“ABANG Reiss akan datang?” Soal Nuh sambil berdiri disebelah mamanya. Raifa dan Lily sedang menghidangkan menu untuk tetamu yang hadir.
“Mama minta maaf, Nuh. Mama tak tak tahulah Reiss datang atau tak memandangkan ayah si Reiss tu tak sukakan mama. Tapi, tak salah jika Nuh berharap yang Reiss akan datang. Reiss tu nampak saja tak peduli tapi dia sebenarnya prihatin pada orang yang dia sayang”. Pujuk Raifa.
Nuh mengemam bibir.
“Nuh mesti percaya Abang Reiss akan datang. Kan?” Pujuk Lily apabila dia melihat wajah lelaki itu nampak sedih.
Nuh mengangguk perlahan.
Lily terus saja menguntum senyuman manis.
“Mama. Nuh nak pinjam telefon”. Pinta Nuh dengan lembut lalu langkah dibuka menuju ke arah telefon mamanya berada.
Raifa hanya tersenyum saja memerhatikan anak lelakinya.
Assalamualaikum, Kak Raifa. Reiss dah lari dari rumah. Saya rasa dia tak tahu lokasi rumah Kak Raifa ada di mana. Abang tak nak pujuk Reiss balik. Jadi, boleh Kak Raifa minta Abang Afif cari Reiss? Saya risau. Maafkan saya, Kak Raifa - Ajlaa.
Air muka Nuh berubah tatkala dia membaca mesej yang dihantar oleh ibu tiri Reiss itu.
Telefon mamanya ditinggalkan di tempat tadi lalu Nuh mendapatkan papanya yang sedang menyusun meja dan kerusi.
“Papa!”
Afif memandang seraut wajah cemas Nuh.
“Kenapa ni?”
“Papa. Abang Reiss dah lari rumah. Ayah dia tak nak pujuk dia balik. Nuh rasa dia nak datang ke rumah ni tapi dia tak tahu jalan untuk ke sini. Papa jomlah cari Abang Reiss. Mama akan sedih kalau apa - apa terjadi pada Abang Reiss”. Rayu Nuh.
Sungguh, dia juga akan menangis jika sesuatu berlaku pada abangnya.
“Sayang, abang bawa Nuh pergi keluar sekejap. Sayang duduk dengan Lily tau!” Pesan Afif.
“Okey, abang. Bawa kereta hati - hati”.
“Jom, Nuh”. Gamit Afif seraya mendapatkan kunci keretanya lalu Nuh mengikuti papanya keluar dari rumah.
“Kenapa Nuh dan pak su nampak cemas, mak su?” Soal Lily polos.
“Entahlah. Kek yang pak su tempah tak sampai lagi kut”. Balas Raifa dengan tenang.
“Mak su. Kenapa mak su tutup muka kalau keluar? Kenapa mak su tak tutup muka dalam rumah? Mak su malu ke?” Soal Lily lagi.
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...