AJLAA tersenyum memerhatikan anak - anaknya yang sedanh bermain dengan Reiss malahan dua anak tirinya itu sedang menonton televisyen seperti biasa. Terus saja langkah dibuka menuju ke arah dapur untuk memeriksa keberadaan suaminya itu.
Tak sangka pula suaminya rajin hendak memasak.
“Abang”. Tubuh Zayyan dipeluk dari belakang membuatkan Zayyan tersenyum kecil.
Tubuh Ajlaa terus saja dicempung lalu tubuh langsing itu diletakkan di atas meja makan. Ajlaa memeluk kemas leher Zayyan lalu dia mencantumkaan dahinya dengan dahi Zayyan.
“Cantiknya isteri abang. Abang nak memasak ni tapi bila nampak sayang masuk ke dapur macam ni tiba - tiba nak tukar menu pula. Abang nak makan sayang dulu baru abang memasak. Boleh?” Soal Zayyan dengan nada nakal.
“Tak boleh”.
“Ala, kenapa? Abang geram dengan sayang”. Ujar Zayyan dengan geram.
“Anak - anak kita nampak nanti kalau abang buat macam - macam dengan saya. Saya datang ke dapur sebab saya nak tolong abang. Saya tahu abnag terganggu lepas abang ceraikan Kak Raifa. Kalau abang tak ikhlas…”
“Abang ikhlas ceraikan dia. Tapi, tak tahulah nak kata macam mana sebab abang dan dia dah bercinta dari sekolah menengah lagi…”
“Kenapa abang jatuh cinta dengan Kak Raifa?” Soal Ajlaa ingin tahu.
“Salah satu sebab utama ialah dia cantik. Dia juga aktif dalam bahagian sukan sampaikan dia terkenal di dalam sekolah atau di luar sekolah. Abang dari tingkatan satu dah mula cuba menggoda dia sebab abang suka tengok dia. Tapi, Raifa ni jenis sombong. Dia tak mahu melayan abang. Abang cuba menggoda dia sampai tingkatan tiga tak silap. Akhirnya, dia terima abang juga sebab dia nampak kesungguhan abang”.
“Lepas tu?” Soal Ajlaa lagi.
“Tak apa ke abang cerita pasal bekas madu sayang?”
“Tak apa. Saya suka Kak Raifa juga”. Balas Ajlaa dengan lembut.
“Bila dah jadi queen abang pun masih ramai yang cuba menggoda dia. Abang tak suka hidup dia yang kena keliling dengan lelaki. Affan pun sibuk aje nak jaga adik kembar dia tu. Abang terpaksa melayan juga memandangkan Aynaa kawan baik Raifa tu kesukaan Affan. Jadi, Raifa selalu menjaga Aynaa”. Zayyan menghela nafas.
Tangan Ajlaa ditarik lalu dibeleknya.
“Ramai kawan - kawan abang bertanya tentang Raifa. Jadi, suatu hari abang ajak dia datang rumah abang. Abang dah tak ada parents. Raifa aje satu - satunya apa yang abang ada. So, abang pancing Raifa datang ke rumah abang. Abang buat dia terpaksa mandi…”
“Abang buat sesuatu ke?”
Zayyan mengangguk.
“Abang tolak dia atas katil. Abang paksa dia layan abang. Dia tak nak sebab dia takut. Ya, dia tu anak manja walid dia. Dia tak nak hampakan perasaan keluarga dia. Tapi, abang pujuk dia. Abang pujuk dia supaya bagi saja apa yang abang nak sebab abang janji abang akan jaga dia. Raifa bagi sebab dia cintakan abang. Lepas tu, dia dah tak nak bagi. Bila dah selalu buat abang jadi ketagih jadi abang nak lagi Raifa layan abang. Dia tak nak bagi jadi abang ugut dia untuk beritahu apa yang kami dah buat pada walid. Raifa ni jenis yang takut orang kata buruk pasal dia. Dia takut kalau walid dia benci dia. Jadi, dia bagi walaupun dia tak rela. Abang buat dia mengandungkan Reiss…”
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...