MAMA nak bersalin.
Jadi, papanya terpaksa meninggalkan rumah untuk menemani mamanya di hospital. Malahan, papanya mengambil cuti kerana mamanya mahu bersalin.
Nuh mengemam bibir.
Maka, dia harus tinggal di rumah bersama - sama abang dan kakaknya serta menjaga Lily. Tapi, abangnya nampak sibuk menguruskan latihan.
Manakala, Lily memanggil empat kawan barunya itu datang ke rumahnya. Nuh mahu mengemas malahan Lily mengajak keempat - empat lelaki itu menguruskan rumah juga.
"Nuh!" Sapa keempat - empat itu datang.
Mereka menayangkan senyuman comel.
"Aku bawa adik aku datang. Mummy minta aku jaga sebab twins adik aku demam. Adik aku nak melekat dengan kakak kembar dia". Ujar Shaqir sambil membawa kanak - kanak yang berusia dua tahun masuk ke dalam rumah.
"Abang Khal! Bertenanglah". Tegur Kei sambil mendapatkan abangnya yang nampak teruja masuk ke dalam rumah keluarga Nuh.
"Sayang!" Sapa Khaleel dengan nada girang.
"Hai, Khal..." Sapa Rina dengan lembut.
"Cantiklah kau hari ni. Nampak menawan dari biasa. Kau nak keluar date dengan aku?" Tawar Khaleel penuh minat.
"No". Celah Reiss tegas.
"Ala, abang ipar. Aku bukan bawa Rina pergi jauh - jauh pun".
"Bila masa kau kahwin dengan adik aku? Jawapan aku tetap tak". Tegas Reiss lagi.
Nuh menghela nafas.
"Hai, adik..." Sapa Nuh dengan lembut sambil mencuit lembut pipi kanak - kanak lelaki itu.
Mata bulat.
Pipi merah.
Arghhh, geram!
"Ey, comelnya awak!" Puji Lily seraya memeluk tubuh si kecil itu lalu pipi adik Shaqir dicium dengan bertalu - talu.
"Kyaaaa! Aku nak juga, Lily!" Rengek Shaqir.
"Lily boleh uruskan Shami?" Soal Putera dengan lembut.
"Boleh rasanya". Balas Lily perlahan.
"Shami tak susah pun nak jaga dia. Shami budak baik". Tutur Putera serayan mengambil Shami dari dukungan Lily.
Tubuh Shami didukung dengan lembut membuatkan Shami menjerit suka.
"Omagad. Putera charming gila. Aku nak kahwin dengan kau, Putera!" Pinta Shaqir seraya memeluk erat tubuh Putera.
"Jauhkan diri kau dari Putera aku". Kei menarik kasar kolar baju Shaqir membuatkan Shaqir terasa bagai terjerut dari belakang.
"Aniki! Kau nak bunuh aku ke?!"
"Kau tak boleh peluk Putera macam tu!" Tegas Kei seraya menolak lembut tubuh Putera menuju ke arah sofa. Lily juga melabuhkan punggung disebelah Putera.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...