“INI papa jumpa telefon Nuh dalam rumah mak cik”. Ujar Raifa seraya memberikan telefon bimbit anaknya itu.
Raifa memandang Nuh dan yang sedang duduk dengan Lily. Gadis kecil itu bersandar pada bahu Nuh membuatkan Raifa memandang ke depan. Afif melorek senyum apabila melihat Nuh nampak akrab dengan Lily.
Nampaknya, Nuh tak sunyi. Baguslah.
“Terima kasih, mama”. Nuh menghela nafas lega.
Mujurlah tak rosak kerana di dalam telefon bimbit ini terlalu banyak kenangan yang dia simpan dengan mamanya. Ini gambar mamanya yang berharga.
“Apa ni?” Soal Lily perlahan.
“Ini telefon”.
“Telefon ni apa?”
“Telefon ni kita guna untuk tangkap gambar. Kita boleh telefon orang pakai telefon ni. Kita boleh mesej orang. Kita boleh main”.
“Main dalam telefon?”
“Ya. Kita main dalam telefon. Kita download game lepas tu kita mainlah. Kita boleh tengok video juga”. Cerita Nuh.
“Game masak - masak ada?”
“Ada. Nanti Nuh tolong dowload untuk Lily. Lily boleh main game dalam telefon Nuh”. Cadang Nuh dengan lembut.
“Betul ke?”
“Betul…”
“Yeay, terima kasih. Sayang Nuh!” Ucap Lily dengan ceria lalu tubuh Nuh dipeluknya dengan erat membuatkan Nuh pasrah saja apabila dipeluk Lily sebegini rupa. Sudahlah Lily wangi.
“Abang. Boleh singgah rumah Ajlaa sekejap? Saya nak jumpa Reiss”. Pinta Raifa.
“Mama nak jumpa Abang Reiss?” Soal Nuh semula.
“Ya, esokkan hari lahir Nuh. Jadi, mama nak minta kebenaran untuk bawa Reiss dan kakak - kakak Nuh sekali untuk majlis esok”.
“Yey, jumpa Abang Reiss dan kakak!”
“Kakak?”
“Nuh ada abang dan dua orang kakak tapi mereka lain ayah. Kiranya, Nuh jadi adik beradik mereka sebab kami kongsi mama”. Balas Nuh.
Lily terkebil - kebil.
“Bila hari lahir Lily?” Soal Afif.
“Lily tak tahu. Ibu kata hari lahir hanya disambut oleh orang yang dungu. Lily tak pernah langsung sambut hari lahir”. Balas Lily dengan nada polos membuatkan Nuh mengusap lembut rambut gadis itu.
“Tak apa. Nanti kita cari surat beranak Lily lepas tu kita tengok bila Lily lahir. Mama dan papa pun boleh sambut hari lahir Lily kan?” Soal Nuh penuh berharap.
“Mestilah boleh, Nuh”.
“Terima kasih, Nuh…” Ucap Lily sambil menggenggam tangan Nuh.
Nuh menguntum senyuman manis.
“Sama - sama, Lily. Nuh akan jaga Lily”. Pujuk Nuh dengan lembut.

YOU ARE READING
AFIF: Isteri Paling Sempurna
RomantikCerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. R...