:: 41.2 :: - Pukul

2K 301 297
                                    


" WARRGHHHHHH!!!!! EOMMA!!!!! "

Jimin melarikan dirinya sebelum tangan Jungyeon sempat menarik bajunya. Kepalanya dipalingkan kebelakang untuk melihat Jungyeon yang sedang mengejarkan. Air liurnya diteguk laju. " alamak mampus aku!! " Jimin memperlajukan lagi lariannya.

Kalau lah korang boleh nampak apa yang aku nampak sekarang ni kan mesti korang ngeri tengok muka Jungyeon. Macam mak kingkong kejar orang. Ok nak tengok? Hah meh aku on slow motion mod.

" JIMIN...............KALAU............. AKU...............DAPAT................KAU................. TAHU...............LAH................. APA................BALASAN.............YANG..............KAU...............DAPAT..................!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

Hah! Tengok tu! Dengan muka senget benget lepastu menjerit dok panggil nama aku! Grrrr! Menakutkan duh! Ok baik aku lari sekuat hati dari minah ni! Sebelum aku kena terkam. Ok slow motion mod off.

" LARI!!!!! "

BAM!

Jimin terhantuk pada tiang lampu lalu jatuh ke tanah. " Aduhh pening kepala aku.. " Kepalanya digosok-gosok. Jungyeon terus berdiri dihadapan Jimin sambil tersenyum sinis. " lajunya kau lari kan? Dah dapat tempat persembunyian? " perli Jungyeon.

Jimin tersengih paksa lalu mengangkat tangannya sebagai tanda mengalah. " s..sorry " kata Jimin. " SORRY? SORRY MAKAN BIRI-BIRI! HAH AMBIK AKU! " Jungyeon mengangkat kakinya lalu memijak kearah TUTTTT Jimin.

" WHAT THE FUSHIFUJIKOFIJIO APA KAU PIJAK KAT SITUUUUUUU WARRGHHHHHHHH!! "

" tak pe Jimin. Klinik pun dah dekat. Aku boleh tolong kau. Tak de hal la. Kawan kan? "

" huhuhuhu nak pitam numul "









____________

Jungyeon's POV

Hah padan muka kau Jimin puas hati aku! Biar kau merana! Senang-senang je kau cium pipi aku dia ingat pipi aku ni bear ke apa? Dah lebam dekat kepala tu tak serik-serik. Lepastu buat muka aku jadi slow motion? Eh ingat aku tak tahu ke?

Nak tahu mana dia sekarang? Dia ada ni. Aku tengah heret pergi klinik tu balik. Yelah, sebab dia punya adik sakit. Aku buka je pintu klinik tu semua orang pandang kearah kami berdua. Yelah mana tak pelik aku tarik Jimin dengan keadaan kepalanya kebawah.

Tanpa bertanya di kaunter aku terus masuk ke dalam bilik doktor. Muka doktor tu pun agak terkejut. Tak pe kita buat muka tak bersalah. Relax Jungyeon relax semua ni perkara mudah je.

" ini kenapa pula ni? " tanya doktor itu sambil mengerutkan keningnya. Jungyeon tersenyum lebar lalu menolong Jimin untuk duduk diatas kerusi. " Tadi saya datang dia lebam dekat kepala tapi sekarang kepala dia dah hilang sakit dia lepastu turun pula dekat bawah adik dia tu.. Kesian dia doktor.. Doktor tolong rawat dia ye? " jawab Jungyeon.

Jimin mengetap bibirnya lalu menangguk kepada doktor dihadapannya. Kalau bantah nanti lagi teruk kena. " macam mana boleh jadi macam tu sekali? " soal doktor itu lagi. " sebab dia ni GATAL " jawab Jungyeon.

Doktor itu mengangguk laju kerana takut dengan Jungyeon. " nanti bila dah habis check suruh dia naik teksi.. Apa-apa hal call saya. " arah Jungyeon kepada doktor itu. Bahu Jimin ditepuk perlahan. " aku balik dulu Jimin. Sekarang kau tahu kan langit tu tinggi ke rendah kan? "

Jimin tersengih. " tahu tahu.. "

" ok bye chau dulu " Pintu bilik itu dihempas kuat oleh Jungyeon lalu pergi dari situ. Jimin berpaling kearah doktor. " tutup lah sikit mulut doktor tu kang masuk lalat. Saya tahu saya yang salah dalam hal ni " kata Jimin sambil mengeluh. " sebab apa dia boleh pukul dekat kamu punya adik tu? "

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now