AFIF menghela nafas.
Kenapa semua kawan - kawannya terlalu sibuk sehingga meninggalkan dia sendiri? Membosankan.
Afif yang sedang mengeluarkan minuman namun tanpa sengaja dia tertolak seorang gadis membuatkan gadis itu terjatuh.
"So-sorry..." Ucap Afif serba salah.
"Apa yang kau buat? Kau pun nak kacau kawan aku juga ke?" Kasar nada seorang gadis membuatkan Afif mengangkat wajah memandang gadis yang sedang mencekak pinggang.
Cantik-
"Tengok apa?!"
"T-ta-tak tengok apa - apa. Maaf sebab tak sengaja terlanggar kawan kau. Aku tak perasan sebab dia kecil sangat". Ucap Afif serba salah.
"Kau tahu kan kenapa mata tu ada kat muka bukan kat lutut? Lain kali pandang kiri kanan dulu sebelum main pusing je. Bo-doh!"
"Raifa. Tak baiklah cakap orang macam tu".
"Dia langgar kau, Aynaa. Mata letak atas lutut". Raifa menjeling Afif lantas dia membantu Aynaa bangun. Kedua - dua gadis itu melangkah pergi meninggalkan Afif.
Afif memerhatikan Raifa yang kian menjauh.
Ca-cantiknya...
Afif memandang kaki gadis itu.
Ge-gebu...
Astaghfirullah, Afif.
Tak baik.
Ingat abah. Ingat ibu.
Tapi, Raifa...
Afif melorek senyum.
★★★
BERKERUT dahi dua lelaki apabila melihat kawan mereka yang sedang termenung.
"Afif..." Tegur lelaki itu.
"Woi!" Bahu Afif dipukul secara mengejut.
"R-Raifa..."
"Ha?" Soal kedua lelaki itu serentak.
"Ak-aku jumpa budak sekolah lain masa aku singgah mart tadi. Di-dia cantik sangat. Nama dia, Raifa..." Adu Afif.
"Oh, kau jatuh cinta. Patutlah pegang buku nota terbalik". Tegur lelaki itu.
"Te-terbalik?" Afif membetulkan semula bukunya.
"Kau tahu ke budak tu sekolah mana?" Soal Rayyan penuh minat.
"Entahlah. Aku tak tahu tapi aku tahu dia cantik. Aku tak pandai nak bercinta pun. T-tapi, aku nak ajak dia jadi awek aku nanti". Gumam Afif.
"Apa salahnya kan? Kau tak cuba lamar, kau tak tahu". Tukas Zayyan.
Afif menyembamkan wajah pada meja.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...