TARIKH pernikahan dan perkahwinan ditetapkan dengan mudah memandangkan Afif juga tidak punya keluarga lain. Lelaki itu juga hidup sebatang kara jadi lebih mudah untuk Encik Raf berunding dengan Afif.
“Sayang…” Raifa memandang Afif.
“Hmm?”
“Saya kena balik ke rumah dulu tau. Saya tahu Nuh dah lama nak tidur dengan mama dia jadi saya akan tinggalkan anak kita dengan sayanng. Boleh sayang jaga Nuh dengan baik?” Soal Afif dengan lembut.
“Boleh”.
“Saya tahu sayang saya boleh menjaga Nuh dengan baik. Saya saja aje bertanya”. Tutur Afif seraya mengusap lembut pipi Raifa.
“Awak takkan pergi tinggalkan saya?”
“Saya nak pergi mana lagi kau saya dah jumpa insan yang dah lama saya idamkan? Apa pun saya minta maaf sebab saya buat awak terpaksa dera Reiss. Saya tak ada niat nak suruh anak - anak awak bencikan awak. Saya hanya nak awak bercerai dengan Zayyan secepat yang mungkin sebab saya dah tak sanggup tengok awak menderita”. Ujar Afif telus.
Raifa menguntumkan senyuman.
“Saya faham”.
“Baguslah. Saya balik dulu tau. Jaga Nuh. Satu lagi, anak kita dah tahu semuanya tentang kita. Awak tak perlu menipu bila dia tanya tentang kita. Awak beritahu aje cerita yang sebenarnya”.
“Tak apa ke?” Soal Raifa resah.
“Nuh itu matang. Dia faham. Assalamualaikum, sayang. Jumpa nanti”. Pamit Afif lantas dia membuka langkah meninggalkan pekarangan rumah Encik Raf. Raifa hanya memerhatikan kelibat Afif yang sudah semakin menjauh.
Betul ke pilihan dia untuk beekahwin dengan Afif?
Diceraikan Zayyan dua bulan yang lalu memberikan kesan emosi yang mendalam di dalam diri Raifa.
“Mama!”
Raifa memandang ke arah Nuh yang keluar dari rumah lalu Nuh datang mendekati Raifa.
“Nubban pinjamkan baju untuk Nuh. Hensem tak?” Soal Nuh bersama - sama sengihan yang cukup manis.
“Mestilah anak mama ni hensem”. Puji Raifa dengan lembut sambil mengusap lembut rambut anak lelakinya itu.
“Mama. Nuh dah mandi tadi. Mama dah mandi?”
“Dah…”
“Mama. Nuh nak masuk bilik dengan mama sebab Nuh dah lama teringin nak tengok bilik mama. Boleh tak kalau kita masuk bilik mama sekarang? Nuh teruja sangat!” Ujar Nuh dengan jujur.
“Boleh”, Raifa membiarkan Nuh menggenggam tangannya lalu dia membawa Nuh menuju ke arah biliknya.
Pintu bilik dikuak.
“Bilik mama…” Tutur Raifa dengan nada perlahan.
Bilik yang banyak kenangan silam.
“Yey, bilik yang cantik!” Nuh melangkah masuk ke dalam bilik. Raifa juga melangkah masuk ke dalam bilik lalu dedaun pintu ditutupnya dengan perlahan sebelum dia menuju ke arah katil.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...