon menghadap semula ke pintu kelas.

Tok tok tok..

" annyeong..? " kepala Jungyeon melilau di keseluruh kawasan kelas itu sebelum dia melangkah masuk. " awak boleh masuk.. Baik lah murid inilah pelajar baru kita pada hari ini.. Sila perkenalkan diri "

Jungyeon tersengih langkahnya diaturkan kehadapan kelas. Sekarang Jungyeon menjadi pusat perhatian diseluruh kelas itu. " Annyeong nama saya Jungyeon.. Panggil saya Yeon atau Jungyeon.. Sila beri tunjuk ajar kamsahamnida "

" WUUUUUUU!!!!! JUNGYEON GO! "

Jimin menepuk tangan dengan kuat serta sorakan membuatkan seluruh murid di dalam kelas itu memandang tajam kearahnya. " kamu kenapa Jimin? " soal Seongsaenim. Jungyeon menjegilkan matanya. Oh Hong Jisoo kenapa lah aku kena satu kelas dengan dia hong hong. Beri lah aku kebebasan hong hong.

" ehehehe tak ada apa.. Ah seongsaenim! Jungyeon boleh duduk sebelah saya memandangkan dalam kelas ni cuma ada satu je tempat kosong " kata Jimin. Jungyeon memandang ke arah seongsaenim dengan pandangan aku-tak-nak-duduk-sebelah-namja-gila-seks-tu-pleaseu!

" baiklah.. Jungyeon awak boleh duduk sebelah Jimin " arah seongsaenim itu. Jungyeon merengus kasar. Tanpa memandang kearah seongsaenim dia terus pergi kesebelah Jimin.

Kerusi Jimin ditolak kehadapan sehingga perut Jimin tersepit diantara meja dan kerusi. " DUH! Sakit lah! " jerit Jimin perlahan. " gemuk. " jawab Jungyeon lalu meletakkan punggungnya diatas kerusi bersebelahan dengan Jimin.

Jimin mengerutkan keningnya. Sakit duh tersepit. Rasa macam nak terkentut pun ada duhhh. Jungyeon terus menumpukan pelajarannya ke hadapan tanpa menghiraukan Jimin. Tiba-tiba Jungyeon dapat merasakan bahawa ada sepasang mata yang sedang melihatnya daripada jauh.

Mata Jungyeon beralih kearah tingkap disebelah kiri. Anak matanya cuba ditumpukan kepada seseorang yang amat dikenalinya. Seungcheol tertawa sinis lalu mengangkat keningnya kearah Jungyeon. " Seungcheol? " dahi Jungyeon berkerut. Seungcheol bersekolah disini?

" dan belakang tu Eunbi.. " desis Jungyeon. Rasa marahnya mula membuak apabila wajah Seungcheol yang sudah lama dijejakinya selama ini sudah pun berada dihadapan mata.

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now