“NUH…” Lily teresak apabila melihat Nuh terbaring di atas katil.
Ajlaa mengusap lembut belakang tubuh Lily.
“Mak cik minta maaf, Lily. Mak cik betul - betul tak tahu yang pak cik akan menyerang Nuh. Mak cik minta maaf sangat - sangat”. Ujar Ajlaa dengan nada serba salah apabila melihat esakkan Lily.
Pintu bilik diketuk.
“Mak su! Pak su!” Raung Lily apabila melihat Raifa dan Afif melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuni mereka.
“Nuh…” Afif dulu memeluk tubuh Nuh.
Tubuh kecil yang nampaknya sudah dipenuhi dengan luka yang telah diubati membuatkan hati Afif rasa perit!
Raifa terduduk.
“Ka-Kak Raifa. Saya minta maaf. Saya uruskan anak - anak saya tadi sebelum saya nak temankan Nuh dan Lily. Sa-saya ingatkan abang takkan apa - apakan Nuh. Ta-tapi saya silap. Maafkan saya, Kak Raifa. Saya tak sengaja”.
“Abang nak belasah Zayyan!” Bentak Afif.
“Ab-abang!” Tak sempat Raifa nak menghalang Afif terus saja suaminya itu meluru keluar.
Reiss melangkah masuk ke dalam bilik.
Air mata gugur lagi.
“Reiss”. Ajlaa menegur Reiss namun Reiss endahkan wanita itu lalu dia memanjat katil. Tubuh Nuh digerakkan bersama - sama air mata yang gugur.
Trauma.
“Reiss. Nuh bukan pergi tinggalkan Reiss. Nuh berehat je. Nuh tidur”. Tegur Raifa dengan lembut sambil menarik Reiss dari terus mengganggu lena Nuh. Reiss meronta.
Tak percaya.
“Abang Reiss letak telinga atas dada Nuh. Abang Reiss boleh dengar degupan jantung Nuh maknanya Nuh tidur. Abang Reiss tak boleh kacau”. Pesan Lily apabila melihat Reiss nampak takut.
Reiss mengikuti arahan Lily.
Jelas bunyi degupan jantung Nuh menyapa halwa telinganya.
Syukurlah…
Nuh…
Reiss teresak.
“Reiss. Mama minta maaf”. Pujuk Raifa sambil mengusap lembut belakang kepala Reiss.
Tahulah dia bahawa Reiss trauma.
Waktu dia bawa Reiss bertemu Raina memang Reiss mengamuk di situ. Reiss paksa Raina bangun meskipun mustahil untuk Raina bangun semula. Reiss memang takut untuk kehilangan mana - mana adiknya lagi.
“Reiss. Ibu minta maaf”. Ucap Ajlaa serba salah.
“Abang Reiss jangan risau tau. Lily kenal Nuh yang kuat. Nuh berehat sekejap je nanti Nuh bangun balik. Abang Reiss boleh peluk dia lepas tu”. Pujuk Lily apabila melihat Reiss memaut kemas tubuh Nuh.
Reiss menggeleng.
Enggan mengikuti arahan Lily.
Reiss merebahkan tubuh di sebelah Nuh. Tubuh Nuh dipeluknya dengan begitu erat.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...