AFIF melangkah keluar dari bilik bersama - sama senyuman yang meleret. Sebaik saja pintu dibuka terus Nuh berlari masuk ke dalam bilik lalu dia memanjat katil supaya dia duduk bersebelahan Raifa.
“Mama nak peluk!”
“Kejap. Mama nak pergi mandi dulu…”
“Lama mama duduk dalam bilik dengan papa takkan mama tak mandi lagi? Mama buat apa aje?” Soal Nuh polos.
“Mama. Mama-”.
“Mama main geletek - geletek dengan papa! Papa yang kacau mama tadi tu mama tak sempat nak mandi”. Balas Afif pantas apabila dia melihat isterinya seakan kelu hendak membalas.
“Geletek? Nuh nak main geletek - geletek dengan mama”.
“Mama mandi dulu. Lepas tu, mama mama janji mama akan bermain dengan Nuh. Boleh tunggu mama?”
“Boleh, mama”.
Raifa menekup kedua - dua pipi Nuh lalu dahi Nuh diciumnya.
“Jomlah ikut papa keluar dulu”. Afif menarik tangan Nuh supaya anak lelakinya itu mengikuti langkahnya.
“Papa…” Seru Nuh perlahan.
“Hmm?”
“Boleh papa pujuk ayah Abang Reiss untuk bawa Abang Reiss dan kakak - kakak ke sini? Nuh nak main dengan mereka. Nuh rindu…” Pinta Nuh dengan nada lirih membuatkan Afif dihambat rasa serba salah.
“Papa tak janji boleh atau tak. Papa cuba je dulu”.
“Okey, papa”.
Harapnya, abang dan kakak - kakaknya memainkan peranan juga untuk memujuk ayah mereka. Sungguh, Nuh bosan bermain sendirian di dalam rumah yang besar ini.
“Kenap Nuh tak makan papa masak?”
“Papa keliru garam dan gula. Nuh makan kue teow tu manis. Tak jadi terus Nuh nak makan. Papa tak pernah silap letak garam dan gula. Kenapa kali ni boleh silap pula? Papa nak pergi ke mana cepat - cepat?” Soal Nuh sambil menatap wajah papanya itu.
“Ta-tadi, ada urusan kerja. Papa kena buat cepat sebab erm papa takut ada gangguan. Maaflah. Papa betulkan rasa semula”. Pujuk Afif seraya mengambil kue teow yang dimasaknya itu.
“Nuh...” Sapa Raifa sambil melangkah mendekati anak lelakinya itu.
“Mama!” Tubuh mama dipeluknya.
“Nuh dah mandi ke? Anak mama ni wangi betul!” Puji Raifa sambil mencubit geram hidung comel milik anak lelakinya.
“Nuh dah mandi. Mama jomlah main dengan Nuh…” Pinta Nuh sambil menarik tangan si mama supaya menuju ke ruang rehat bersama - samanya.
Raifa melabuhkan punggung si atas sofa lalu Nuh merebahkan kepalanya di atas ribaan si mama.
Raifa mengusap lembut rambut Nuh.
Nuh mencapai tangan si mama lalu dia melekapkan dengan tangannya.
“Bila tangan Nuh nak besar macam tangan mama?”
YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomanceCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...