BAGAIMANA cara yang dia harus lakukan untuk mengambil telefon bimbitnya yang tersimpan kemas di dalam poket bajunya?
Nuh menggerakkan tubuhnya untuk membawa keluar telefon bimbitnya itu. Berusaha dia membawa telefon bimbitnya pada tangan kanannya. Kebetulan pula abangnya telefon. Lekas saja ikon hijau ditekan.
“Hello…?” Ucap Nuh perlahan.
“Kenapa kau tak call aku?” Suara Reiss kedengaran dingin dan tegas.
“Abang Reiss. Nuh minta maaf. Tolong beritahu papa dan mama Nuh tak dapat telefon mereka lagi. Nuh-” Nuh matikan panggilan telefon apabila dia mendengar bunyi derap tapak kaki mendekati biliknya.
Nuh lepaskan telefon bimbitnya masuk ke dalam lengan bajunya. Mujurlah dia memakai lengan panjang.
Pintu bilik dikuak.
“N-U-H”. Seru Afra bersama - sama senyuman yang mengerikan.
Afra merepati Nuh lalu pipi anak buahnya itu cuba disentuh malang sekali apabila Nuh mengelak dari sentuhannya itu.
“Nuh yang sama macam papa…” Puji Afra.
Pipi, dahi dan batang hidung Nuh dicium. Sebelum Afra mencium batang lehernya membuatkan Nuh menendang kuat perut wanita yang bergelar ibu saudaranya itu. Papanya selalu kata tak baik jika menyakiti tanpa sebah yang kukuh. Ini jelas sekali wanita ini mahu mengambil kesempatan.
“Kau tumbuk aku?” Soal Afra dengan nada bengang.
Pang!
Terleleng wajah Nuh apabila dia ditampar sebegitu rupa.
“Kau memang perangai kurang ajar sama macam papa kau. Aku suka dia sepenuh hati aku. Boleh pula dia menolak perasaan aku mudah - mudah saja!” Bentak Afra bengang.
Rambut Nuh dicengkam kasar.
“Aku tak dapat dia pun aku masih boleh dapat kau sebagai ganti kan?” Tutur Afra seraya melorekkan senyuman pada Nuh.
Nuh meronta.
“Kita pergi dari sini dan mulakan hidup bahagia ya?” Gumam Afra dengan nada teruja.
Sahih!
Wanita ini gila.
Afra meleraikan ikatan pada mulut Nuh.
“Nuh…”
“Mak cik lepaskan Nuh!” Arah Nuh tegas.
Afra melekapkan tubuh Nuh pada dinding itu lalu sepasang matanya memerhatikan wajah Nuh.
Hampir seiras saja dengan Afif bezanya mungkin lebih kacak sedikit.
“Mak cik tak nak jadi mak cik Nuh. Mak cik nak kahwin dengan Nuh. Kita kahwin ya?” Pinta Afra dengan lembut.
“Mak cik tak fikir dosa dan pahala ke? Mak cik tahu kenapa papa tolak mak cik? Mak cik yang tak faham konsep adik beradik. Adik beradik haram untuk berkahwin sebab lahir dari rahim atau benih yang sama”. Tutur Nuh.
“Aku tak naklah dia jadi adik aku! Aku suka dia jadi teman lelaki aku tapi dja tak nak! Bila aku tahu dia ada anak dengan perempuan lain aku cuba pujuk dia untuk izinkan aku jadi ibu kau. Tapi, dia tolak!” Jerkah Afra.
Nuh tersentak.
Gila betul ni.
Mahunya meremang bulu romanya apabila melihat sepasang mata Afra mengamati wajahnya lalu wanita itu mendekatinya seolah - olah mahu menciumnya.
Bak!
Nuh melutut kasar perut Afra.
Apa - apa saja asalkan dia tak dinodai oleh wanita gila ini.
Dada Afra berombak lalu rambut Nuh ditarik kasar dan dicengkam.
Bak!
Bak!
Bak!
Berkali - kali kepala Nuh dihentak pada dinding itu sehinggakan kepalanya mula mengalirkan darah.
“Kau milik aku, Nuh. Kita akan mulakan hidup yang baru tanpa ada orang yang menyusahkan kita. Jangan risau tau”. Pujuk Afra dengan lembut.
Nuh meronta apabila Afra memeluk tubuhnya lalu wanita itu menyembamkan wajah pada ceruk lehernya.
Tak selesa!
Mulut Nuh kembali diikat dengan ketat.
“Kita akan bertolak secepat yang mungkin. Mereka takkan dapat pisahkan kita lagi”. Ujar Afra seraya menayangkan senyuman lebar.
“Nuh tunggu sini. Nanti Afra datang”. Pesan wanita itu sebelum melangkah keluar dari bilik.
Tak guna.
Nuh tunduk memandang telefonnya yang nyaris jatuh.
Susah benar dia mahu mengampu tubuhnya itu agar telefon bimbitnya tidak tercicir dengan begitu mudah. Jika tidak sudah pasti dia akan kehilangan semua memori manis yang diciptanya bersama - sama papa dan mamanya.
Selang beberapa minit tiba - tiba saja mak ciknya menghilang terus saja mak ciknya itu mendekatinya lalu rantai dibuka membuatkan tubuh Nuh rasa ingin rebah apabila dia terikat terlalu lama malahan dia kehilangan banyak darah.
“Maafkan Afra…” Ucap Afra sambil mengusap lembut rambut Nuh.
Nuh memejamkan matanya.
Mama…
Bila Nuh boleh peluk mama lagi?
★★★
NUH hilang.Meskipun benci Reiss terasa juga ketiadaan Nuh kerana adiknya itu sememangnya rajin untuk menganggunya. Pada awalnya, Reiss rasa Nuh ini menjengkelkan kerana jelas sekali mummynya lebih menyayangi Nuh berbandingnya.
“Reiss tak perlu beratkan fikiran dengan memikirkan masalah mummy. Masalah tu tak akan diselesaikan dengan mudah. Biar saja mereka menderita. Sebelum inin sombong sangat”.
Reiss menghadapkan tubuhnya memandang tingkap.
Merajuk
Zayyan menghela nafas.
Apa yang kau dah buat pada anak aku, Raifa?!
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...