MALAM.
Nuh melangkah berhati - hati bersama - sama Lily. Sudsh jauh mereka berdua melarikan diri. Namun, Nuh masih belum rasa mereka berdua mampu untuk selamat apabila wanita gila itu masih di luar sana.
“Lily takut. K-kita patut balik semula ke rumah…”
“Kemudian, biarkan mak cik pukul Lily? Nuh takkan biarkan mak cik buat begitu pada Lily”. Balas Nuh dengan tegas.
“T-tapi, ibu cakap ibu pukul sebab ibu sayang Lily. Kalau ibu tak pukul maknanya ibu tak sayangkan Lily”. Balas Lily dengan naif membuatkan Nuh menghela nafas.
“Lily dah salah tafsir. Kasih sayang bukannya dengan kekasaran, Lily. Kasih sayang ialah kelembutan”.
“Kelembutan...”
“Pulangkan anak aku!” Suara jerkahan yang tak jauh dari mereka membuatkan bulu roma Nuh rasa meremang. Nampaknya, mak saudaranya itu berlari ke arah mereka sambil membawa pisau. Rambut mengerbang persis puntianak menakutkan mereka berdua.
“Lari, Lily!” Nuh lekas saja menarik tangan Lily supaya berlari bersama - samanya.
Lily juga berusaha berlari apabila melihat Nuh berlari. Mereka berdua berlari semampu mereka memandangkan mereka masih lagi kanak - kanak. Mata Nuh meliar memerhati sekeliling. Lekas saja Nuh menarik tangan Lily berlari ke arah hutan.
Sekurang - kurangnya mereka berdua masih boleh bersembunyi.
“Lily takut, Nuh…”
“Percayakan Nuh”. Pujuk Nuh dengan cemas.
Lily terus mengikuti Nuh masuk ke dalam hutan.
“Pulangkan anak aku!” Jerkah Afra dengan suara yang menyeramkan.
Memang taklah Nuh mahu berikan Lily pada Afra. Nuh tak mampu bayangkan apa yang bakal berlaku pada gadis kecil itu.
“Lily!” Jerit Afra.
“Dengar cakap Nuh, Lily. Lari!” Arah Nuh apabila melihat Lily seakan mahu mengalah.
“I-ibu…”
“Dia akan bunuh Lily kalau Lily datang pada dia. Kita kena lari, Nuh janji Nuh akan ajar Lily kasih sayang tu apa. Tolonglah, Lily”. Pinta Nuh.
Lily melajukan lariannya.
Namun, nafas yang semakin hilang membuatkan larian mereka bertambah perlahan.
Nuh menarik tangan Lily masuk ke dalam semak.
Tubuh menggeletar Lily dipeluk Nuh supaya gadis itu tidak ketakutan.
“Nuh? Mana Lily? Kenapa Nuh ambil Lily? Kesian Afra tau. Nuh sepatutnya kena sayangkan Afra bukannya bawa Lily lari. Lily, balik pada ibu, sayang”.
Sunyi.
“Pulangkan anak aku!” Jerkah Afra.
“Aku akan bunuh kau kalau kau tak pulangkan anak aku! Lily aku punya! Kau tak boleh bawa dia pergi ke mana - mana!”

YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
Roman d'amourCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...