:: 29 :: - Jealousy

2.8K 368 412
                                    


" Eunbi tolong bagi saya lagi satu peluang please? "

" Eunbi... Please? "

Suara Seungcheol yang menerpa gegendang telinganya membuatkan Eunbi berasa serba salah. Langkahnya untuk pergi dari situ dihentikan serta merta. Matanya dipejam dan nafasnya dihembuskan secara perlahan-lahan.

Tubuh badannya dipusingkan kembali kearah Seungcheol dibelakangnya. " kau nak apa sebenarnya? " tanya Eunbi dingin. Wajahnya langsung tidak melihat Seungcheol malah dialihkan ke bawah. Seungcheol memegang dagu Eunbi dan menariknya agar Eunbi kembali menatap wajahnya.

Eunbi menepis kasar tangan Seungcheol. Mukanya agak marah dan geram. " Kau nak apa?! Boleh tak kau cakap je?! Jangan sibuk nak pegang-pegang aku! Kalau tak ada apa-apa aku nak balik! Tak ada masa aku nak layan orang macam kau! " tengking Eunbi secara tiba-tiba.

" sorry.. "

Ucap Seungcheol pendek. Eunbi merengus kecil. " saya nak ajak awak pergi taman.. Boleh? " Seungcheol mula bersuara.

" nak buat apa dekat sana? "

" saja.. Nak luangkan masa.. "

Eunbi terdiam apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Seungcheol. Patut ke dia pergi? Ataupun tak? " Eunbi.. Please? Sekali ni je " pujuk Seungcheol. Ya, perangai Seungcheol tidak pernah berubah daripada dulu sehinggalah sekarang.

Setiap kali dipujuk, mesti hatinya akan luluh dengan pujukan Seungcheol. Lama Eunbi mendiamkan diri. " fine.. Kali ni je.. Lain kali jangan ajak aku keluar lagi " Eunbi akhirnya mengalah. Seungcheol sudah pun tersenyum kemenangan di dalam hati.

Dia yakin bahawa Eunbi tidak akan menolak permintaannya. Dia tahu akan kelemahan Eunbi. " kajja " tangan Eunbi cuba digenggam. Tetapi Eunbi terlebih dahulu mengelak daripadanya. " aku cakap jangan sentuh aku." Katanya dengan kasar.

Seungcheol mengeluh kecil. " ok.. Saya minta maaf.. " Seungcheol tersenyum tipis kearah Eunbi tetapi langsung tidak dibalasnya. Mereka berdua beransur pergi ke taman seperti yang telah dirancang tadi.

Taehyung mengeluh melihat Eunbi daripada dalam sekolah. Dia nampak semua yang berlaku sebentar tadi. " Eunbi nak berbaik semula dengan Seungcheol ke? " bisik hatinya. Pelbagai persoalan mula bermain dimindanya.

Perasaan? Lagi lah. Jeles ada marah ada sedih pun ada. Kenapa Eunbi tu pergi ikut Seungcheol? Habistu aku macam mana? Taehyung menggigit bibirnya. Akibat perasaannya membuak-buak dengan perasaan ingin tahu, dia membuat keputusan untuk mengekori Eunbi dan Seungcheol.

" Tak.. Aku tak boleh biarkan.. "

Lantas Taehyung berlari untuk mengekori Eunbi dari belakang dan..

" GEDEBUK! "

" aucchh! "

Kedengaran suara seorang yeoja mengaduh kesakitan akibat dirempuh oleh Taehyung. Taehyung menepuk dahinya. Aduh! Kenapalah sekarang ni juga aku kena langgar orang? Yang yeoja ni pun satu! Tak nampak ke aku tengah nak pecut buat marathon yang tiba-tiba melintas tu kenapa?

Lepastu jatuh. Lembik betul badan. Baru langgar sikit erghhh. Taehyung merengus kegeraman. " arhh.. Sakit.. " yeoja itu memegang kakinya yang terseliuh. Taehyung langsung tiada pilihan. Dia terpaksa menolong yeoja itu. Dia tak ada lah jahat sangat sampai nak lari.

" err.. Mianhaeyo.. Aku betul-betul tak nampak kau tadi..sebab aku nak cepat.. Gwenchanayo? " tanya Taehyung sambil memegang kaki yeoja itu. " sakit.. " yeoja itu mula merengek. Taehyung mengerutkan dahinya lalu memandang kearah wajah yeoja yang dilanggarnya tadi.

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now