NIKAH dengan janda pun tetap juga dia berdebar kerana dia bakal memperisterikan perempuan paling sempurna di matanya mahu pun di hatinya.
Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan.
Bertenang, Afif Michael semuanya akan okey.
“Papa?” Afif menoleh memandang ke arah anak lelakinya yang melangkah masuk ke dalam biliknya. Pasti saja anak lelakinya itu berasa pelik apabila melihatnya masih belum keluar dari bilik.
“Papa takut?”
“Nuh nampak ke?”
Nuh mengangguk.
“Papa tak takut. Pa-papa berdebar je nak jadi suami mama bukan senang tapi papa sanggup buat macam - macam demi mama. Papa takkan sia - sia peluang macam itu aje. Cumanya, papa risaulah. Boleh ke papa lafaz akad dengan lancar?” Gumam Afif sendiri.
“Papa. You cam do it, papa. Nuh percayakan papa”. Pujuk Nuh dengan penuh semangat.
“Betul?” Soal Afif semula.
“Betul!”
“Jom, kita pergi. Papa tiba - tiba rasa dah bersedia lepas papa dengar Nuh cakap macam itu”. Ujar Afif.
Nuh menarik tangan papanya dengan girang.
Cita - citanya untuk memiliki keluarga sempurna dari dulu akan tercapai!
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam pekarangan masjid membuatkan nafas Afif rasa sesak melihat Raifa sedang berbual dengan adiknya, Luna. Bakal isterinya yang nampak berseri - seri itu menggalaukan hati Afif.
“Papa, yakinlah”. Pujuk Nuh lagi.
Afif menghela nafas perlahan.
Ya, dia perlu yakin kerana Raifa juga yakin dengan keputusan yang telah diambil ini. Sudah sekian lama dia menanggung dosa. Kini, dia mahu membetulkan semula semua kesilapan yang dia dah lakukan.
Dia mahu berhijrah menjadi lebih baik.
Maka, Raifa dan Nuh juga akan dididik dengan cara yang begitu rupa.
Afif melabuhkan duduk.
“Pengantin lelaki berdebar ke?” Sakat Encik Raf bersama - sama sengihan senget.
Afwan ketawa kecil manakala Affan tersenyum nipis.
“Berdebar sikit. Sekarang, dah sedia”. Ujar Afif dengan penuh yakin sekali lalu dia membetulkan postur duduknya.
Nuh lekas saja menuju ke arah Raifa.
Raifa mengusap lembut rambut Nuh.
“Afif Michael bin Rizman”
“Ya saya”.
“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Raifa Wardina binti Alfan Rafisqi dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai”.
“Aku terima nikahnya, Raifa Wardina binti Alfan Rafisqi dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai”. Ucap Afif dengan yakin dan lancar.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...