“FATHI’ nak bawa Lily pergi ke mana?” Soal Lily perlahan.
Berjalan jauh dari pekarangan rumah keluarga Nuh membuatkan dia mula rasa tak selesa.
“Ikut sajalah. Takkan Lily rasa takut kut?”
“Taklah. Tapi, jauh - jauh nanti Nuh akan marah Lily. Apa kata Fathi’ bagitahu aje apa yang Fathi’ nak cakap lepas tu kita boleh sambung main. Okey?” Cadang Lily sambil menarik lembut tangan Fathi’
Fathi’ menggenggam tangan Lily lalu dia membawa Lily mengikuti langkahnya.
“Fat-Fathi?” Soal Lily dengan gusar.
Fathi’ membuka pintu sebuah rumah lama lalu tubuh Lily ditarik masuk ke dalam rumah sebelum pintu rumah dikunci.
“Ki-kita nak pergi mana?”
“Ah, dah balik?” Soal suara itu membuatkan Lily terkedu memandang ibunya yang berdiri di depannya.
“Lily”. Melebar senyuman Afra apabila melihat Lily di depannya.
“Fathi’ jom lari!” Tangan Fathi’ ditariknya namun Fathi’ melemparkan Lily di depannya.
“Fa-Fathi?”
“Bagusnya anak aunty. Aunty memang boleh harapkan kamu”. Puji Afra dengan nada yang bangga sambil mengusap lembut kepala Fathi’.
Fathi’ mengukirkan senyuman bangga.
“Ap-apa semua ni?” Soal Lily keliru.
“Sayang ibu…” Rahang Lily dicengkam kasar.
“I-ibu. Le-lepaskan Lily…” Rayu Lily.
“Lepaskan Lily? Dah susah Fathi’ nak dapatkan Lily takkanlah nak lepaskan macam itu aje kan? Makin lama ibu tinggalkan Lily nampaknya Lily makin cantik”. Puji Afra.
“Lily tak nak tinggal dengan ibu! Lily nak tinggal dengan pak su!”
Pang!
Lily tersungkur.
“Kau tinggal terlalu lama dengan dia orang. Kau dah tak betul. Tak apa, Lily. Ibu akan betulkan Lily semula. Lily kena ikut cakap ibu sebab ibu yang besarkan Lily”. Rambut panjang Lily ditarik dengan kasar.
Lily menjerit sakit.
“I-ibu berhenti! Ibu maafkan Lily!” Jerit Lily takut.
Afra menolak Lily masuk ke dalam sebuah bilik lalu leher Lily dikunci dengan gari besi.
“Fathi’ ambilkan pisau untuk aunty”. Pinta Afra.
Fathi’ akur.
“Ibu! Li-Li-Lily tak nak! Li-Lily minta maaf. Amp-ampunkan Li-Lily! Am-ampunkan Lily!” Rayu Lily cemas.
“Tak ada faedah melawan, sayang”. Baju Lily dibuka lalu dia balikkan tubuh gadis kecil itu.
“Tak nak, ibu! Tak nak!”
Afra mengambil pisau yang diberikan padanya lalu dia mengelus lembut kulit Lily.
“Cantiknya kulit. Mesti dijaga rapi kan?” Soal Afra pada Lily.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...