RAIFA mengerling suaminya yang tampak benar - benar gelisah semasa mencari Nuh. Sejujurnya, Raifa juga risau tentang keberadaan anak lelakinya itu tetapi dia tidaklah segelisah Afif yang bagaikan kucing kehilangan anak.
“Kenapa abang?”
“Abang tak pernah biar Nuh keluar sendiri. Selalunya, abang nak keluar mesti abang akan temankan Nuh. Nuh tu walaupun dia petah tapi dia budak - budak juga. Dia tetap ada sifat naif dia”.
“Saya rasa Nuh keluar dari rumah sebab dia rasa sunyi. Nuh bangun aje kita tak ada dengan dia”.
“Kita nak bagi dia adik jadi dia kenalah belajar bersabar sekejap. Abang pun usaha nak bagi Nuh ada kawan memandangkan dah lama Nuh membesar sendiri je. Dia bukannya ada ramai kawan pun”.
Raifa terdiam.
“Abang risau sangat kalau kakak abang yang jumpa Nuh…”
Raifa memandang Afif apabila dia mendengar suaminya itu menyebut perkataan kakak.
“Abang kata abang tak ada kakak”. Tegur Raifa.
“Secara biology abang ada kakak. Tapi, abang tak mengaku dia kakak abang”, Balas Afif.
“Kenapa pula?” Soal Raifa ingin tahu.
“Kakak abang suka abang”.
“Biasalah kakak suka adik. Saya pun suka Aqhar dan Afwan juga”. Balas Raifa dengan mudah.
“Tak, sayang. Kakak abang cintakan abang. Dia tak anggap abang sebagai adik. Dia anggap abang macam teman lelaki dia. Sayang faham tak?” Bicara Afif membuatkan Raifa hilang bicara.
What the heck?
Kakak cintakan adik sendiri?
“Macam mana boleh jadi?”
“Kami berdua cuma dua beradik saja. Kami lahir dalam tahun yang sama. Cumanya, kakak abang lahir awal tahun dan abang pula lahir hujung tahun. Semasa membesar kami tak ada ramai kawan. Kakak abang jenis pendiam jadi abanglah yang selalu ada untuk menjaga dia. Abang ceriakan dia sepanjang masa supaya kakak abang sentiasa bersemangat. Tapi, bila dah sekolah menengah abang jatuh cinta pada sayang pada pandangan pertama masa abang nampak sayang sedang gembira bersama - sama kawan baik sayang. Waktu tu, hari perlawanan hoki. Abang datang mewakili sekolah abang untuk berlawan dengan pasukan hoki sekolah sayang yang diwakili Zayyan”.
“Abang berniat nak ajak sayang jadi awek abang. Tapi, hajat tak sempaian bila abang tahu yang sayang ni awek Zayyan. Abang pun cari ikhtiar untuk tukar sekolah tapi kakak abang merayu supaya jangan tinggalkan dia. Abang kesian dengan kakak abang jadi abang tak tinggalkan dia. Tak sangka lepas masuk universiti kakak abang mula pukul perempuan yang cuba nak menggoda abang. Sejujurnya, abang tak ada hati pun dengan semua perempuan tu. Itulah, kakak abang. Lepas tu, dia cuba pula menggoda abang. Memang taklah abang nak layan godaan kakak sendiri. Abang mengaku abang jahat tapi abang bukan syaitan nak gunakan tubuh badan kakak sendiri demi nafsu. Waktu tu, mak ayah abang masih hidup. Abang beritahu mereka tentang perkara tu supaya kakak abang tak buat macam tu dah”. Afif menghela nafas.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...