TERJAGA saja papa dan mamanya sudah hilang. Tanpa membuang masa, Nuh masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri. Kemudian, barulah Nuh melangkah keluar dari bilik untuk mencari mamanya.
Adakah papanya mahu membolot mama sendirian saja?
Hmph!
Nuh pun mahukan mama juga!
Memandangkan rumah ada banyak bilik jadi satu demi satu bilik ditolak Nuh untuk mencari papa dan mamanya. Namun, pintu bilik yang terakhir berkunci. Tak sempat Nuh nak ketuk ada nota yang tertampal di depan pintu.
Papa pinjam mama kejappppp je. Nanti mama bagi Nuh semula. Papa dah masak makanan. Ada di bawah meja. Nuh boleh ambil. Nanti papa datang dengan mama untuk main dengan Nuh - Papa.
Nuh menjuih bibir.
Papa memang nak mamanya melebihi dirinya.
Nuh tak kacau papa sebab semalam Nuh dah dapat peluk mama. Hari ni, Nuh nak kacau Abang Reiss!
Gambar semalam membuatkan Nuh melorek senyuman.
Nuh lekas saja masuk ke dalam bilik lalu dia mengambil telefon bimbitnya itu. Nuh membaringkan tubuh di atas katil.
Assalamualaikum. Abang Reiss. Abang Reiss dah bangun ke? - Nuh.
Mesejnya dibaca.
Tapi, tak ada tanda - tanda abangnya itu mahu membalas.
Meowning Abang Reiss. Abang Reiss dah makan? Hari ni papa masak sarapan sebab papa culik mama. Tapi, semalam Nuh dapat peluk mama. Mama pun peluk Nuh! Abang Reiss nak tengok gambar? - Nuh.
[Photo] - Nuh.
Nuh tersengih.
Suka betul mengusik abangnya yang nampak marah saja pada dia. Mana tahu dia kerap mengusik nanti abangnya akan ikhlas menerimanya sebagai seorang adik seperti mana dia menerima Reiss sebagai seorang abang.
Aku benci kau - Abang Reiss.
Nuh sudah mengagak itu jawapan abangnya.
Nuh pun sayang Abang Reiss juga. Nanti kita main sama - sama nak? Abang Reiss suruhlah ayah Abang Reiss hantar Abang Reiss ke sini. Mama tak kerja jadi mama mesti ada sekali dengan Nak tak? Rugi kalau tolak~ - Nuh.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...