NUH terjaga dari lena.
Mamanya sudah tiada di sebelahnya membuatkan Nuh terus saja bangun dari pembaringan.
Mana mamanya?
Nuh melangkah keluar dari bilik menuju ke arah ruang dapur si mana semua sedang menyediakan sarapan. Nuh membuka langkah mendekati Luna lalu baju wanita itu ditariknya lembut.
“Eh. Morning, Nuh!” Sapa Luna dengan girang.
“Morning. Mama Nuh pergi mana? Nuh tak jumpa mama Nuh pun hari ni”. Tegur Nuh dengan nada perlahan.
“Mama Nuh tak ada dalam bilik?” Soal Luna semula.
“Ummi ingat dia masih tidur dengan Nuh. Bila pula dia keluar?” Soal Puan Widya pada Luna.
“Nash jom ikut walid cari Raifa”. Gamit Encik Raf membuatkan Nash bergegas mengikuti arahan ayah mentuanya. Nuh memerhatikan kedua - dua lelaki dewasa yang telah berlalu pergi itu.
“Mama takkan apa - apa kan?” Soal Nuh perlahan.
“Mama akan okey. Nuh janganlah risau”. Pujuk Luna.
“Nuh mari ikut tok ummi cuci muka. Kita makan dulu sementara menunggu mama”. Pujuk Puan Widya.
“Nuh nak makan dengan mama”.
“Nuh makan dulu dengan tok ummi. Nanti mama balik Nuh makan sekali lagi dengan mama. Boleh?” Pancing Puan Widya.
Nuh mengangguk.
Luna tersenyum memandang Nuh yang menuju ke arah sinki bersama - sama Puan Widya.
“Kenapa mama senyum?” Soal Nubhan.
“Mama suka tengok Nuh. Dia tak turun dengan muka menangis bila mama dia tak ada. Dia tanya saja macam orang dewasa. Nuh nampak matang lebih sikit berbanding Nubhan”. Tutur Luna sambil mengusap rambut anak lelakinya itu.
“Nuh dah lama berpisah dengan mak ngah. Tapi, Nubhan tak biasa berpisah dengan mama. Nubhan memang takut kalau mama hilang. Nu’aiman pun mesti takut”. Tukas Nubhan tak mahu kalah.
Luna tersenyum.
“Mama tahu”. Balas Luna seraya mencuit geram hidung Nubhan.
★★★
RUMAH dia dengan Zayyan yang kini menjadi milik Ajlaa. Loceng rumah ditekan berkali - kali berharap pemilik rumah itu keluar.
Pintu rumah dikuak.
Zayyan melangkah keluar.
“Apa yang kau nak lagi? Kau tak faham lagi ke kita ni bukan suami isteri? Aku tak ada apa - apa urusan dengan kau”.
“Ak-aku bukan nak jumpa kau. Aku nak jumpa anak - anak aku. Aku rindu Reiss, Raina dan Rina. Bagi mereka pada aku!” Arah Raifa dengan tegas.
“Apa yang kau merepek ni? Perempuan gila mana boleh menjaga anak. Silap hari bulan tak cukup dengan Reiss kau dah bunuh. Raina dan Rina pun mati sebab kau”. Sinis Zayyan.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...