AJLAA melangkah masuk ke dalam bilik.
Zayyan sedang menyiapkan kerja dari syarikatnya membuatkan Ajlaa memanjat katil lalu dia duduk bersebelahan suaminya itu. Zayyan masih tidak juga memandangnya sehinggakan Ajlaa tertanya - tanya sendiri adakah silapnya?
“Saya minta maaf sebab buat abang marah”.
Zayyan meneruskan kerja tanpa menghiraukan isterinya.
Ajlaa mengetap bibir.
“Abang. Saya tak tahu kenapa abang marah saya. Tapi, saya tahu abang pergi majlis perkahwinan Kak Raifa hari ni. Kenapa abang menyerang Kak Raifa? Tak baiklah”. Tegur Ajlaa dengan lembut.
“Kau tanya siapa? Ralph?”
“Sa-saya nak tahu sebab abang tiba - tiba je marah pada saya. Maafkan saya, abang”.
“Aku tak sukalah perempuan yang menyibuk hal aku”.
“Saya minta maaf. Saya janji saya takkan buat apa yang abang tak suka”. Balas Ajlaa perlahan.
Zayyan membuat muka.
“Ab-abang. Hari esok hari lahir anak kita. Boleh…”
“Pergi tidur boleh tak?! Abang. Abang. Rimaslah!” Jerkahan Zayyan menyentakkan Ajlaa.
“Ba-baik, abang. Saya minta maaf”. Akur Ajlaa seraya merebahkan tubuh di atas katil.
“Maafkan saya, abang…” Gumam Ajlaa perlahan.
Dia memandang Zayyan yang fokus membuat kerja tanpa memandangnya. Ajlaa terus saja menarik selimut melitupi seraut wajahnya.
Tubir mata yang menghangat terus saja mengalirkan air mata.
Hati terluka apabila dijerkah lelaki yang dia cinta begitu.
★★★
AKHIRNYA.
Hampir seharian mereka keluar berjalan - jalan di luar dapat juga mereka pulang ke rumah. Selesai saja mandi bersama - sama papanya, Nuh merehatkan tubuh di atas sofa.
Papa dan mamanya sedang mengemas barang.
Telefon bimbit Nuh tiba - tiba saja berdering.
Berkerut dahi Nuh apabila dia melihat nombor yang tidak dikenali. Ikon merah terus saja ditekan.
Bahaya.
Namun, nombor itu masih lagi mendail nombornya.
Ikon merah juga ditekan.
Sekali lagi, nombor itu mendail nombornya membuatkan Nuh menekan ikon hijau lalu-
“Maaf, nombor yang anda dail tiada di dalam talian. Sila hubungi pada lain kali. Terima kasih”.
Tut!
Nuh matikan panggilan.
Nuh menyandarkan tubuh di atas sofa.
Rasa seronok untuk pulang ke rumah kerana kali ini mamanya ada sekali bersama - samanya. Seumur hidupnya tak pernah lagilah dia dapat merasa tidur dengan mamanya.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...