" Do you mind if I walk you home? sebab hyung aku selalu pesan supaya aku kena follow aku punya impian.. dan kau sebahagian darinya "Kata Taehyung dengan selamba. Wajahnya nampak seperti serious dengan apa yang dikatakan sebentar tadi. Adakah dia benar-benar maksudkannya?
Eunbi memandang tepat kearah mata Taehyung. Wajahnya terpaksa didongak kerena Taehyung terlampaulah tinggi macam lampu elektrik. Mata Eunbi langsung tidak berkedip. Namun ada satu perasaan yang aneh yang baru sahaja muncul.
Jantung mereka berdebar apabila bertentangan mata.
' dup dap dup dap duuuppp '
Eunbi meneguk air liurnya terasa bagaikan diawangan. Alangkah bahagia kalau ianya betul. Haippp no no. Eunbi cepat cepat keluar dari lamunannya. " kau jangan nak mengarut boleh tak Taehyung? " kata Eunbi dengan nada suara bengang.
" cakap lagi aku tak dengar.. " Arah Taehyung. " kau boleh tak jangan mengarut boleh tak Taehyungggg ? " Kata Eunbi dengan geram. Taehyung tersenyum. " banyak-banyak perkara terindah dalam dunia ni.. lagi indah kau sebut nama aku.. haishh.. merdunya lahai suara kau.. " Taehyung memejamkan matanya sambil tersenyum.
" podah pi lah kau! " teriak Eunbi. Orang cakap betul-betul dia buat main-main. Kalau orang panggil bodoh marah. Panggil nama sendiri pun tak boleh. Abistu tu nak panggil apa? Setan? Hugh! Eunbi merengus kecil.
" alololo marah pula dia.. tunggu lah aku wei.. kita jalan sama-sama.. " Panggil Taehyung lalu berlari ke arah Eunbi. " apa maksud kau yang aku dari sebahagiannya? " Langkah Eunbi terhenti seketika.
" ouh? yang tadi.. ye lah memang lah kau sebahagian dari impian aku.. walaupun kita baru kenal.. tapi aku yakin kau lah orangnya.. "
" maksud kau? kau....? "
" ok biar aku terus terang je.. "
Mata Eunbi mula membesar. Drama apakah ini?! Sekali lagi Eunbi meneguk air liurnya. Terasa bahang dimukanya akibat malu secara tiba-tiba. Jantung pula buat hal. Dalam masa macam ni lah dia nak buat kerja laju laju. Kalau boleh cabut. Dah lama dia cabut.
" impian aku adalah untuk pulang ke rumah.. dalam perjalanan tu ada anjing.. kalau kau ada kau boleh jadi spare part untuk aku.. sebab sebelum anjing tu kejar aku.. dia akan gigit kau dulu.. sebab tu lah aku kata kau lah sebahagian dari impian aku.. "
Wajah berseri-seri Eunbi kini tiba-tiba sahaja bertukar menjadi bengis seperti malaikat pencabut nyawa. Berasap telinga apabila mendengar kata-kata Taehyung. " KAU-MEMANG-TAK-GUNA!!! " Jerit Eunbi dengan penuh kegeraman.
" BWAHAHAHA " Taehyung mengetawakan Eunbi. Kelakar pula tengok muka Eunbi dek merah itu. Macam tertelan cili padi. " Paboya! " Eunbi menjeling tajam ke arah Taehyung. Dan terus mengatur langkahnya pergi.
" wei! jangan lah serious sangat.. aku gurau je hahahaha! " Kata Taehyung dengan tawanya yang masih lagi tersisa. " kau jangan sebok boleh tak? pergi lah balik sorang! " teriak Eunbi yang masih lagi geram dengan perbuatan.
" Weh! anjing weh! " jerit Taehyung. " Wae?!!! mana weh?! mana?! Taehyung tolong aku!!! " Eunbi mencari-cari dimana anjing yang dikatakan oleh Taehyung. " sayang juga ye kau dengan aku.. " Taehyung tersenyum senget. " KAU TIPU AKU LAGI? "marah Eunbi.
" mana ada saja je nak testing hehehe.. " Taehyung tersengih sehingga menampakkan giginya. Eunbi mengeluh kecil. Tak larat dah dia nak marah lagi. Cukup cukup sudah lah dia marah pada Taehyung. Budak tu bukan makan saman pun!
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...