MALAM…
“Kak Raina”. Seru Rina dengan nada perlahan membuatkan Raina membuka langkah mendekati adik kembarnya yang nampak tak selesa hendak tidur. Raina memanjat katil lalu tubuh adiknya dipeluk erat.
“Kenapa Kak Raina tak nak ikut Abang Reiss?”
“Kak Raina nak Abang Reiss tahu sebanyak mana mummy sayangkan dia. Kak Raina nak dia sedar apa yang dia buat selama ni salah. Sejahat mana pun mummy pada dia Kak Raina nak dia sedar yang mummy takkan dapat digantikan oleh sesiapa sebab mummy terlalu istimewa”.
“Rina nak tinggal dengan mummy macam dulu….” Adu Rina perlahan.
Disebabkan dia demam dengan teruk membuatkan dia tak boleh pergi ke mana - mana. Buat apa aje mereka bercuti di sebuah resort jika mereka tak mampu hendak mengecapi keseronokkan?
“Tak apa. Nanti Kak Raina pasti Rina akan dapat tinggal dengan mummy macam dulu”. Pujuk Raina dengan lembut.
“Kak Raina jangan dekat sangat dengan Rina. Nanti Kak Raina pun sakit”.
“Mana ada. Kak Raina ni kuat tau”. Balas Raina dengan penuh yakin lalu tubuh Rina dipeluk dengan erat.
“Rina nak sihat. Rina nak mandi dengan Kak Raina di pantai”.
“InsyaAllah…” Bisik Raina lembut.
“Rina sayang Kak Raina. Kak Raina jangan pergi mana - mana tanpa Rina. Rina nak sentiasa ada dengan Kak Raina. Kita kan kembar. Kembar selalu bersama - sama kan?”
“Ish. Kak Raina takkan tinggalkan Rina”. Pujuk Raina.
Rina menyandarkan kepalanya pada dahi kakak kembarnya itu. Perlahan - lahan air mata mengalir diluar kesedarannya.
Raina tersenyum kelat.
Sorry, Rina.
★★★
“SELAMAT pagi, Lily!”
“Selamat pagi, Nuh. Selamat pagi, Abang Reiss”. Sapa Lily bersama - sama senyuman manis.
“Pagi”. Balas Reiss.
“Dah bangun pun anak - anak mama. Papa tak bangun lagi ke? Hari ni sepatutnya dia pergi bekerja. Mana boleh lama - lama bercuti”. Tegur Raifa dengan nada hairan. Jaranglah Afif hendak bangun lebih lewat berbandingnya.
“Nuh tak tahulah, mama”.
“Reiss pun tak tahu…”
Lily juga hanya menjungkit bahu.
“Tak apa. Mama pergi tengok papa. Nuh, Reiss dan Lily sarapanlah dulu”. Pujuk Raifa lantas dia membuka langkah meninggalkan tiga kanak - kanak itu.
Langkah dibuka masuk ke dalam biliknya.
“Uwerk!” Berkerut dahi Raifa apabila mendengar bunyi suaminya sedang muntah di tandas.
“Abang?” Tegur Raifa.
Afif membersihkan mulutnya lalu dia melangkah keluar dari bilik.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...