" muka kau nampak macam muka yeoja chingu aku yang akan datang.. "" GATAL! "
Jerit Eunbi dengan kuat. Satu kelas boleh mendengarnya. Nafas Eunbi turun naik dengan laju. Dia langsung tidak perasan bahawa semua murid telah berpaling ke arahnya termasuklah cikgu.
Taehyung membesarkan matanya. Dah lah terkejut dengan suara Eunbi, tambah pula malu apabila satu kelas memandangnya. Aduh memalukan.
" Apa yang gatal? " Tanya cikgu In Guk. Taehyung mengangkat bahunya sambil mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Eunbi mengalihkan pandangannya ke arah cikgu. " kenapa semua dia? " Tanyanya dengan pelik.
" tadi saya dengar awak cakap gatal.. apa yang gatal? " soal cikgu itu sekali lagi. Eunbi tersengih sehingga menampakkan giginya. Tak kan lah nak mengaku mamat sebelah dia ni yang gatal. Aduh malu betul siapa suruh jerit kuat-kuat. Memang cari masalah lah namanya ni.
" Err.. hehehe.. tak cikgu tadi.. eerr.. belakang saya hah yang gatal .. sampai tak tertahan nak jerit.. " Jawab Eunbi. Taehyung hanya menahan tawanya. Kelakar melihat Eunbi yang mahu menipu cikgu.
Eunbi mengerutkan dahinya. Pasal mamat sebelah dia lah, dia dipermalukan satu kelas. Baru hari pertama sekolah dah macam ni. Cikgu memandang ke arah Eunbi dengan pelik. " macam tak masuk akal pula alasan aku ni.. " gumam hati Eunbi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" ohh.. kalau macam tu .. tak pe lah.. kita sambung pelajaran kita.. dah semua murid pandang depan semula.. " Arah cikgu lelaki itu. Semua murid mengalihkan pandangan mereka semula. " fuh.." Eunbi melepaskan nafas lega. Nasib baiklah cikgu percaya.
" Pfttt.. " Kedengaran Taehyung yang cuba menahan ketawanya. " ni semua kau punya pasal lah ! " jerit Eunbi dengan perlahan. " aku? apesal pula aku? baru testing sikit dah melenting.. macam lah kau cantik sangat nak dijadikan yeojachingu aku.. " bisik Taehyung kembali.
" memang aku cantik pun.. kenapa jeles? " balas Eunbi. " eleh cantik lah sangat kau.. cantik wak lu.. bluekk " balas Taehyung sambil membuat muka.
Eunbi merengus kecil. Geram pula dia melihat muka Taehyung sebegitu. " Ei muka kau ni aku tenyeh dengan wasabi baru tahu.. " terkumat-kamit mulut Eunbi mengata Taehyung. Taehyung tersenyum senget. " hahaha geram lah tu.. " bisik hatinya.____
" KRINGGGG "
Loceng menandakan waktu rehat sudah pun berbunyi. Semua murid memberikan ucapan terima kasih kepada guru dan langsung keluar dari bilik darjah menuju ke kantin sekolah. Ada juga yang duduk di dalam kelas untuk mengulangkaji serta berbual kosong.
Taehyung melangkah keluar dari kelas untuk menuju ke kantin. Perutnya digosok. " aish.. perut boleh tak kau diam? aku nak makan lah ni! macam raksasa pula bunyi dia.. " bebel Taehyung sambil keluar dari kelas. Eunbi menggelengkan kepalanya. Sah namja ni bodoh. Dengan perut sendiri pun boleh bercakap.
YOU ARE READING
Mamat 'PickupLine'
Fanfiction" Bibir kau nampak macam kesunyian.. wanna join with mine? " " euwww " ________________________ " the roses are red, Violets are blue, Do u want to be my princess? Because I will give you my shoe~ " " Ugh! " " Hebat tak aku? kau? hado? " " the roses...